Part 9

4K 229 13
                                    


Perlahan-lahan Jyra dan Farra melangkah masuk ke dalam bilik kafeteria lama itu. Ia kelihatan amat sunyi dan tiada orang. Lampu terpasang dan kipas berpusing. Farra segera duduk di kerusi. Dia masih lagi terasa letih. Kepalanya dirasakan sakit. Jyra pula berjalan-jalan di sekeliling bilik itu sambil melihat-lihat sekeliling. Gadis itu langsung tidak terasa letih berbeza dengan Farra.

Farra agak pelik seketika. Bukan kah warden tiada di situ dan mereka kata mereka tidak dapat berada di asrama sepanjang cuti semester itu. Siapa yang buat perjumpaan ini? Yang tinggal hanya mereka berdua sahaja. Jangan cakap...

Tidak semena-mena lampu terpadam. Keadaan menjadi gelap serta-merta.

"Farra!!!" Jyra menjerit agak cemas.

Apa yang dah berlaku? Keadaan gelap adalah keadaan yang paling bahaya untuk apa sahaja keadaan. Farra ingin berganjak bagaimanapun dia terhenti serta-merta. Dia menelan air liurnya hampir menangis. Seseorang memegang tangannya dari belakang. Dia dapat merasa sentuhan itu dengan jelas.

"Farra!! Mana kau?!" Suara Jyra bergema di dalam gelap.

Farra tidak dapat menjawab. Lidahnya terasa kelu. Bermacam-macam perkara bermain difikirannya sekarang ini. Dia tidak dapat bergerak kerana orang yang menggenggam tangannya itu mencengkam dengan kuat membuatkan dia takut untuk bergerak.

"Hoi, Farra!!" Jyra tiba-tiba berlari keluar seperti mengejar sesuatu di sana. "Jangan lah tinggalkan aku!!"

"Tidak." desis Farra di dalam hati. Dia tidak mampu membuka mulutnya. "Jangan tinggalkan aku, Jyra."

Farra dapat merasakan sesuatu bergerak di belakangnya kini.

"Jangan takut..."

Farra tersentak. Bulu romanya meremang. Suara seorang lelaki kedengaran jelas ditelinga kanannya walaupun perlahan.

"Jangan menoleh ke belakang!" lelaki itu memberi amaran. Nada suaranya bertukar-tukar. "Jangan pernah nak atau berniat untuk ambil tahu siapa aku."

Farra tidak bersuara. Dia berdiam diri kerana takut. Dia juga tidak berani melakukan apa-apa.

"Dengar ni..." lelaki itu bersuara lagi. Dia sepertinya menggumam. "Orang yang bersama kau tadi tu... Bukan lah kawan kau yang sebenarnya."

"Hah?!" Farra terkejut dan hampir menoleh.

"Jangan toleh!" gerutu lelaki itu.

Farra kembali memandang ke hadapan. "Apa yang kau cakap ni?"

Lelaki itu tersenyum sinis secara tiba-tiba. Walaupun tidak kelihatan, ia dapat dirasakan. "Takkan kau tak kenal kawan kau sendiri??"

Farra mengerutkan dahinya. Cuba untuk memikirkan apa yang membuatkan lelaki itu berkata seperti itu.

"Kau tak rasa ada sesuatu yang pelik ke pada dia? Cuba fikir balik."

Farra berfikir sedikit. Ada betulnya juga apa yang lelaki itu katakan. Kenapa Jyra langsung tidak bertanya jika Farra ada terjumpa apa-apa sewaktu ke pejabat hal ehwal pelajar tadi? Jyra juga tidak membahas atau risau mengenai situasi yang mereka hadapi sekarang. Gadis itu kelihatan mengelak untuk sebarang soalan.

"Dengar sini..." lelaki itu bersuara lagi kali ini lebih keras. "Sekarang hanya tinggal kau seorang saja. Kau kena bertindak sendiri."

"Mana boleh." balas Farra tidak puas hati. "Kenapa tak kau je yang tolong aku?"

