Part 13

3.8K 216 6
                                    


Syazani dan Farra berlari menuju ke satu tempat. Kepenatan atau keletihan langsung tidak terasa ketika itu. Mereka tiba di hadapan bilik warden .Seperti yang dijangka, bilik itu tidak berkunci. Farra dan Syazani mula membongkar dan menggeledah bilik itu. Malangnya, tiada tanda-tanda mereka menjumpai rantai.

"Kau rasa ni tempatnya ke?" Syazani memandang Farra.

Farra tidak menjawab. Dia juga tidak pasti. "Tapi ia sama dengan gambar tu kan?? Bilik warden..."

Syazani tidak bersuara.

"Nanti!" Farra baru teringat sesuatu.

"Kenapa?" tanya Syazani agak pelik.

Farra berjalan mendekati satu bilik paling hujung di situ. Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu itu. Dia segera menjenguk ke dalam. Syazani hanya menyusulnya. Alangkah terkejutnya mereka melihat seutas rantasi terletak betul-betul di atas meja yang ada di dalam bilik itu. Farra segera mencapai rantai itu.

"Bagus!" ucap Syazani. "Satu sudah jumpa."

"Ya." Farra turut tersenyum.

"Farra..." Syazani memandang Farra. "Apa kata kita berpecah? Jadi cepat sikit."

"Boleh juga."


---------------------------------------


Syazani melangkah masuk ke dalam pejabat Jabatan Perdagangan itu seorang diri. Dia tidak begitu tahu selok-belok pejabat itu kerana dia bukan dari Jabatan Perdagangan. Dia masuk perlahan-lahan seolah-olah takut jika orang perasan walaupun tiada orang di situ.

Syazani memandang ke sekeliling pejabat itu. Tidak mungkin dia akan menggeledah pejabat itu. Ia akan mengambil masa yang lama. Syazani cuba berfikir sendirian. Pasti ada tempat tertentu di mana rantai itu terletak.Dia mengingati satu-persatu apa yang Farra ceritakan padanya. Malangnya, dia tidak dapat petunjuk langsung.

KRIING!!KRIING!!

Syazani tersentak mendengar deringan telefon itu. Dia tidak bergerak sebaliknya berfikir apa yang perlu dibuat.

KRIING!!KRIING!!

Bunyi itu kedengaran lagi. Syazani cuba mengawal dirinya. Barulah dia rasa bagaimana keadaan Farra dan kawan-kawannya menghadapi situasi itu. Otak menjadi buntu secara tiba-tiba. Apa yang ingin dilakukan adalah menyambut telefon itu.

KRIING!!KRIING!!

Bunyi itu seperti menarik Syazani. Dia mendengus perlahan kemudian mendekati sebuah telefon yang ada berdekatan dengan meja paling hujung. Dengan tangan yang sudah sejuk, Syazani mengangkat telefon itu. Dia tidak bercakap sebaliknya cuba mendengar apa yang ada di dalam talian. Sama seperti dia, tiada orang bersuara di dalam talian itu.

"Hello?"

"Hello."

Syazani terkedu. Suara seorang lelaki yang cukup dikenalinya berada di talian. "Sukarnain??"

Orang yang berada di dalam talian itu ketawa yang membuatkan bulu roma Syazani meremang. "Nak cari rantai ke?"

"Ya." Syazani tidak bertanya panjang kerana dia tahu orang yang berada di dalam talian itu bukanlah Sukarnain yang sebenar.

"Undur lima langkah dari tempat kau berdiri sekarang."

"Hah?!" Syazani kebingungan. "Apa?!"

Bagaimanapun talian telah diputuskan.

"Hello? Hello?"

Syazani mendengus perlahan kemudian meletak gagang telefon itu.

"Undur lima langkah dari tempat kau berdiri sekarang."

Kata-kata itu masih terngiang-ngiang ditelinga Syazani. Perlahan-lahan dia membuka langkah mengundur ke belakang. "Satu... Dua... Tiga... Empat... Lima..."

PAKK!!

"Aduh!"

Tidak semena-mena sesuatu jatuh tepat di atas kepalanya. Dia mencapai benda itu. Ia seutas rantai yang sebiji sama dengan yang mereka jumpa di bilik warden.

"Bagus!!" Syazani segera beredar.


--------------------------------


Farra berjalan dengan penuh berhati-hati di dalam pejabat Hal Ehwal Pelajar itu. Perasaan takut cuba dilawan. Jika dia tidak berbuat demikian, mereka tidak akan dapat lari dari keadaan itu. Dia segera masuk ke dalam di mana rak-rak tersusun dengan timbunan fail berwarna biru.

Farra cuba menggeledah bilik rak-rak itu. Dia berharap yang dia akan menjempai sesuatu.

Tiba-tiba sahaja fail yang berada ditangan Farra terlepas dari tangannya. Dia terkedu seketika. Wajahnya pucat lesu dengan kakinya terkunci. Tiga kelibat lelaki yang dikenalinya berdiri dihadapannya bertembokkan rak itu. Hassan, Rezza dan Azim berdiri sambil memandangnya penuh ngeri.

"Err.... Er..." Farra tidak mampu berbuat apa-apa.

Tiba-tiba sahaja ketiga-tiga lelaki itu tersenyum. Walaupun mereka tersenyum manis, tetapi ia kelihatan mengerikan. Tidak semena-mena mereka ghaib. Farra ternganga. Dia segera pergi ke tempat itu. Apa yang tinggal hanyalah seutas rantai di lantai itu. Dia segera beredar tanpa berfikir panjang.

Farra berlari pula menuju ke dalam asrama perempuan. Menurut gambar itu, salah satu tempatnya adalah asrama perempuan. Farra tergamam memandang asrama perempuan yang besar itu.

"Di mana pula aku nak cari?" gerutu Farra sendirian.

Dia berfikir cuba mencari cara. Pasti ada satu tempat yang dia perlu pergi. Matanya liar memandang seluruh asrama itu. Dia tersentak secara tiba-tiba. "Sejak bila pula satu bangunan ini ada lima tingkat sekaligus??"


_________________________________________________


A/n: Dah kalau dalam cerita cam ni, tak ada yang mustahil. Yang tak logik pun jadi logik jugak. Hah... Cam ni lah jadinya. Sabar lah korang ek. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Cuti Semester (Buku 1) ✔Where stories live. Discover now