Part 11

4.2K 219 5
                                    


Farra mengangguk sekali lagi. Mereka berpecah dan mula mencari bilik itu. Farra berjalan penuh berhati-hati. Dalam banyak-banyak bilik di aras 5 itu, hanya ada satu bilik sahaja yang lampunya hidup. Farra melihat pada papan tanda bilik itu. 'B5-E02/5'.

Perlahan-lahan Farra memulas tombol pintu itu. Dia menjenguk ke dalam. Bilik itu kosong tidak berpenghuni. Farra melangkah masuk perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling. Dia dapat melihat Syazani berada di bilik betul-betul berhadapan dengan bilik itu. Lelaki itu melambai-lambai mengisyaratkan sesuatu.

Oleh kerana Farra seorang yang rabun, dia tidak dapat melihat dengan jelas apa yang Syazani lakukan. Namun, Farra dapat melihat sesuatu berwarna merah jambu bergoyang-goyang ditangan lelaki itu. Farra segera teringat tentang beg kecil berwarna merah jambu yang Syazani berikan padanya tadi. Dia segera mengeluarkan beg kecil itu.

Perlahan-lahan Farra membuka zipnya. Apa yang mengejutkan Farra, beg kecil itu ada isi. Selama ini ia langsung tiada isi dan kosong. Farra mengeluarkan benda yang berada di dalam beg kecil itu. Sekeping gambar yang usang dan pudar berada ditangannya. Ia gambar sepasang suami isteri bersama dengan lima orang budak perempuan.

"Ini pasti gambar keluarga tu." Farra terus keluar dari situ.


------------------------------------


Jyra membuka matanya perlahan-lahan. Badannya terasa lenguh dan kepalanya berpinar-pinar. Dia membetulkan kedudukannya agak bergegar. Kaki dan tangannya terasa kebas.

"Jyra!! Hoi, bangun!!"

Jyra membesarkan matanya mendengar suara itu. Dia amat terkejut melihat Mira dan Aminah memandangnya dengan cemas. "Ka... Kamu... Masih hidup lagi?"

"Hoi, hoi, hoi!!" gerutu Wani. "Mulut tu."

"Kamu semua...." Jyra kehilangan kata-kata memandang kawan-kawannya satu-persatu.

"Kami tak apa-apa." Misrah bersuara perlahan. "Malah Fiza pun selamat juga."

Jyra memandang semua orang yang ada di situ. "Eh!!"

Jyra terkejut sekali lagi. Bukan kawan-kawannya saja yang berada di situ. Malah orang-orang yang mereka jumpa sebelum ini juga ada. Hassan, Faiz, Azim, Sukarnain, Fadhli, Nasrul, Rezza, Hisham dan Adi turut berada di situ.

"Apa ni??" Jyra kebingungan.

"Jangan banyak tanya dulu." tempik Wani. "Sekarang Farra mana?"

Jyra mendengus perlahan mendengar soalan itu. Dia juga tidak tahu di mana Farra berada.

"Nampaknya dia saja yang boleh selamatkan kita." gumam Malisa sambil berpeluk tubuh.

"Apa yang dah berlaku?" tanya Jyra. "Terutamanya kau, Fiza..."

Fiza menceritakan apa yang berlaku pada dia malam itu kepada mereka.

"Mana ada akak telefon Fiza." Mira terkejut dengan wajah penuh rasa bersalah.

"Ya." Fiza mendengus. "Aku tahu. Lepas saja aku sedar aku ada di tingkat lima... Orang yang menyamar jadi Kak Mira tu tiba-tiba bertukar jadi lembaga yang mengerikan. Lepas tu aku pengsan tiba-tiba. Sedar-sedar je aku dah ada kat sini bersama mereka."

Serentak sekumpulan lelaki yang sedang duduk jauh sedikit daripada mereka itu hanya melihat sahaja.

"Habis tu... Macam mana jaket kau boleh jatuh dari tingkat atas tu?" tanya Malisa.

Cuti Semester (Buku 1) ✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon