038 | Selamatkan anak kita

Začít od začátku
                                    

kata kata Puan Faridah, mamanya membuat dia tersenyum tawar. Hati mana yang tidak gila ketika isteri yang disayangi sedang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat buatnya. Dia risau, hatinya terdetik yang ada hal buruk yang akan berlaku biarpun hampir sejuta kali dia memikirkan hal positif.

"keluarga Puan Syuhada Haifa? "
kehadiran seorang jururawat terus menghentikan suasana hening kami.

" ya, saya suaminya.. Macam mana keadaan isteri saya? "

" ini .. surat ini milik Puan Syuhada. Kami menemukannya didalam genggaman tangan kirinya.. "

huluran gulungan surat dari tangannya aku ambil . Ini, ini surat Syuhada Haifa yang dulu kan? dan surat aku sekali? Surat sama yang kami tanam bersama dulu.

" maaf, tapi saya tak mampu nak bagi penjelasan lanjut mengenai keadaan Puan Haifa buat masa sekarang. Pembedahan dijalankan.. Nanti kami akan memberitahu perkembangan lanjut... Saya minta diri dulu."

Dan setelah jururawat itu menghilang, Haikal kembali diburu rasa bersalah.

kenapa dugaan mu terlalu besar besar Ya Allah?

" Kal ... jom pergi solat kejap?
kita cari makanan buat kamu ya nak? "

tepukan dibahu Haikal dari Puan Aida membuat dia menyedari realiti kini.

" tak nak. Haikal nak tunggu Syuhada sedar "

" tapi Kal pun kena jaga kesihatan sayang. Jom ya, kita pergi .. " Puan Aida masih memujuk lembut.

" tak nak! mummy tak faham ke isteri Kal tengah bertarung dengan ajal! apa patut Kal makan dalam situasi ini? Tak mungkin ma!"

semua yang berada disitu terdiam saat suara lantang Haikal menjerkah Puan Aida sendiri. Rambutnya diraup ke belakang berkali kali melepas tekanan. Semuanya terlalu menyerabutkan otak kini. Semuanya terasa membebankan. Yang dia tahu, dia cuma mahu Syuhada selamat.

" sudahlah Aida, mari kita pergi.
Kal, mama titip Syuhada sebentar dengan kamu. Sekejap lagi kami datang balik ya? "

akhirnya Haikal akur dengan permintaan Puan Faridah. Dia mengangguk pelan lalu menekur memandang lantai saat ahli keluarganya menghilang ke arah tujuan mereka. Meninggalkan dia dan Khalis Irfan berdua disitu.

" aku nak call Afiq dengan Almeera jap .. "

telefon didalam kocek diambil, kaki Khalis mula menuju ke kawasan terlindung. Sebenarnya dia ingin Haikal melepaskan kemarahan dan kesedihan yang terpaksa diterima oleh lelaki itu.




sudah hampir 4 jam sejak Syuhada dimasukkan ke dalam bilik pembedahan. Haikal masih mundar mandir dihadapan bilik yang menempatkan Syuhada. Dia resah gelisah. Ahli keluarganya yang lain hanya mampu memandang sayu. Disuruh duduk tidak dihiraukan. Haih kesian.

" along, nak air tak? "
Hanis menghulurkan sebotol air mineral dihadapan Haikal . Sungguh abangnya kelihatan seperti orang gila tika ini.

" hm thanks.. " nak tak nak dia mengambil jua huluran itu memandangkan tekaknya terasa haus.

Seteguk, dua teguk air itu ditelan. Air yang tinggal separuh itu ditutup lalu dihulur kembali pada Hanis. Satu persatu ahli keluarganya yang duduk dikerusi yang tersedia dipandang lalu didekati.

" Kal mintak maaf menyusahkan semua ahli keluarga. Tapi rasanya Kal mampu handle disini. Terasa menyusahkan pula semua berada disini demi Syuhada .. " air matanya mula bergenang. Dia letih menangis, fikirannya kusut.

cepat Encik Idris menepuk bahu menantu kesayangannya.

" Baiklah.. Mama dengan papa perlu mintak diri juga. Kami perlu bawa pulang mereka semua.."

"Jadi Wife Aku. ( Revisi ) Kde žijí příběhy. Začni objevovat