Part Last

5K 248 104
                                    


"AAAAAAAAAAA!!!!!" serentak Malisa, Misrah, Jyra, Wani, Fiza, Mira, Aminah dan Farra menjerit.

Fadhli, Nasrul, Adi dan Azim turut terkejut tetapi tidak menjerit. Hassan, Sukarnain, Rezza, Hisham dan Faiz menutup telinga mereka akibat jeritan yang melampau itu. Syazani turut terkejut.

"Akhirnya kamu lengkap!" lembaga itu menyeringai. "Jumpa lagi kita wahai anak lelaki muda!"

"Kau..." Syazani teringat tentang lembaga yang masuk ke dalam badan Farra.

Lembaga itu menyeringai sekali lagi."Dah dapat apa yang aku nak?"

"Kami dah dapat!" pintas Farra.

Lembaga itu memandang Farra dengan pandangan yang mengerikan. Gadis itu hampir saja pengsan.

"Mana dia?!"

"Dengan syarat..." Farra menelan air liurnya. "Kau kena lepaskan kawan-kawan kami."

Lembaga itu memandang Farra. "Berundur!"

Farra dan Syazani tersentak. Tidak semena-mena kaca yang menjadi penghadang itu bertukar menjadi air dan membasahi mereka semua.

"Farra!!"

Mereka semua berpelukan. Rasa gembira tidak dapat diungkapkan.

"Sekarang..." lembaga itu bersuara keras. "Mana yang aku nak?!"

Farra memandang Syazani yang hanya mampu memberi semangat padanya. Dia segera mengeluarkan lima utas rantai yang berada di kocek seluarnya. Perlahan-lahan dia menghulurkan rantai itu.

Apabila lembaga itu sudah mencapai rantai itu, bilik itu bercahaya serta-merta membuatkan mereka semua tergamam.

"Apa yang dah berlaku?" tanya Malisa agak pelik.

"Tak tahu."

Lama-kelamaan cahaya itu mulai hilang. Apa yang mengejutkan mereka, lembaga yang kelihatan mengerikan tadi kini bertukar menjadi seorang perempuan pertengahan umur yang cantik dan tersenyum memandang mereka. Lima orang gadis muda turut berada di situ sambil tersenyum.

"Akhirnya semua selesai juga." gumam Fiza.

"Terima kasih kerana membantu kami." ucap perempuan pertengahan umur itu. "Kami tak akan lupakan jasa kamu."

"Terima kasih." ucap kelima-lima gadis itu serentak.


-----------------------------------


Jyra berdiri di hadapan bilik warden itu. Dia menjenguk ke dalam untuk melihat jika ada sesiapa yang boleh dipanggil.

"Nak apa, dik??"

"Nak buat aduan pasal kerosakan tombol pintu." Jyra bersuara sopan.

"Sekejap ya."

Warden itu segera beredar. Jyra menanti di situ sambil cuba memandang sekeliling. Dia mengetuk-ngetuk jari-jemarinya di dinding. Dia segera teringat peristiwa lalu. Di bilik itulah dia terjumpa 'benda' itu menyamar sebagai Sukarnain.

"Assalamu'alaikum."

Jyra tersentak mendengar ucapan salam itu. Dia segera menoleh. Sukarnain berdiri di belakangnya sambil tersenyum. "Wa'alaikumsalam."

Cuti Semester (Buku 1) ✔Where stories live. Discover now