"Manusia! Wahai manusia!"

Satu suara mematikan 'peperangan' watak dalam diriku.

"Apa kamu bisa mendengari suara beta?" ulang wanita itu.

Aku terkebil-kebil mendengar soalan itu.

"Dimanakah saya? Awak semua ni siapa?" aku mula melontarkan persoalan-persoalan yang berlegar-legar di minda. Pertanyaannya aku tidak endahkan. Wanita itu tersenyum. Matanya kelihatan sinis. Mengapa?

"Nampaknya kamu tidak tuli ya wahai manusia. Nasib baiklah, jika tidak malang sekali anakanda beta."

Kebingunganku lagi bertambah-tambah tatkala mendengar kata-kata wanita ini. Kenapa tiba-tiba aku ni nak tuli pula? Aku sejak kecil normal okay! Boleh bercakap! Boleh menyanyi dan dengar lagu Asalehe lagi ya! Dan apa kena mengena dengan anak dia pula? Bukan aku nak jadi isteri anak dia pun yang anak dia nak jadi malang kalau dapat aku sebagai isteri tu! Anak dia pun aku tak kenal!

"Kamu sedang berada di negeri Langkasakti. Ini bukan dunia kamu, ini bukan alam manusia tetapi ini alam uguwan sakti. Kamu dan kami berbeza jenis makhluknya dan..."

"Apa!" Belum sempat wanita ini menyambung kata-katanya aku sudah terlebih dahulu memotong dengan pertanyaan yang lebih kepada kejutan.

"Apa yang puan tengah merepek ni?"

Tolong jangan mempermain-mainkan aku la pada ketika ini. Aku yakin semua ni hanyalah ilusi semata-mata atau satu gurauan mimpi! Haha! Ya! Ya! Pasti hanya sekadar mimpi. Aku segera memejamkan mata.

"Jagalah dari mimpi ini! Jagalah!" bisikku perlahan. Mata kubuka semula dan ternyata kecewa, itu yang aku rasa apabila panorama yang sama yang menjadi tatapan. Aku masih tetap berada di dalam sebuah bilik yang luas dan besar serta serba serbi berwarna putih suci bercampur abu-abu dan dikelilingi oleh gadis-gadis bidadari yang sangatlah cantik serta paling ketara wanita muda yang sedang merenung tajam diriku pada ketika ini.

"Manusia! Jangan menafikan lagi! Ini yang sedang kamu lihat maka inilah yang sedang terjadi dan inilah realiti! Bukan suatu mimpi atau fantasi mindamu!" ujar wanita dihadapanku ini dengan tegas.

Apa salah aku? Kenapa wanita ini begitu tegas denganku sedangkan aku sememangnya bingung dengan suasana sebegini jadi perkara biasalah jika aku tidak mahu percaya dengan suasana yang begitu asing bagiku ini!

"Kenapa saya ada di sini? Kalau betul ini bukan dunia saya! Kenapa saya ada di sini? Di dunia kamu dan bukan di dunia saya!" Aku sedikit memberontak. Berang apabila terlalu banyak persoalan-persoalan yang mengasak diriku ditambah pula cara layanan dan pandangan makhluk-makhluk yang wanita ini gelarkan spesies mereka ini sebagai uguwan sakti yang memandang lain macam kepadaku.

"Ya, ada sebab kamu di sini. Jika kamu mahu tahu, beta yang tarik kamu ke alam ini." ujar wanita itu.

"Kenapa? Apa tujuan puan tarik saya ke alam puan ni?" aku menyoal dengan penuh kebingungan.

"Berhenti gunakan istilah pelik manusia kamu itu! Kamu perlu memanggil beta sebagai Ratu Permaisuri dan menggelarkan beta sebagai tuanku sahaja!Jangan menjatuhkan martabat beta dengan panggilan-panggilan serendah martabat kamu itu!"

Zap! Aku rasa macam nak cilikan sahaja mulut puaka wanita yang berlagak macam ratu sangat ni! Kalau dia ratu sekalipun ingat aku kisah? Punya bongokk satu hal! Woii nenek kebayan! Gelaran tuanku dan Ratu Permaisuri tu dekat dunia aku pun ada la! Tu pun untuk golongan keturunan raja juga punya gelaran la! Kau nak acah-acah belagak mengaku berdarah Sultan Palembang atau Ratu Elizabeth, bagitahu arr! Ish geramnya aku.

