Not Sepi

50 3 0
                                    


Alunan piano kedengaran sumbang malam ini

gara-gara pemain piano seperti

tida­k mahu lagi memetik not-not yang tersusun di pehanya.


Alunan piano kedengaran bimbang malam ini

gara-gara senyuman hampa

terukir di wajah pemain piano muda.


Senyuman juita terlakar paksa

gara-gara kelangsungan hidup memaksa

menjadi pemuas nafsu sang tua.


Asmara berputik di antara

pemain piano dan juita muda

gara-gara petikan not sepi menyentuh

sukma juita buat pertama kalinya.


Malam ini hanya not sepi yang sudi menemani.

Malam ini cinta perlahan-lahan mati dalam sepi. 

Sejarah Dari Mata PengalahWhere stories live. Discover now