Aminah tersentak apabila ada suara yang menyapanya. Dia segera menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya dia melihat seseorang yang dikenalinya sedang berdiri di situ. "Adi??"

"Apa kau buat di sini?" tanya lelaki itu selamba dengan wajah yang serius bukan seperti sebelumnya.

"Eh?!" Aminah mengerutkan dahinya. "Aku rasa aku yang patut tanya kau."

Adi tidak menjawab sebaliknya merenung Aminah dengan pandangan yang tajam penuh makna.

"Hello??" Aminah melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka lelaki itu cuba menarik perhatian lagi.

Lelaki itu tiba-tiba tersenyum sinis yang entah kenapa kelihatan menakutkan. "Kamu dalam keadaan kalut ke sekarang ini?"

Aminah tersentak mendengar kata-kata lelaki itu. Dia membesarkan matanya memandang Adi. "Apa??"

Adi tersengih. "Aku tahu kamu sedang dilanda masalah."

Aminah terlopong. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan.

"Hanya ada seorang saja yang boleh tolong kamu..." Adi tiba-tiba bersuara keras. "Dan kamu kena cari dia sebelum terlambat. Yang penting orang tu bukan aku. Dia akan muncul juga jika kamu berjaya cari dia."

"Tapi siapa??" tanya Aminah tanpa bertanya sama ada perkara itu benar atau tidak.

Adi hanya tersenyum sinis kemudian berlalu pergi tanpa sepatah kata pun. Meninggalkan Aminah yang kini dalam keadaan bingung.


----------------------------


Mira dan Wani sudah tidur dengan nyenyak sekali di atas katil yang sudah digabungkan menjadi satu itu. Oleh kerana takut, mereka bertungkus-lumus menggandingkan katil mereka. Aminah pula langsung tidak senang tidur. Dia berlingkar di atas katil itu seperti cacing kepanasan. Tidak tahu di mana silapnya. Tidak tahu apa yang membuatkan dia langsung tidak senang tidur pada malam itu.

TOK!TOK!TOK!

Aminah tersentak apabila mendengar bunyi keramat yang benar-benar menakutkan itu namun langsung tidak membuka matanya. Dia tidak berani untuk melihat apa-apa pada saat seperti itu.

TOK!TOK!TOK!

Bunyi itu membuatkan Aminah semakin takut. Dia mula mendekatkan dirinya dengan Mira sambil berharap ketakutannya akan hilang sedikit. Dia tidak mahu menghadapinya bersendirian. "Kak! Kak!"

"Mmm..."

"Kak..." Aminah seperti hendak menangis ketika menarik baju gadis itu. "Bunyi tu..."

"Diam je."

Tidak berapa lama kemudian, bunyi itu hilang dan tidak kedengaran lagi. Aminah mulai lega dan berusaha untuk menidurkan dirinya semula.

Tepat jam tiga pagi, Aminah terjaga sekali lagi. Bukan kerana tidak dapat tidur. Tetapi dia ingin membuang air kecil. Perlahan-lahan dia bangun dari katil lalu berpaling memandang Mira dan Wani yang sudah nyenyak tidur.

"Kak Mira..." Aminah menggoyangkan badan gadis itu dengan perlahan. "Kak Mira..."

"Mmm?" Mira membuka matanya perlahan-lahan. Dalam keadaan mamai, dia melihat siapa yang membangunkannya.

"Temankan aku ke tandas."

Mira bangun perlahan-lahan lalu menggosok mukanya kemudian berpaling memandang Wani. "Wani... Wani..."

"Hah?" Wani membuka matanya dengan dahi berkerut. Jelas sekali tidak suka dibangunkan.

"Jom temankan Minah pergi tandas dulu." ajak Mira penuh rasa bersalah. Akan tetapi, dia tidak mahu berseorangan menunggu.

Wani mengeluh perlahan kemudian bangun dari katil dengan mata yang separuh terbuka. "Jomlah."

Wani, Aminah dan Mira berjalan keluar dari bilik. Mereka memandang sekeliling untuk memastikan tiada apa-apa yang aneh. Keadaan amat sunyi ketika itu. Bunyi cengkerik di hutan belakang kedengaran jelas.

"Kau masuk lah, Minah." arah Wani ketika sampai di hadapan pintu tandas. "Kami tunggu kau kat sini."

"Baiklah!" ujar Aminah tidak membantah. "Jangan lari ya."

Serentak kedua-dua gadis itu mendengus. Aminah segera masuk ke tandas. Mira kini bersandar di dinding kerana terlalu mengantuk. Wani pula duduk mencangkung sambil cuba menahan diri daripada tertidur.

Sudah hampir setengah jam berlalu, Aminah masih belum keluar dari tandas. Bunyi juga tidak kedengaran lagi.

"Hish!!" Wani menderam kuat. Dia masih sakit hati kerana tidurnya terganggu. Ditambah lagi dengan menunggu lama. "Apa budak tu buat kat dalam?!"

"Entah." Mira turut berasa pelik. Dia sebenarnya juga sedikit geram. Menunggu lama dalam keadaan mengantuk bukan sesuatu yang menyenangkan.

"Minah!!" Wani berjalan masuk ke dalam tandas disusuli oleh Mira di belakangnya. "Minah!!"

Tandas itu terasa amat sunyi sekali. Seperti tiada orang di dalamnya. Seolah-olah tiada benda yang bergerak.

"Aminah?!!" panggil Wani lagi.

Tiada sahutan yang diterima. Mereka membuka tandas itu satu-persatu untuk memastikan. Sampai di pintu terakhir, tetap tiada sesiapa. Ianya juga tidak berkunci seolah-olah tiada siapa yang pernah masuk.

"Mana Minah ni?" Mira memandang Wani sambil berkerut.

"Entah." Gadis itu hanya bercekak pinggang sambil mendengus. "Aku ketuk juga lah kepala budak ni!"

Mira tersentak secara tiba-tiba. Terasa darah merahnya mengalir deras di dalam badan. Dia merenung cermin yang membelakangi Wani yang mana dia kini berhadapan dengan cermin itu. Wani pula sibuk mengomel tidak tentu pasal tanpa perasan mengenai apa-apa.

"Takkan dia tinggalkan kita?!"

"Wani..."

Wani segera memandang Mira dengan dahi yang masih berkerut marah. Wajah Mira menjadi semakin pucat.

"Kau dah kenapa?" Wani memandang Mira agak pelik.

Perlahan-lahan Mira menuding ke arah cermin di belakang Wani membuatkan gadis itu segera menoleh. Alangkah terkejutnya dia melihat satu tulisan yang ditulis dengan menggunakan buih sabun. Mereka tidak pasti sama ada itu daripada Aminah atau tidak. Ia berbunyi, 'TOLONG AKU'.

"Aaaaaaaaaaa!!!!!!!!"


_________________________________________________


A/n: Haiiii!! Hahahaha. Sorry guys. Lama nak mampos tak update ni. Busy tahap sultan sekarang ni. Nak pergi meeting antarabangsa kejap lagi. Hahaha. Anyway, harap korang enjoy part ni. Saya usaha lagi update k. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Cuti Semester (Buku 1) ✔Where stories live. Discover now