Part 8

4.1K 223 13
                                    


Farra menggigit kukunya ketika duduk dikatil sambil berfikir ke mana Mira dan Malisa menghilang. Jyra pula semakin risau. Dia langsung tidak mampu mengelurkan sepatah kata pun dari mulutnya.

"Apa dah jadi sekarang ni?" Jyra seperti hendak menjadi gila. Dia berharap dia akan hilang ingatan.

Farra tidak dapat menjawab soalan itu.

"Far..." Jyra memandang Farra dengan pandangan penuh berharap. "Kita kena keluar dari sini."

"Takkan nak tinggalkan mereka?" Farra membesarkan matanya.

"Kita kena cari bantuan dulu." ujar Jyra dalam keadaan terdesak. "Kalau tak, semua kita habis."

Farra menarik nafas panjang kemudian mengangguk-angguk.

"Aku turun dulu ambil apa-apa yang patut."

Jyra segera beredar dalam keadaan kelam-kabut. Farra pula segera mencapai beg sandang berwarna hitam yang terletak di atas kerusi. Dia memasukkan semua petunjuk yang mereka dapat ke dalam beg itu. Dia memasukkan lagi barang-barang yang perlu.


-------------------------------


Jyra dan Farra berlari menuju ke luar pintu pagar utama Politeknik itu. Apa yang mengejutkan mereka, satu pagar besar dan tinggi menjadi penghalang.

"Apa hal pula ni?!" deram Farra yang kini kelihatan hilang sabar.

"Ianya berkunci." Jyra seperti sudah berputus asa. Dia sudah tidak peduli lagi dengan apa yang bakal berlaku.

Farra pula kehilangan kata-kata.

"Jom kita cari kunci di pejabat." cadang Jyra tiba-tiba. "Aku pergi pejabat jabatan. Kau pergi pejabat hal ehwal pelajar."

"Okey!"


---------------------------------


Jyra masuk ke dalam pejabat Jabatan Perdagangan itu. Seperti biasa, pejabat itu dalam keadaan sunyi dan menyeramkan. Dia membongkar laci dan meja di situ satu-persatu untuk mencari apa sahaja bentuk kunci.

KRINGG!! KRINGG!!

Jyra tersentak menyebabkan dia berhenti di tempat dia sedang berdiri. Dia mencari dari mana datangnya bunyi telefon itu.

KRINGG!! KRINGG!!

Jyra cuba mengangkat telefon di situ satu-persatu. Ia terlalu banyak dan sukar untuk dipastikan mana satu yang sedang berbunyi.

"Hello?"

Tiada sahutan yang diterima. Bagaimanapun Jyra tahu ada seseorang di dalam talian kerana dia terdengar hembusan nafas seseorang.

"Hello?"

Masih tiada balasan.

"Kalau kau tak nak bercakap saya akan letak!"

"Nanti!!"

Jyra tersentak apabila terdengar seseorang membalas. Suara seorang lelaki berada di dalam talian.

"Dengar baik-baik... Saya tak boleh bercakap lama. Kamu tak boleh keluar dari sini sebelum kamu selesaikan perkara ini."

"Kenapa pula?" Jyra kebingungan. Tidak tahu kenapa dia masih ada keberanian untuk terus bercakap.

Cuti Semester (Buku 1) ✔Where stories live. Discover now