Mujur dia sudah mandi petang tadi. Jadi dia hanya perlu bersiap sahaja.

Kasut disarungkan pada kaki dan terus keluar dari rumah sewa milik kawan-kawannya. Terkoncoh-koncoh aku menuruni anak tangga. Syukur rumah sewa Sarah ini berada di tingkat dua.

Setelah aku sampai pada ground floor, mataku melilau mencari kelibat suaminya.

Tiba-tiba matanya tertancap pada susuk tubuh yang berpakaian sweater dan kepalanya ditutupi dengan hoodie.

Aku mendekati Redza yang sedang bersandar santai pada tubuh kereta Audi milik lelaki itu.

Selepas aku menyalami tangan suaminya, Redza terus mengambil bag yang dibawaku dan diletakkan di tempat duduk belakang.

"Cepat masuk. Hujan ni." Aku terus memasuki perut kereta itu tanpa berlengah lagi.

Redza memulakan pemanduannya.

"Awak." Panggilku lembut.

Redza hanya memandangku sekilas bagi menjawab panggilanku sebentar tadi.

"Kenapa tiba-tiba awak jemput saya?" Redza diam tidak membalas pertanyaanku. Lalu aku mengambil keputusan untuk berdiam diri saja.

Baru dia teringat akan kawan-kawannya yang berada di kedai makan. Lantas aku mengeluarkan telefon bimbit dan nombor Sarah di dail 

"Sarah, aku minta maaf tau sebab aku tak jadi pergi kedai makan." Tuturku selepas kami berbalas salam.

"Eh tak payah tapaukan sebab aku terus balik rumah ni." Mata dipejam seketika apabila terdengar suara Sarah, Fatin dan Fadz bergabung menjadi satu. Kuatnya alahai sayang.

"Betul. Ada keluarga aku tolong jemput. Ye, jangan risau." Aku tergelak kecil. Perangai mereka yang seperti mak-mak ini benar-benar mencuit hatinya.

"Eh, bukan Amir lah." Terus saja mataku memandang Redza di sebelah apabila terasa diri ini diperhatikan. Air liur ditelan pahit.

"Ya Allah, bukan Amir la Fadzrin sayang." Seboleh-bolehnya dia tidak mahu membangkitkan nama Amir bila dia bersama Redza. Tapi bukan namanya Fadz lah jika nama Amir tidak dibangkitkan. Angau betul dengan Amir Hudzaifah tu.

"Sorry tau. Yeee, jaga diri jugak. Terima kasih tau korang. Bye, Assalamualaikum." Panggilan dimatikan.

Dahiku berkerut seribu apabila laluan yang diambil oleh Redza berbeza dengan laluan pulang ke rumah kami. Pandangan terus dihala kepada Redza.

"Kita nak pergi mana ni, awak?" Stereng dipusing ke arah kiri.

"Makan." Aku menggigit bibir perlahan.

"Tak payah susah-susah lah awak. Saya okay je ni. Lagipun, mesti awak penat kan sebab dari pagi sampai petang kerja." Redza hanya diam tidak bersuara.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Pening sungguh dengan perangai Redza yang acapkali berubah ini.

Sis Redha.

***
Setelah aku berpuas hati dengan posisi kereta di dalam kotak parking, aku terus sahaja mematikan enjin. Aku memandang Qistina yang masih berdiam diri di tempat duduknya.

"Tak nak keluar?" Soalku tanpa nada. Qistina yang kelihatan tersentah cepat-cepat keluar dari perut kereta.

Aku menggeleng kepala perlahan. Suka sangat mengelamun.

Kami berdua memasuki sebuah kedai makan bersama-sama. Setelah kami mengambil tempat duduk dan membuat pesanan, aku terus memandang wajah lelah isterinya itu.

Dia tahu gadis di hadapannya ini belum mengisi perut kerana sudah masak dengan perangai Qistina yang gemar menangguh waktu makan. Lebih-lebih lagi apabila dia mempunyai banyak assignment atau sedang menghadapi peperiksaan.

Pada mulanya dia memang bersetuju dengan permintaan Qistina yang mahu tidur di rumah sewa rakannya walaupun terselit rasa bimbang.

Akhirnya dia terus memecut laju menuju ke rumah sewa rakan isterinya itu. Nasib baik Qistina ada menghantar alamat rumah itu kepadanya semalam.

Rindu? Jujur dia tidak mengerti apa yang dia rasakan waktu ini.

Fokusku terganggu apabila aku rasakan banyak mata-mata yang sedang memerhatikan kami. Situasi ini membuatkan dia berasa tidak selesa.

Tiba-tiba tanganku yang berada di atas meja disentuh lembut oleh Qistina. Aku memandangnya pelik.

"Awak perasan tak ramai yang pandang kita?" Aku berkira-kira untuk menjawab soalan isterinya itu. Dan aku membuat keputusan untuk menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.

Aku memandang Qistina dengan riak terkejut apabila Qistina membawa tubuhnya ke hadapan rapat dengan wajahku.

"K-kau buat apa ni?" Habis tergagap dia dibuatnya akan tindakan drastik isterinya itu.

Terasa Qistina menarik cermin mata hitamku dari wajah dan dia duduk kembali di tempatnya.

"Sebab ni." Tuturnya lembut sambil menggoyangkan cermin mata itu kepadaku.

"Sebab?" Soalku tanpa sedar.

"Diaorang pelik sebab mana ada orang pakai cermin mata hitam waktu malam ni abang sayang." Terkedu aku apabila mendengarkan ayat terakhir isterinya itu. Tapi dia cepat-cepat menghapuskan perasaan pelik itu.

Qistina hanya tersengih kecil sambil memberikan semula cermin mata hitam itu kepadaku.

Tidak lama kemudian, pesanan kami akhirnya sampai. Selepas membaca doa sebelum makan bersama-sama, aku masih tidak melepaskan pandangan ke arah Qistina yang berselera sungguh menikmati makanan itu.

Dan dalam diam aku tersenyum kecil. Sungguh, dia seronok dengan perasaan yang damai ini setelah sekian lama dia tidak merasainya.

Qistina, apa yang kau dah buat dekat aku?

***

#vote&comment# 💕

So, apa macam? Agak-agak Redza ni suka tak dekat Qistina ni? Hehehe. 🙈



Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now