Hakikat yang sebenar aku hanya mampu memaki dalam hati sahaja, tak mampu nak lontarkan dari anak tekak sekarang dia sumpah aku jadi cicak kobeng pulak tak pasal-pasal aku mereput di atas katil empuk ni dan tak dapat pulang ke dunia aku semula.

"Ya,ba-baik tuanku. Apa tujuan tuanku ta-tarik saya ke sini?" tergagap-gagap pula aku jadinya disebabkan aku takut-takut disumpah sungguh menjadi jadi cicak kobeng.

"Kamu ingin pulang ke duniamu semula?" Dia mengangkat sebelah keningnya.

Gila tak nak! Nak la!

"Mesti la saya nak." Aku menjawab ringkas.

"Tinggalkan beta dan permaisuri mahkota sahaja di dalam bilik ini. Kalian semua boleh keluar. " Tidak semena-mena wanita ini bersuara memberikan arahan itu kepada gadis-gadis bidadari itu. Permaisuri mahkota tu siapa? Aku ke? Wanita ni maksudkan aku la kan sebab hanya tinggal aku dan dia je dalam bilik ni pada ketika ini. Kenapa dia gelar aku dengan gelaran tu? Uish! Makin pelik ni!

Setelah memastikan semua gadis bidadari itu keluar,dia melangkah sedikit rapat kepadaku. Tubuhnya dicondongkan sedikit untuk menyamai paras wajahku kerana posisi tubuh aku yang sedang duduk melunjur di atas katil ini.

"Tapi kamu perlu tunaikan dua syarat daripada beta."

"Apa syaratnya?" aku menyoal sebelum sempat dia memberitahuku sendiri.

Dia tersenyum seulas. Senyuman penuh manis bergula dan nampak menyeramkan di pandangan mata aku. Sebab senyuman itu seperti terkandung sesuatu agenda.

"Tunaikan permintaan beta."

"Per-permintaan apa?" Aku sudah mula berdebar-debar. Janganlah dia minta aku jadi korban untuk binatang peliharaan dia yang kelaparan ke apa ke. Kalau tak sama sajalah aku tak dapat pulang juga ke dunia aku.

"Kahwini anakanda beta."

Dum!

Kali ni bukan bunyi zap dah tapi bunyi dum terus seumpama bunyi kedua-dua kepala yang ada dahi berlaga kuat, akhirnya tertonjol benjol besar ketul batu ditengah-tengah. Terus sewel! Itulah apa yang aku rasakan sekarang ni. Terasa hendak sewel mendengar permintaan yang tak masuk akal tersebut.

"Aaa...apa?"

"Kahwini anakanda beta." ulangi lagi wanita yang perluku gelar Ratu Permaisuri ini.

"Kahwini anak tuanku?" Aku menyoal meminta kepastian lagi walhal kata-kata itu sememangnya sudah begitu jelas kedengaran di telingaku. Kenapa lah aku tak berlakon jadi tuli sahaja tadi! Kan lebih baik! Menyesal aku jadi normal. Tak sangka sangkaan aku tadi rupa-rupanya menjadi kenyataan.

"Itulah syarat pertama jika kamu mahu kembali ke duniamu semula. Syarat yang kedua ialah..."

Debaran di dada aku lagilah bertambah rentaknya. Mengapa perlu berjeda wahai tuanku Ratu Permaisuri Oiii! Cakap je lah terus.

"Lahirkan seuguwan cucuanda laki-laki untuk beta." sambungnya.

Terkaku terus aku jadinya. Gila! Macam mana aku nak lahirkan cucu untuk dia! Aku ni hanya sekeping lempeng! Macam mana aku nak beranak? Gedebush! Bella Amanda tolonglah berhenti mengganggap keadaan yang serius ini sebagai suatu perkara yang yang boleh dijadikan lelucon!

"Macam mana saya nak beri cucu kepada tuanku?" Aku menyoal seperti terlupa syarat yang pertama. Bodoh sekali aku pada saat ini.

Ratu Permaisuri pantas memegang daguku sedikit kasar. Seperti menahan sabar.

"Tolong berhenti bermain-main dengan kegilaan dan kebodohan dirimu wahai manusia! Sudah tentulah beta akan memperoleh cucu hasil daripada benih perhubungan suami isteri antara anakanda beta dan juga kamu!"

"Apa!!" Mata aku mula dipenuhi kegelapan semula dan yang pastinya aku sudah tidak sedar apa yang telah berlaku pada saat seterusnya.














HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔Where stories live. Discover now