Part 7

4.6K 229 8
                                    


"Hah!!" Malisa menderam dengan kuat sambil bangun dari kerusi. Dia mula berjalan mundar-mandir cuba untuk menahan dirinya daripada menjerit. "Jangan cakap Kak Wani lagi hilang?!"

Farra, Mira dan Jyra tidak bersuara. Mereka takut menerima hakikat untuk mengiyakan perkara itu.

"Apa yang dah jadi ni??" Malisa seperti hendak marah. Wajahnya merah padam agak terdesak. "Apa salah kita??"

"Bertenanglah, Mel..." Mira cuba menenangkan gadis itu. "Pasti ada penyelesaiannya."

"Kita dah semakin kritikal sekarang ni..." ujar Malisa dengan nada marah. "Siapa yang nak main-main dengan kita ni?!"

"Far..."

Farra tersentak dari lamunanya yang panjang. Dia segera memandang Jyra sambil mengangkat keningnya. "Kenapa?"

"Ada sesuatu yang menganggu fikiran kau ke?" tanya Jyra pelik memandang gadis itu dari tadi.

Farra tidak menjawab sebaliknya memandang tiga orang kawannya itu satu-persatu. Dia berdiam diri seketika untuk menyusun ayat kemudian mendengus perlahan. "Kamu ada jumpa sesiapa tak masa kita berpecah tadi?"

"Hah??" serentak Malisa, Jyra dan Mira terkejut mendengar pertanyaan itu. Ia seperti tidak dijangka.

"Ada tak kamu jumpa sesiapa semasa kita berpecah tadi?" ulang Farra masih dalam nada yang tenang.

Serentak Malisa, Mira dan Jyra berpandangan sesama sendiri.

"Kenapa kau tanya?" Jyra mengerutkan dahinya dengan mata yang sudah dikecilkan merenung gadis itu.

"Ada sesiapa yang jumpa Abang Azim atau Abang Faiz ke tadi??" Farra tidak mempedulikan soalan Jyra. Dia sudah penat. Penat untuk bermain dengan soalan. Dia hanya ingin membuat kesimpulan.

Serentak Malisa dan Mira terkejut. Bagaimana Farra boleh tahu mengenai itu? Jyra pula kebingungan di sebelah mereka.

"Ada tak??" desak Farra.

"Erm... Sebenarnya..." Mira kelihata teragak-agak. "Akak jumpa Faiz tadi."

"Hah!" serentak Jyra dan Malisa terkejut.

Farra tidak bersuara sebaliknya merenung Mira. "Dia ada beri apa-apa pada kakak tak?"

Perlahan-lahan Mira mengeluarkan beg kecil berwarna merah jambu dari kocek jaketnya. Jyra, Farra dan Malisa kelihatan terkejut melihat benda itu.

"Dia cakap..." Mira cuba mengingat kembali apa yang berlaku padanya. "Beg ni hanya boleh dibuka bila diperlukan dan pada tempat yang betul je."

"Samalah macam saya."

Serentak semua orang memandang Malisa. Gadis itu mengeluarkan beg kecil yang serupa dengan Mira dapat. Semua orang terkedu. Tidak menjangka perkara yang sama berlaku pada mereka.

"Azim yang bagi pada saya."

"Dia cakap benda yang sama?" tanya Farra untuk kepastian dengan keningnya yang sudah diangkat.

Malisa mengangguk-angguk. Mereka membuka kedua-dua beg itu tetapi langsung tiada apa-apa di dalamnya.

"Sebenarnya..." Jyra memandang Mira, Malisa dan Farra teragak-agak. "Saya pun ada jumpa seseorang. Tapi bukan Azim atau Faiz... Saya jumpa..."

Cuti Semester (Buku 1) ✔Where stories live. Discover now