Part 12

4.1K 216 6
                                    


"Kau rasa ni gambar mereka sekeluarga ke?" tanya Farra sambil bercekak pinggang.

Syazani merenung gambar itu. "Saya rasa ya! Saya tak pasti sangat sebab saya tak pernah tengok muka mereka."

"Saya rasa ni gambar mereka." ujar Farra yakin.

"Tapi apa kaitan gambar ni dengan situasi sekarang?" tanya Syazani agak bingung. "Takkan Kita kena cari wajah mereka."

"Yang ada dalam beg yang kau pegang apa pula?" Farra memandang lelaki itu.

"Ada lima keping gambar dalam ni." Syazani mengeluarkan gambar itu dari beg. "Saya tak pasti sangat. Ia macam gambar bangunan."

"Bangunan??" Farra mencapai gambar itu.

Ia satu gambar-gambar bangunan yang agak lama. Mereka langsung tidak pernah melihat bangunan itu di mana-mana.

Tidak semena-mena gambar-gambar itu terlepas dari tangan Farra. Dia mencengkam dadanya sambil melutut ke lantai.

"Farra..." Syazani agak cemas melihat gadis itu dalam keadaan seperti itu. Dia tidak berani mendekati Farra.

Farra mengerang kesakitan. Tiba-tiba sahaja dadanya seperti terbakar.

"Farra..." Syazani memandang Farra semakin risau. "Kau okey ke?"

Tidak semena-mena Farra pengsan tidak sedarkan diri. Syazani semakin kalut. Apa yang dah jadi? Farra ada sakit ke?

Sekali lagi Syazani terkejut apabila Farra tiba-tiba bangun dan duduk sambil mengangkat kepalanya. Dia merenung Syazani perlahan-lahan dengan renungan tajam yang menakutkan.

"Farra...." Syazani cuba memanggil.

"Nama kau...." Farra bersuara keras dengan mata yang marak. "Syazani kan??"

Syazani berkerut. Takkan Farra hilang ingatan pula?

Farra tersenyum sinis secara tiba-tiba kemudian bingkas bangun. Dia merenung Syazani tajam. "Tak sangka kita akan berjumpa."

Syazani terkedu lalu mendengus perlahan. Dia kini faham apa yang sedang berlaku. Itu bukan diri Farra yang sebenar. Sudah ada 'benda' lain yang masuk ke dalam badan gadis itu.

"Siapa kau?" tanya Syazani tenang.

Farra tersenyum sinis yang mengerikan. Dia berjalan mendekati Syazani.

"Jangan datang dekat!!" Syazani menuding menggunakan jari telunjuknya. "Jangan kau binasakan tubuh hamba Allah ini."

Farra ketawa hampir mengilai. "Dengar sini... Aku tak datang untuk bermain-main atau membuang masa!!"

Syazani tidak bersuara.

"Aku nak keluarga aku bersatu semula!!" suara Farra semakin keras.

"Kami sedang cuba bantu kamu sekarang..."

"Bohong!!" tempik Farra dengan matanya semakin merah. "Kamu tak akan faham apa perasaan saya! Saya adalah seorang ibu!!"

"Dengar sini..." Syazani bersuara perlahan. "Kami memang akan membantu. Tapi kami tak tahu macam mana."

'Benda' yang ada di dalam tubuh Farra itu tidak bersuara.

"Semua petunjuk itu amat sukar untuk difahami." beritahu Syazani jujur.

"Lihat pada gambar keluarga itu."

Cuti Semester (Buku 1) ✔Where stories live. Discover now