"Psst!! Psstt!!"

Langkah Malisa terhenti tiba-tiba apabila mendengar bunyi itu. Tidak pasti sama ada dia tersalah dengar atau tidak.

"Psst!! Psst!!"

Malisa segera menoleh ke belakang. Dari mana datangnya suara itu?

"Psst!! Psst!!"

"Hoi!!" pekik Malisa dengan berani. "Jangan nak main-main lah!! Kalau berani kau keluar sekarang!!"

"Hahahahaha!!"

Malisa tersentak sekali lagi. Seorang lelaki yang memakai baju melayu berwarna hitam sambil memasukkan tangannya ke dalam kocek baju melayu itu ketawa berdekah-dekah keluar dari salah satu bilik kuliah di situ.

"Azim??" Malisa terkejut kerana lelaki itu benar-benar dikenalinya.

"Bertenanglah!" ujar Azim selamba. Senyuman manis tidak lari dari wajahnya sama seperti biasa.

Malisa tidak memberi sebarang reaksi sebaliknya merenung Azim dengan dahi yang berkerut. Dia teringat tentang tragedi Wani terjumpa Nasrul, Misrah terjumpa dengan Fadhli dan Aminah terjumpa dengan Adi. Sekarang ini, gilirannya pula untuk berjumpa dengan seseorang dan dia tidak begitu senang hati.

"Kenapa kau macam takut je ni?" tegur Azim apabila melihat wajah pucat Malisa yang tidak seperti biasanya.

"Kenapa kau ada kat sini?" tanya Malisa teragak-agak.

Azim merenung Malisa. "Kau rasa??"

"Mesti ada tujuan kan??" Malisa cuba meneka yang mana dia yakin dengan perkara itu.

Azim ketawa lagi. Dia berjalan mendekati Malisa. "Kalau kau bijak... Dan berfikir betul-betul... Kau akan dapat tahu nanti."

"Fikir betul-betul??" ulang Malisa agak bengang. "Hei! Jangan nak mengada-ngada lah!!"

Azim hanya mengukir senyuman sinis. "Saya tak paksa."

"Azim..." Malisa cuba menyusun ayat. Dia benar-benar putus asa dan cuba menenangkan dirinya sendiri. "Kami sekarang ni dah nak jadi gila! Kawan-kawan kami dah hilang. Boleh tak kalau kau bantu sikit?"

Azim berfikir sedikit kemudian mengeluarkan sesuatu dari kocek bajunya dan menghulurkan benda itu kepada Malisa. "Ambil ni!"

Malisa melihat benda itu dengan wajah yang bingung. Satu beg kecil berwarna merah jambu. Dia mencapai benda itu tanpa berfikir panjang. "Apa ni??"

"Ambil je." arah Azim. "Kau akan perlukannya nanti."

"Perlukan??" Ulang Malisa agak pelik.

"Ini je yang saya boleh tolong." beritahu Azim. Wajahnya bertukar serius secara tiba-tiba. "Tapi ingat!! Kamu hanya boleh buka benda ni jika kamu perlukannya dan pada tempat yang betul."

Setelah itu, Azim terus beredar dari situ. Malisa hanya berdiri kebingungan di situ sambil merenung beg kecil berwarna merah jambu itu.


-------------------------------------


Mira memandang sekeliling dengan penuh berhati-hati. Politeknik itu kelihatan benar-benar sunyi dan menyeramkan. Dia tidak tahu hendak mencari bantuan di mana lagi pada ketika itu. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam kafeteria itu. Agak janggal kerana ia terlalu sunyi.

"Mira..."

Mira terkejut apabila mendengar sapaan itu. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang sambil menelan air liurnya. Seorang lelaki yang memakai baju melayu berwarna hitam sedang duduk di sebuah kerusi berdekatan salah satu tiang di situ.

"Faiz??" Mira tercengang.

"Hai, Mira..."

"Apa Faiz buat kat sini?" tanya Mira tidak percaya dengan apa yang kini sedang dilihatnya.

Faiz hanya tersenyum kemudian berjalan perlahan-lahan mendekati Mira dengan selamba. "Ada hal."

Mira agak kebingungan bagaimanapun tidak mahu bertanya lagi.

"Ambil ni..." Faiz menghulurkan satu beg kecil berwarna merah jambu secara tiba-tiba membuatkan gadis itu semakin bingung.

Mira segera mencapai beg kecil itu. "Apa ni??"

"Jangan buka dulu!" Faiz memberi amaran. "Awak hanya boleh buka benda ni jika awak betul-betul perlukannya dan pada tempat yang betul."

Mira mengerutkan dahinya.

"Akan ada satu situasi di mana awak akan memerlukan benda ni." beritahu Faiz kembali tenang. "Masa tu baru awak boleh buka benda ni."

Mira masih lagi kebingungan bagaimanapun Faiz terus berlalu pergi. Dia ingin menghalang bagaimanapun tidak berani kerana dia tidak tahu sama ada lelaki itu benar-benar di situ ataupun tidak.


_________________________________________________


A/n: Haii guys. Sorry lama tak update. Eh, lama ke? Hahaha. Saya cuba nak update ni cepat. Memandangkan ia hanya perlu di edit. Harap korang bersabar. Dah lah cerita ni ada buku kedua. Aduhaiii. Sabar ek. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Cuti Semester (Buku 1) ✔Where stories live. Discover now