BAB 13

1.6K 90 5
                                    

PEJAM CELIK, pejam celik Ryu menatap pemandangan depan mata. Dari dahi licinnya, mata terkatupnya, hidung separa mancungnya dan akhirnya pada bibir separa terbuka. Desah nafasnya keluar lembut dari situ, dan menampar-nampar muka Ryu.

Maya di hadapannya, sedang tunduk tersengguk-sengguk. Dan dia atas ribaan Maya. Elok melabuh kepala. Entah bagaimana dia boleh ada di situ, Ryu tidak tahu. Tetapi satu yang dia tahu saat ini.

Pemandangan depan matanya sekarang...indah sekali

Sedikit-sedikit, Ryu angkat tangan. Jari telunjuknya sampai ke kening Maya. Disentuh lembut. Kemudian, jatuh ke mata yang masih tutup itu. Dibawa pula ke hidungnya yang kembang kempis melepas nafas. Ryu senyum secalit. Jarinya digerak lagi dan akhirnya melekat di bibir merah itu. Ryu usap lembut. Senyuman yang masih tersisa di bibir, berubah jadi kelat.

Bibir ini...bibir ini sangat indah. Sayangnya, tidak bisa melontar suara. Jantung Ryu tiba-tiba rasa berat. Bagai dipam-pam dengan seribu satu perasaan yang dia sendiri tidak tahu perasaan apa. Dia katup mata sejenak. Nafas dihela dalam-dalam. Mata dibuka semula.

Terus terpaku pada sepasang mata lain.

Sesaat...

Dua saat...

Tiga saat...

Mereka masih terpasung pada satu sama lain. Saling merenung. Saling menatap. Dalam dunia yang hanya ada mereka berdua. Ditemani sinaran mentari pagi yang mula menyelinap melalui jendela. Ruang ini jadi bercahaya.

Bebola mata Maya tiba-tiba bergerak. Perasan ke mana hala tujunya, Ryu cepat-cepat mengalih jari dari bibir Maya. Timbul rasa ingin mengetuk kepala sendiri. Macam mana dia boleh terlupa?

Tangan Maya yang tadi berada atas dada Ryu, diangkat hampir mengenai muka dan digerak-gerak. Ryu baca bahasa itu.

Tak nak bangun lagi ke? Kepala kau berat.

Mata Ryu membuntang sesaat, sebelum dia cepat-cepat bangun. Mungkin terlalu kelam-kabut, kerana dia tiba-tiba rasa berpusing dan...

Bum!

Jatuh dari sofa. Tersembam atas lantai.

"Aduh..." Ryu bangkit separuh dan menggosok belakang kepala yang terasa pedih. Berpinar matanya sekejap. Satu bunyi halus menampar telinga. Dia dongak kepala.

Maya menekup mulut. Pipi naik ke atas. Mata hampir terkatup, menampakkan garis sahaja. Bahu pula sedikit terhinjut-hinjut.

Maya sedang ketawa. Pemandangan yang jarang sekali dia lihat. Dan fikirnya, takkan pernah dilihat lagi. Tidak selepas apa yang dia buat. Selepas bertukar jadi raksasa, dan Maya jadi saksinya.

Secalit rasa pedih mengetuk jiwa yang fikirnya sudah mati. Ryu telan rasa itu bulat-bulat dan menampar lembut lutut Maya. Mata sengaja dijegil luas-luas.

"Seronok gelakkan aku?" Dia menyoal dengan gaya sebal.

Tawa Maya mati terus. Dia mengalih jari-jemari dari mulut. Tetapi Ryu boleh nampak bibir itu yang sipi-sipi menyenget. Masih gelakkan dia!

Sesudah itu, Maya bangkit. Terduduk semula. Mukanya berkerut dengan tangan mengetuk-ngetuk paha.

"Kebas?" Laju Ryu bertanya.

Kerlingan tajam Maya jadi jawapan. Ryu tayang muka selamba.

"Siapa suruh biarkan aku tidur atas paha kau? Kenapa tak suruh aku masuk dalam saja?"

Hampir melongo mulut Maya mendengar soalan bersahaja itu. Amboi, amboi! Mahu salahkan dia pula. Ryu dah hilang ingatan agaknya. Tidak ingat betapa dia merengek-rengek macam budak kecil usai tersedar dari lena pendek, semalam. Berulang kali Maya cuba membawanya masuk ke bilik, tetapi degil benar untuk bergerak. Tetap mahu berada di sofa, siap menarik-narik tangan Maya. Sudahnya, Maya terduduk kembali. Ryu pantas sahaja melabuhkan kepala atas pahanya. Tidak cukup dengan itu, Ryu memeluk pinggangnya dan menyembamkan muka ke perutnya.

I'M NOT A MONSTER (Published)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz