Part 10

4.3K 235 7
                                    


Farra semakin kalut. Dia boleh jadi gila seorang diri jika perkara itu berterusan. Matanya tertarik melihat masjid Politeknik yang tersergam indah di suatu sudut. Tanpa banyak berfikir, Farra terus berlari menuju ke masjid itu. Ini adalah tempat yang paling selamat di kawasan ini. Dia segera masuk dan duduk di dalamnya sambil mencengkam kepala. Dia sudah menjadi buntu. Dia langsung tidak tahu apa-apa yang harus dia lakukan lagi.

"Allahuakbar..."

Farra tersentak apabila ucapan itu menusuk ke telinganya. Suara seorang lelaki. Dari mana datangnya suara itu? Kedengaran seperti ada seseorang sedang berjalan di bahagian tempat muslimin. Farra membuka langsir yang menjadi penghadang itu tanpa memikirkan apa-apa lagi. Dia terlopong melihat seseorang yang dikenalinya.

"Eh..." lelaki itu memandang Farra sambil memegang sejadah. Matanya terbuka luas tidak percaya.

"Abang Syazani?!" pekik Farra.

"Apa kau buat di sini?" tanya Syazani agak berkerut.

"Bagaimana dengan kau?" tanya Farra pula. Dia cuba memastikan bahawa itu adalah Syazani yang sebenar.

"Saya tak jadi balik." jawab Syazani selamba. "Tiket yang saya tempah salah tarikh."

"Betul ke?"

Syazani mengangguk-angguk. Dia merenung gadis itu agak pelik. "Ada apa-apa masalah ke?"

Farra jatuh terduduk mendengar soalan Syazani.

"Astagfirullah al azim!" Syazani agak terkejut bagaimanapun tidak berani datang dekat. "Kau okey ke ni?"

Farra tidak segera menjawab. Dia cuba menenangkan dirinya sendiri. "Saya tak tahu apa yang dah jadi sekarang ni."

"Kenapa pula?" tanya Syazani agak cemas.

Tanpa disedari, air mata bercucuran jatuh membasahi pipi gadis itu. Dia teringat dengan kawan-kawannya satu-persatu. Entah mimpi ngeri apa yang mereka sedang alami sekarang ini.

Syazani tidak mampu bersuara. Dia tidak tahu bertindak dalam situasi itu.

"Kami ada lapan orang sebenarnya yang tak balik..." Farra bersuara dalam keadaan tersekat-sekat. "Tapi sekarang tinggal saya seorang je."

Syazani berkerut kurang faham. "Apa dah jadi?"

"Mereka hilang satu-persatu."

Syazani membesarkan matanya memandang Farra.

"Apa puncanya pun saya tak tahu." Farra bersuara lagi. "Kami mengalami perkara yang pelik-pelik. Saya tak tahu nak buat apa lagi."

"Adakah..." Syazani merenung gadis itu. "Salah seorang dari kamu terlanggar pantang."

Farra memandang Syazani kemudian cuba berfikir. Dia hampir menggelengkan kepalanya. "Saya tak pasti..." Bagaimanapun dia baru teringat akan sesuatu. "Saya rasa.... Saya!"

Syazani terkejut mendengar pengakuan gadis itu.

Farra cuba mengingat sesuatu. "Pernah sekali pintu bilik saya diketuk. Tapi sewaktu maghrib. Saya buka pintu. Lepas tu, malamnya perkara yang sama berlaku dan saya buka pintu juga."

Syazani mengangguk-angguk sambil mendengus perlahan kemudian mula berfikir. "Takkan sebab tu. Tapi mungkin juga. Tak tahu lah."

"Kenapa?" tanya Farra memandang lelaki itu teagak-agak.

Cuti Semester (Buku 1) ✔Where stories live. Discover now