PROLOG + BAB 1

Magsimula sa umpisa
                                        

"Apa?" Dia mengherdik lantang.

Maya menyambung gerak laku. Dalam rasa tidak mahu pedulinya, Ryu menatap tanpa kata.

Tolong jangan mati.

Kening Ryu terangkat sebelah.

"Apa maksud kau?"

Maya membawa jari telunjuk ke arah tebing jambatan.

"Kau ingat aku nak bunuh diri?" sela Ryu tanpa nada. Bibirnya terherot sinis. Ah, membunuh diri apanya kalau tugasnya sendiri ialah merampas nyawa manusia lain?

Soalan Ryu dibalas dengan anggukan kepala.

"Maya...Maya, aku ni..." Ryu menghampiri Maya dan mengangkat tangan, mahu mengusap kepala gadis tersebut. Namun gerak tangannya terkaku di sekerat jalan. Jari-jemari yang masih bersisa darah mematikan hasrat. Cepat-cepat, dia menyorok tangan ke belakang.

"Orang yang takkan bunuh diri. Aku tak layak pun untuk bunuh diri."

Huh! Untuk manusia jelik sepertinya, kematian adalah sesuatu yang terlalu mudah. Hukuman yang terlalu ringan.

Bagaikan dapat menangkap tindakan Ryu tadi, Maya menarik tangan Ryu dari belakang.

"Eh, apa kau...."

Bicara Ryu terhenti sendiri. Tenggelam dalam sepasang mata Maya yang jelas suram. Jeda sesaat, sebelum Maya menundukkan pandangan. Sedikit-sedikit, gadis itu mengusap tangan Ryu. Darah yang membasahi dilap dengan telapak tangannya sendiri. Lembut dan perlahan, kemudian semakin kuat dan kuat. Habis jari-jemarinya sendiri jadi merah, tetapi Maya jelas tidak peduli. Malahan, perbuatannya jadi semakin ligat. Telapak tangan tidak sudah-sudah digesel kepada tangan berdarah Ryu.

Penuh rasa terdesak.

Ryu pandang dalam sepi. Mata tajamnya langsung tidak dikalih. Maya betul-betul mahu mencuci dirinya daripada cecair merah, pekat lagi hanyir itu.

Ah, Maya memang bodoh! Dia sudah memalitkan tubuh dengan darah manusia. Tidak mungkin dia jadi bersih semula.

"Maya..."

Tegurannya tidak diambil peduli. Maya semakin bersungguh cuba membersih.

"Sudah, Maya!" Ryu menangkap pergelangan tangan Maya. Sepantas itu juga, Maya merentap tangannya kembali.

"Erghh!!Erghh!!!"

Terpaku Ryu kepada Maya yang menjerit-jerit dalam bahasanya. Tangan kiri dan kanan tergawang-gawang ke udara. Sepasang mata yang berkaca-kaca tadi, sudah selamat menumpahkan isi. Pipi mulus Maya dinodai air mata. Dadanya turun naik dengan laju. Bergilir antara menarik nafas dan melayan ledakan emosi.

Ryu sedar Maya sedang marahkannya. Itulah yang sering dilakukan oleh gadis itu setiap kali dia pulang ke rumah dalam keadaan berlumuran darah, dengan bermacam-macam kecederaan di tubuh. Itulah norma kehidupannya sebagai salah seorang 49 chai dalam Red Dragon. Tetapi kali ini, darah yang terpalit pada tubuhnya bukanlah sebarang darah. Bukan setakat darahnya yang bercampur dengan darah lawan-lawannya.

Darah ini ialah darah yang menentukan bahawa dia tidak lagi mampu jadi anjing semata-semata. Dia bukan lagi bayang-bayang yang berdiri di belakang Luo Ming. Dia bakal jadi hung kwan dengan puluhan orang bawahan.

Ya, Ryu tahu. Itulah ganjaran yang bakal dia peroleh atas apa yang sudah dia buat. Namun persoalannya sekarang, adakah itu benar-benar 'ganjaran' atau sekadar hukuman yang bakal memenjaranya lebih lama?

I'M NOT A MONSTER (Published)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon