Part 6

4.8K 248 15
                                    


Jyra terjenguk-jenguk di hadapan tingkap bilik warden itu cuba untuk melihat sesuatu. Masih berdebat dengan diri sendiri sama ada ingin masuk atau tidak. Dia juga tidak tahu kenapa dia bersetuju untuk berpecah.

Lampu bilik itu terpasang dan penghawa dinginnya juga diaktifkan. Jelas sekali ada orang berada di dalamnya. Jika tidak, mustahil ia dalam keadaan seperti itu. Dia menarik nafas panjang bersedia untuk apa sahaja. Perlahan-lahan dia membuka pintu sambil berharap bunyinya tidak akan kedengaran. Dia melangkah penuh berhati-hati sebelum masuk ke dalam.

"Hello? Hello?"

Tiada sahutan yang diterima. Jyra menelan air liurnya. Perasaannya kini sudah lain bagaimanapun dia tidak mahu berputus asa. Dia cuba untuk memanggil lagi. "Hello? Ada orang tak?"

Kedengaran bunyi pintu direntap dengan kuat membuatkan Jyra terkejut kemudian berpaling dengan pantas. Dia terpandang ke arah sesuatu. Atau lebih tepat lagi seseorang. Ada seseorang yang keluar dari satu bilik kecil yang berada di dalam ruangan pejabat itu di bahagian hujung.

Jyra terlopong dengan mulut ternganga apabila terpandang orang itu. "Abang Sukarnain??"

Lelaki itu merenung Jyra tajam sambil memegang satu fail berwarna ungu. Dia langsung tidak terkejut melihat gadis itu berada di situ. Wajahnya tetap serius. "Apa kau buat kat sini?"

"Err... Er..." Jyra kini tergagap tidak tahu hendak berkata apa. Dia juga tidak tahu sama ada ingin teruja atau takut.

Sukarnain mendengus perlahan kemudian duduk di satu meja dengan selamba. Dia mengeluarkan beberapa keping kertas dari dalam fail yang dibawanya itu dan mula membeleknya satu-persatu. Seolah-olah tidak mahu mengambil tahu kenapa Jyra berada di situ.

"Err... Bang..." Jyra tidak berani menegur kerana muka Sukarnain terlalu tegang. Akan tetapi, dia perlu meminta bantuan.

"Ada sesuatu yang kau nak cakap ke?"

"Err..." Jyra cuba menyusun ayat. "Saya nak minta tolong."

Sukarnain merenung Jyra dengan dahi berkerut kemudian bingkas bangun secara tiba-tiba. Dia berjalan masuk semula ke dalam bilik kecil itu tanpa sepatah kata meninggalkan Jyra yang kini dalam keadaan bingung dan keliru.

Jyra terpandang fail yang dibelek oleh Sukarnain sebentar tadi dan kini terletak di atas meja. Alangkah terkejutnya dia melihat gambarnya sendiri berada di atas kertas paling atas. Jyra mencapai kertas itu dengan keadaan yang terketar-ketar. Dia membelek-belek semuanya dengan cemas. Segala maklumat mengenai dirinya berada di situ. Bukan dia seorang sahaja. Malah maklumat mengenai Fiza, Farra, Mira, Malisa, Misrah, Wani dan Aminah juga berada di situ.

Jyra memandang bilik kecil di mana Sukarnain baru saja masuk ke situ. Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu itu lalu menjenguk ke dalam. Tiada sesiapapun di situ membuatkan dia menjadi semakin takut. Ke mana pula lelaki itu pergi? Bilik itu langsung tiada tingkap atau pintu yang membolehkan Sukarnain keluar selain dari pintu yang Jyra buka.

Jyra membesarkan matanya tiba-tiba. Bulu romanya kini meremang. Siapa orang yang dilihatnya tadi? Adakah itu benar-benar Sukarnain atau bukan? Dia sudah tidak tahu apa yang perlu disimpulkan. Tanpa banyak berfikir dia terus mencapai fail yang berada di atas meja itu kemudian bergegas keluar.


-------------------------------


Wani berjalan sendirian menuju ke pejabat hal ehwal pelajar kampus itu. Fikirannya bercelaru memikirkan situasi yang mereka sedang alami sekarang ini. Apa sebenarnya yang terjadi? Mengapa kawan-kawannya hilang? Adakah mereka masih hidup? Jika ya, di mana mereka sekarang?

Cuti Semester (Buku 1) ✔Where stories live. Discover now