36 | Childhood memories (1)

Comincia dall'inizio
                                    

" boleh sangat sangat . Silakan . but remember Kal , dont put any stress on Syuhada  "

aku senyum sambil menolak kerusi roda Syuhada keluar dengan berhati hati . Mujur hospital lengang hari ini jadi tidaklah aku bersusah payah bersesak membawa Syu kebiliknya.
Tak lama kami sudah pun memasuki bilik Syuhada dan aku perlahan lahan membaringkan nya dikatil . Shawl hitam yang membelit kepalanya aku buka , menyerlahkan rambutnya yang hitam dan makin panjang ?

" abang dudukla . Mesti abang penat dari tadi lagi kan ? "

Dia tersengih saja memandang wajah Syuhada lalu tanpa rasa malu baring disisinya yang sudah menayang muka licik . Akhirnya kami bersempit diatas katil single sambil berpelukan dan aku sembamkan muka didadanya .

" ish apehal peluk orang ? haritu kemain merajuk .. " tanpa memandang wajahnya aku menyindir . Gelak ketawanya kedengaran , dagunya yang menongkat diatas kepala ku bergerak bermaksud dia membalas sindiran aku tadi .

" are you mocking me sayang ? nak kena hukuman dengan daddy awak nii . Babap kang " dalam nada sensual dia berkata pelan

seraya itu telinga kiriku digentel lembut membuat aku menjerit kegelian .

" ish abang ni ! main tipu mana aci lah "

aku pukul dadanya tanda protes dan dia makin mengeratkan pelukan sambil meneruskan aktiviti nakalnya tadi .

" hahhaha aci kat India la sayang .. eh jap , sejak bila telinga isteri abang makin capang ni ? tajam lak tu "
dengan wajah serius dia menyatakan kemusykilan yang buat aku makin geram dengan dia . Mujur laki aku sendiri . Bangang .

" muhd Haikal Amirul , mohon sedar diri yang telinga awak tu macam elf . Sampaikan farish dengan farash terikut dah tak sem macam awak ! ish kenapa tak boleh Daniel ke , Bae Jinyoung ke , asal dapat elf ni ish eh jeufusjkkusv----"

membulat mata aku bila dia tautkan bibirnya pada bibirku . Terasa aliran panas mula menyerbu ke dalam tubuhku . Tangan kekarnya mula kejap mengusap leherku .

" yah ! apa abang ni ish !! "
aku tayang muka marah dan dia hanya mengigit bibirnya . Aku mengelap bibir ku yang sedikit kemerahan . Haikal ni sengaja je kan!

" tahu pun malu yer . Tak payah nak perasan sangat . Time ehem takdenye nama em Danie , Young awak tu . Sayang selalu jerit 'daddy Kal "

Oh teruk . Aku blushing teruk menghitung menunggu mati dan dia ketawa . Eh comel je suami aku ni . Lelaki ini , tak pernah gagal mencuri hati aku . Getaran cinta ini masih sama seperti dulu , tidak pernah sekalipun aku bosan melewati tiap detik dengannya . Memang cinta pertama ini sakti benar rasanya .

" imissyou sayang .. " gosokan dikepalaku buat aku tersentak . Buat seketika mata kami bertatapan dan dia tersenyum .

" dah banyak kisah perit yang Syuhada Haifa lalui , dan sehingga kini tak pernah berhenti .. Haikal , tak berguna , tak mampu untuk membahagiakan Syu . Abang mohon Syu , terus kuat untuk abang , Adam , Farish , Farish dan untuk twin ni . Abang janji , lepas semuanya selesai , kita tamatkan kisah luka ini ya , kita mulakan hidup baru .. Syu tak perlu buat apa apa dah , cukup berada di sisi abang ya ? " 

aku mengangguk dan mencium pipinya .

" jadi , let's go out ! " getah rambut berwarna hitam milikku dia gapai dan mula memusingkan badanku . Terus rambut ku disikat dan diikat kemas .

" kemana ? " aku yang masih blur memandangnya semula . Kali ini shawl hitamku dipakaikan tanpa diminta . Berbelit-belit sekali fuyoo terror laki aku .

"Jadi Wife Aku. ( Revisi ) Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora