Part 3

7.2K 330 12
                                    


Misrah dan Wani berjalan keluar dari kafeteria itu. Membeli sebelum kafe yang satu-satunya buka tadi akan tutup sehingga cuti semester berakhir. Nampaknya mereka akan bergantung kepada makanan segera selepas ini. Kedua-dua mereka masing-masing cuba mengemas beg duit yang di bawa.

"Pelik pula Poli ni kalau sunyi kan." gumam Wani sambil memandang sekeliling dengan lagak seorang pemantau.

"Ya." Misrah mengangguk-angguk. "Dah lah makcik kafe tadi cakap hari ni kali terakhir mereka buka gerai. Nak makan apa kita esok?"

Wani hanya mampu mengangkat bahunya tanda tidak tahu. "Macam tak biasa makan Maggi."

"Eh!" langkah Misrah terhenti secara tiba-tiba. Matanya tertumpu ke arah sesuatu yang menarik perhatiannya.

"Kenapa??" Wani memandangnya agak pelik. Dia juga memberhentikan langkahnya sambil memandang sekeliling cuba untuk mencari jika ada apa-apa yang pelik di sekitar kawasan itu.

Misrah merenung tajam ke arah pondok yang terletak di hadapan asrama perempuan itu. "Fadhli!"

"Nasrul!!"

Misrah segera memandang Wani apabila dia memanggil nama seseorang serentak dengannya. Gadis itu kini sedang memandang ke laluan pejalan kaki sambil menuding ke arah sesuatu yang tidak kelihatan.

Misrah mengerutkan dahinya. "Apa Kak Wani cakap ni??"

"Tu!!" Wani menuding ke arah laluan pejalan kaki itu lagi. "Nasrul."

Misrah memandang ke tempat yang Wani tunjukkan. Tiada sesiapa di situ yang dapat dilihatnya. "Mana ada."

Wani memandang Misrah sambil mengerutkan dahinya.

"Yang ada pun..." Misrah menuding ke pondok depan asrama perempuan itu. "Fadhli. Sedang duduk kat sana."

Wani segera memandang ke pondok yang ditunjukkan. Sama seperti Misrah. Dia langsung tidak nampak sesiapa di situ. "Mengarut betul lah kau ni!!"

Wani terus berlalu pergi menuju ke laluan pejalan kaki itu sambil mengejar sesuatu. Misrah hanya berdiri kebingungan bagaimanapun terus berjalan mendekati Fadhli yang dilihatnya sedang duduk sendirian di pondok itu.

"Apa kau buat di sini, Fadhli?" tanya Misrah serta-merta.

Fadhli tidak segera menjawab. Dia langsung tidak terkejut melihat gadis itu. Malah, dia hanya merenung Misrah tajam.

"Eh?!" Misrah kebingungan. "Apa kau buat di sini??"

Sekali lagi soalan itu tidak dijawab. Fadhli mendengus perlahan lalu segera tunduk ke lantai. "Apa kamu buat di sini?"

"Kami kan tak balik." ujar Misrah dengan selamba. Fadhli merupakan rakan sekelasnya dan lelaki itu sudah sedia maklum sebelum ini bahawa mereka tidak pulang ke rumah.

Fadhli memandang Misrah. "Kami?? Siapa?"

"Aku, Farra, Jyra, Kak Wani, Kak Mira, Mel, Fiza dengan Aminah...."

Fadhli tiba-tiba tersenyum sinis yang mempunyai banyak makna tersirat. "Berani betul kamu tak balik."

"Lah..." Misrah agak geram mendengar kenyataan itu kerana lelaki itu juga sudah tahu apa sebab mereka tidak pulang. "Tiada duit nak beli tiket. Nak buat macam mana lagi. Tak kan nak jalan kaki."

Fadhli merenung Misrah tajam. "Lebih baik daripada tinggal di sini."

Misrah terdiam mendengar kata-kata lelaki itu. Dia kini segera membalas renungan Fadhli.

Cuti Semester (Buku 1) ✔Where stories live. Discover now