"Mama ni kacau la. Baru nak happy kan sayang?" Zara mengangkat kedua bahunya tapi mulut masih lagi mengukir senyum.

"Yang, jom balik rumah kita." Zara melihat Hafiey seketika sebelum mengangguk dan tersenyum lebar.






Zara

Zara melihat telefon Hafiey yang kerap berdering beberapa kali ketika mereka sedang rileks menonton tv.

"Bang, phone tu. Kacau la, angkat je la." Hafiey mengambil telefonnya, melihat nama pemanggil dan akhirnya menutup telefon lalu menumpukan perhatian kepada tv semula. Zara sudah mengalihkan pandangannya kepada Hafiey yang merehatkan kepala di atas ribanya.

"Siapa call?" Hafiey cuma mengangkat kedua bahu. Zara memahami, Hafiey tidak mahu bercakap pasal itu sekarang.

"Eh banyaknya sayang makan. Tadi biskut dah dua tiga paket, ni snek pulak." Zara tersenyum.

"Nak buat macam mana, lapar. Dah, jangan komen perempuan yang sedang lapar." Hafiey ingin menambah tetapi rehat mereka diganggu dengan loceng rumah pula berbunyi. Mereka berdua berpandangan lalu Hafiey bangun membuka pintu. Zara kembali melihat tv.

"Here you are! Kenapa tak angkat telefon?" Suara itu sangat dikenali Zara, Kak Mas. Tak lama selepas itu, Hafiey dan Kak Mas masuk ke dalam.

"Oh, ada kat rumah rupanya. Ingat tak balik lagi." Zara memberi pandangan 'dah kenapa? Ni rumah aku, suka hati aku' kepada kak Mas. Kak Mas duduk di satu kerusi dan menyuruh Hafiey duduk. Dengan keluhan, Hafiey duduk mendengar apa yang mahu dikata.

"Zara pergi buat air kejap ye bang." Dia ke dapur dan membiarkan mereka berdua bercakap. Di dapur dia mencuri dengar perbualan mereka.

"Guess what? Akak berjaya dapatkan Hafiey tawaran kerja dengan Skup production. Dengar kata diorang  merancang nak buat drama tak lama lagi. So, I suggest your name." Teruja kak Mas bercerita.

"Hah? Kak, saya baru habis drama kawin 3 tu minggu lepas. Dah ada projek baru dah?" Dengarnya seperti suaminya itu tidak berapa senang dengan berita itu. Kenapa?

"Hei, kenapa pulak tiba-tiba nak mengeluh ni? Dulu Hafiey jugak yang merayu nak kerja dengan diorang. Dah tiba peluang ni nak tolak pulak? Sia-sia la akak tanya peluang untuk kau." Hafiey mengeluh perlahan.

"Tak kak, bukan nak tolak. Thanks akak, dapatkan peluang ni. Cuma, cepat sangat. Hafiey tak sempat nak rehat dengan sebenar-benarnya lagi." Selepas itu, Zara datang membawa air dan menuangkan air dan menjemput kak Mas minum. Dia ingin join sekali, tapi telefon di bilik pula berbunyi.

"Yes Adib?" Dikesannya suara Adib yang ceria.

"Pasal plan kita hari tu. Apa kata...kita proceed je? Seronok jugak kalau rehat minda sekali-sekala, bawak budak-budak ni bercuti." Zara tersengih lebar mengingat kembali rancangan dia dan Adib yang ingin menutup kedai dan membawa pekerja-pekerja mereka bercuti sempena berjaya menaikkan jualan sebanyak 30%.

"Okay, takde masalah. Seronok la korang boleh pergi. Zara tak tanya lagi Hafiey macam mana." Adib diam sekejap di talian.

"Alah, Zara pujuk la dia. Jangan risau, kita merancang je dulu. Tarikh pun tak tetap lagi. Try la slow talk dengan dia. Benda ni pun lagi dua minggu kan? Tapi, please, jangan cakap yang Zara tak boleh pergi. Okay?" Zara tidak tahu apa yang patut dibalasnya.

"Tengok la macam mana nanti. Okay, jumpa esok kat restoran. Bye." Dia memegang telefon dan berharap suaminya mengizinkan dia pergi. Dia keluar semula ke ruang tamu tapi melihat Hafiey berada di dapur membasuh cawan.

"Mana kak Mas?" Tanyanya bila Hafiey keseorangan.

"Dah balik." Zara ingin mengetahui apa yang mereka bualkan sebentar tadi.

"Abang dapat job baru ke?" Dia meneka.

"Entah la. Dapat kut. Entah, tengok esok la macam mana. Sayang borak dengan siapa tadi?" Senyuman Zara mekar bila Hafiey sudah mula bertanya. Ni masa dia nak mintak keizinan Hafiey.

Baru je nak bukak mulut, telefon Hafiey berdering lagi. Zara menutup mulutnya semula. Hafiey menatap dia memohon maaf dan mencapai telefon lalu menjawab panggilan.

"Ha, Anne. Ada apa?" Kening Zara terangkat sedikit bila Anne menelefon suaminya.

"I..... dah pindah satu kondo dengan you! How awsome is that. Kan?" Hafiey yang ketika itu membuat loud speaker menganga melihat Zara.

"Aah...ye. Bila you pindah? You duduk level mana?" Suara Hafiey menjadis serak tapi cuba diceriakan.

"Level 4, atas sikit dari you. So, I sebenarnya tak kenal sangat tempat ni. Apakata, you kenalkan I. Boleh? Ekceli, memang you kena kata yes pun sebab I ada dalam lif ni, nak ke rumah you. Kak Mas kata you ada kat rumah. You tak busy kan?" Hafiey memandang telefon dan memandang Zara yang mula bangun. Hafiey mengekor isterinya dan melihat Zara mengambil snek lagi dari laci dapur mereka.

"Abang pergi layan la Anne tu. Sayang ada date dengan snek." Lalu masuk ke bilik dan menutup pintu.

Stop!!! Pelakon itu suami aku! (Complete)Where stories live. Discover now