"Dah agak dah. Buat apa datang sini?" Dia kembali menguis pasir apabila mendapati Hafiey di sebelahnya.

"Hai, abang tak boleh dah ke nak datang bercuti dengan isteri abang?" Zara tidak mengendahkan soalan sinis suaminya dan leka bermain dengan pasir.

"Tunggu siapa kat sini? Adib eh?" Zara berhenti bermain pasir.

"Datang sini nak gaduh ke nak bercuti? Sayang datang sini nak bercuti, nak rehatkan minda." Kini Hafiey pula yang mendiamkan diri.

"Abang tu, girlfriend lakonan abang tak ikut sekali ke? Biasa ke mana abang pergi mesti dia ada sekali. Macau pun sanggup ikut, takkan sini takde." Hafiey menjeling Zara.

"Haa, sekarang siapa yang mulakan? Abang dah berhenti sayang mula balik." Sekali lagi Zara leka bermain dengan pasir. Hafiey tidak suka diendahkan seperti itu, jadi dia memegang pergelangan tangan Zara yang menulis sesuatu di pasir.

"Cakap la. Pasir ni lagi best dari abang ke?" Satu senyuman terukir di bibir Zara. Gembira kerana suaminya cemburu dengan pasir.

"Tak patut tau abang buat macam tu dekat Adib tadi. Kesian dia, sakit." Hafiey menjeling.

"Alah, lembik. Kena bola macam tu pun dah sakit. Tak lelaki langsung. Padan la dengan dia tu. Borak topik yang entah apa-apa dengan bini orang." Zara melihat wajah Hafiey.

"Abang curi dengar perbualan kitorang?" Hafiey pula melihat wajah Zara.

"Ofkos la. Abang nak jugak tahu apa benda la yang isteri abang dengan ex dia borak kalau abang takde." Zara bangun dari duduknya dan Hafiey ikut sama.

"Macam tu sekali abang tak percaya sayang? Sayang percaya abang, even gosip pasal abang dengan Anne hari tu. Sayang pilih abang dari marah-marah. So, abang datang sini sebab nak intip sayang je la? Thank you, tapi baik abang balik je. I want to be alone." Zara ingin pergi tapi pegangan tangan mereka masih tidak dilepaskan.

"Sayang, jangan putar belit ayat abang. Abang percaya sayang, cuma abang tak percaya dia. Abang tak suka dia dekat-dekat dengan sayang." Zara melepaskan tangan mereka.

"Kitorang cuma kawan. Abang ingat sayang tak sedar ke sayang ni dah milik abang? Dah jadi isteri abang? Stop la bang, dengan risau takde makna abang tu." Zara berjalan perlahan-lahan meninggalkan Hafiey. Dia tahu Hafiey mengikutnya dari belakang.

"Jangan la ikut. Dari belakang pulak tu. Creepy." Hafiey yang masih mendengar kata-kata Zara tergelak.

"Ni kan first vacation kita suami isteri. Ofkos la abang ikut sayang. Abang nak ikut siapa lagi?" Zara berhenti agar suaminya dapat menyaingi langkahnya. Tapi mereka terhenti bila Adib memanggil nama Zara. Dengan keluhan, Hafiey melangkah ke tepi setapak dua. Berpura-pura mereka tidak berjalan bersama.

"Camna dengan Dahlia?" Adib tersenyum pahit.

"Awak nampak ke saya dengan dia tadi?" Zara mengangguk.

"Takde apalah. Dia tu biasalah dengan keras kepala dia. Malas la nak layan. Oh ya, nak ajak awak teman jumpa chef ni. Dia nak tanya apa nak bakar-bakar malam ni." Zara dengan berat hati mengangguk. Cuti tetap cuti, bila kena kerja, kerja. Pulak-pulak bila boss besar dah bagi arahan. Dia berharap Hafiey mendengar ke mana dia pergi bersama Adib.





Adib

Sekilas petang tadi....

"Ad, I datang sini sebab you tau. So, boleh tak, you jangan nak spent masa sangat dengan dia?" Adib mengeluh kasar. Dia melihat Zara yang duduk di pasir berseorangan.

"You datang sini sebab I? Even I tak pernah ajak you pun? So, what should I spent masa dengan you? Lagipun, you kena ingat. Ni event I dengan pekerja-pekerja restoran I. Masa kitorang nak bonding time. Memang patut I takde masa nak spent dengan you!" Dahlia juga tidak kurang marahnya seperti Adib.

"Fine! You boleh tak pedulikan I. Tapi, tunggu la bila kita balik nanti. Tunggu la bila mummy you tahu macam mana you layan I kat sini." Kata Dahlia lalu berlalu dari situ.

"I tak heran la you nak mengadu ke apa ke. Silakan la." Mereka terputus seperti itu. Adib melaung sedikit untuk melepaskan marahnya. Dia paling tidak suka perempuan keras kepala macam Dahlia.

Setelah beberapa minit meredakan marahnya, dia kembali bangun mencari Dahlia. Bukan dia takut dengan mummynya, cuma dia bukan yang jenis berkasar dengan perempuan. Kalau pun mereka tidak boleh bersama dalam satu bilik tanpa bergaduh, sekurang-kurangnya mereka boleh cuba bercakap macam orang biasa kan? Tanpa perlu masam muka dan tinggi suara?

Setelah berjalan beberapa minit, dia akhirnya berjumpa Dahlia yang duduk di atas batu memegang telefonnya. Dia mendekati tapi berhenti setelah perasan Dahlia sedang bercakap dengan seseorang.

"Riz, I tak nak semua ni! I cuma nak kita macam dulu balik! You tahu perasaan I pada you tak pernah berubahkan?

So what? Tinggalkan je la isteri you. You cakap I yang pertama untuk you. Sekarang? You pilih dia dari I?

No, I dengan dia sebab mama papa I....Well, kita kawin lari.... What? Riz? Riz...Riz!! Hello? Riz!!!" Dahlia mengesat air matanya yang gugur. Adib berundur setapak dua. Bukan masanya nak sambung pergaduhan mereka.

Stop!!! Pelakon itu suami aku! (Complete)Where stories live. Discover now