"Aku tengah tolong kau lah ni." gumam lelaki itu. "Kau kena minta bantuan."

"Tapi macam mana??" tanya Farra agak bengang. Dia rasa benar-benar hendak marah. "Dah lah tak boleh keluar."

"Siapa suruh kau keluar?" balas lelaki itu selamba. "Tak perlu keluar."

"Jadi macam mana nak minta tolong??" Farra semakin geram.

"Ada seseorang lagi yang tak keluar dari asrama ni..."

Kenyataan itu membuatkan Farra terkedu. "Si... Si... Siapa??"

Belum sempat lelaki itu menjawab, lampu terpasang semula. Farra terpinga-pinga bagaimanapun terkejut melihat Sukarnain berada di situ. Lelaki itu juga tercengang memandang Farra sambil tangannya masih terlekat pada suis lampu itu.

"Apa kau buat di sini?" tanya Sukarnain.

Farra tidak segera menjawab. Dia menoleh ke belakang. Tiada sesiapapun di situ. Dia memandang Sukarnain semula.

"Pergi balik lah." Sukarnain bersuara diiringi dengan dengusan. "Tak bagus keluar sendirian."

Sukarnain tersenyum sinis dan terus beredar. Farra bingkas bangun dan berlari keluar tanpa banyak berfikir. Apa nak buat? Kini hanya tinggal dia seorang sahaja lagi. Tiada sesiapa yang dia boleh harapkan. Sekali lagi dia terkejut. Dia terpandang Hassan dan Faiz sedang berdiri di hadapan kafeteria itu. Tanpa berfikir panjang, dia mendekati kedua-dua lelaki itu.

"Eh..." Faiz agak pelik memandang Farra. "Apa kau buat di sini?"

"Bagaimana dengan kamu pula?" tanya Farra.

"Kami dari bilik warden." jawab Hassan. "Nak cari orang. Tapi yang kami dapat adalah panggilan telefon yang pelik dan satu kod rahsia."

"Hah?!" Farra agak bingung mendengar kenyataan itu.

Faiz segera mendekati Farra. "Tadi waktu kami ke bilik warden... Telefon tiba-tiba berbunyi. Bila kami sambut, ada orang dalam talian. Dia bagi kami kod ni dan suruh kami selesaikannya."

Faiz menghulurkan sehelai kertas kecil kepada Farra yang tertera beberapa digit nombor. '14611'.

"Dahlah kami tersalah kunci." Faiz menghulurkan pula satu kunci pada Farra.

Farra menyambut kunci itu. Ia agak pelik. Setiap kunci bilik asrama ada nombor bilik. Tetapi kunci itu kosong sahaja.

"Okey lah!" Hassan menarik Faiz dengan wajah yang penuh dengan makna yang tidak dapat dibaca. "Kami pergi dulu."

Faiz dan Hassan tersenyum sinis dan terus berlari pergi. Farra kebingungan seketika kemudian barulah dia perasaan.

"Tak guna!" Farra menoleh sekali lagi bagaimanapun Faiz dan Hassan sudah tiada di situ. "Mestilah itu bukan mereka"

"Farra..."

Sekali lagi Farra tersentak. Kadangkala, dia merasakan dirinya hampir menjadi gila sendirian. Dia menoleh ke belakang. Dalam keadaan yang gelap itu, dia cuba mencari dari mana datangnya suara itu.

"Farra..."

Farra terkedu. Ada satu kelibat sedang melambai ke arahnya dari laluan pejalan kaki itu. Oleh kerana gelap, Farra tidak dapat melihat wajah orang itu. Tidak semena-mena orang itu lari menghilangkan diri.


_________________________________________________


A/n: Baca cerita ni sendiri macam meremang jugak lah sendiri kan. Hahahaha. Dah tu sorang2 plak. Hmmm. Memang tak boleh ni. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Cuti Semester (Buku 1) ✔Where stories live. Discover now