"Adik nama siapa?" Budak itu hanya memandangnya dengan tidak berkelip. Tersenyum Zara melihat budak kecil yang cantik itu. Besar nanti pasti dia diminati ramai.

"Ayu! Mama kata jangan lari nanti jatuh." Muncul emak kepada budak bernama Ayu itu. Zara bangun dan melihat Ayu berlari mendapatkan emaknya. Hmm, patut la anak cantik, emak pun cantik. Dah macam muka pelakon Farah Nabilah dah.

"Sorry cari siapa ya?" Lembut suaranya bertanya. Zara berasa ingin bertanya soalan itu kepada ibu muda di depannya ini. Di belakang ibu dan anak ini, muncul Hafiey dan auntie Sal.

"Ha, Syikin. Kenalkan, isteri Hafiey, Zara." Syikin tersenyum lalu menyambut huluran tangan Zara.

"Hai, saya Ashikin. Hafiey tak ada bagitahu pun yang dia dah kawin. Well, kitorang lost contact tapi masa borak tadi takde sebut pulak." Zara memandang Hafiey yang diam seribu bahasa. Tak macam Hafiey langsung.

"Ayu, jom teman nenek ke dapur. Nenek ada buat cupcake. Zara, awal balik hari ni." Zara mengangguk dan tersenyum melihat auntie Sal dan Ayu ke dapur. Asyikin tersenyum sebelum turut mengikuti mak mertuanya ke dapur.

"Papa ke mana?" Zara melepasi Hafiey dan masuk ke bilik.

"Balik dengan siapa tadi?" Tanya Hafiey yang mengikutnya ke dalam bilik.

"Datang sendiri." Ringkas jawapannya. Selesai meletakkan beg, dia kembali ingin keluar untuk melayan tetamu.

"Sayang, kenapa tak telefon...oh." Zara tersenyum.

"Takpe, abang sibuk layan tetamukan? Anyway, siapa kat luar tu?" Hafiey menatap mukanya terlebih dahulu sebelum menjawab.

"Kawan lama." Zara pelik dengan perubahan tiba-tiba suaminya.

"Papa pergi ambik adik sekolah tadi." Zara mengangguk lagi apabila tiba-tiba Hafiey menjawab soalan pertamanya.

"Abang, kalau abang perangai macam ni, lebih baik sayang stay kat restoran je sekarang. Kenapa ni?" Zara duduk kembali di sisi Hafiey di katil.

"Takde apalah. Abang seronok sangaaat sayang balik awal hari ni." Kata Hafiey lalu memeluk pinggang Zara.

"Hmm...okay. Eh sayang keluar dulu la bang. Apa pulak kata mama nanti tak keluar layan tetamu." Tapi Hafiey tidak melepaskan pinggangnya.

"Sayang balik dengan siapa tadi? Siapa hantar ambik kereta tadi?" Zara melihat muka Hafiey yang setengah serius.

"Khai. Khai yang hantar sayang." Hafiey menggosok bahu Zara sambil mengucapkan maaf.

"Itsokay. Sayang dah biasa. Hari tu pun macam ni jugakkan." Menjeling Hafiey apabila memahami maksud sebenar ayat itu.

"Menyindir nampak." Tersengih Zara.

"Siapa yang makan cili, dia la yang terasa pedasnya." Balasannya pipi Zara dicubit kedua-dua belah.









"Assalamualaikum." Sahut Hazim dari luar lalu masuk ke dalam rumah. Mereka bertiga berpaling melihat  Hazim yang baru balik.

"Apa akak buat kat sini?" Soalannya Zara pasti ditujukan kepada Shikin, bukan kepadanya.

"Hazim!" Mama mula menegur soalan Hazim kepada Shikin.

"Hai adik. Lama dah kita tak jumpa kan?" Hazim memerhati saja perempuan bernama Shikin ini dengan rasa yang Zara boleh pastikan 'tidak suka'.

"Mama, uncle Hafiey buat magik!" Datang Ayu di balik ruang tamu bersama Hafiey yang tersenyum melihatnya.

"Mama? Mana ayah dia?" Auntie Sal mula bangun dan menyuruh Hazim berhenti dari bercakap lagi. Hazim mengeleng lalu masuk ke biliknya.

"Adik mana? Kata nak... Eh, Shikin, bila sampai?" Uncle Am yang menjenguk masuk melihat ada orang lain selain keluarganya di ruang tamu.

"Tengahari tadi uncle. Uncle sihat?" Uncle Am mengangguk dan duduk menyertai mereka di ruang tamu.

"Uncle Hafiey, duduk sini. Sini, tunjukkan kat mama magik tu." Ayu menepuk ruang kosong di sebelah Shikin mengajaknya duduk di situ. Hafiey memandang Zara dengan rasa serba salah tapi disebabkan Ayu yang agak memaksa dia akhirnya duduk di sebelah Shikin.

Zara pelik. Dalam keadaan macam ni pun, tiada siapa merisaukan Hazim. Mama, papa, Shikin dan Hafiey kembali berbual. Siapa Shikin ni sebenarnya dan kenapa Hazim nampak tak suka dia? Beberapa saat selepas itu, Hazim keluar semula berpakaian biasa.

"Hazim, nak ke mana?" Tegur papa.

"Keluar." Tiada siapa yang cuba menghalang. Hafiey juga dilihat sibuk melayan Ayu walaupun Zara tahu Hafiey sedar keadaan sekarang. Zara mengangkat kaki keluar mencari Hazim dan sepertinya Hazim menapak ke luar rumah.

"Abang, Zara lupa ada something nak beli. Zara keluar kejap eh." Hafiey seperti tidak merelakan tapi Zara tetap mencapai kunci keretanya dan berlalu.

"Masuklah. Akak bawak adik pergi kat mana nak pergi tu." Mujurlah Zara sempat mengejar Hazim yang sudah berjalan di luar rumah mereka. Tanpa berlengah, Hazim menyertai Zara. Zara melihat wajah adik iparnya yang serabut. Dia ingin tahu rahsia perempuan itu. Kenapa adik iparnya tidak suka dan kenapa Hafiey berkelakuan pelik. Dan caranya melalui Hazim.

Stop!!! Pelakon itu suami aku! (Complete)Where stories live. Discover now