ANNA 25 (TERAKHIR)

227 15 4
                                    

trisha mulai tersedar dari pengsannya. dia memerhatikan keadaan di sekelilingnya. rupa rupanya dia kini terbaring di atas lantai bangsal tua yang terletak di belakang rumah mamanya. kedua belah tangan dan kakinya sudah di ikat dengan tali. barulah dia sedar yang dia kini terikat di tengah tengah bintang gergasi yang di lakar di atas lantai tersebut. ketika dia sedang terkial kial seorang diri di situ tiba tiba dia nampak anna sedang berdiri membelakanginya. "an... na?.... to... tolong lepaskan saya...", tutur trisha dengan nada suara yang bergetar. anna diam membisu. dia masih berdiri di situ tanpa menoleh ke arahnya. "anna... saya tahu awak masih marah pada saya sebab saya sering memperlekehkan awak di depan mata mama selama ini tapi sebenarnya saya masih anggap awak sebagai adik saya... apa apa pun saya minta maaf pada awak... saya janji saya akan menjadi seorang kakak yang baik selepas ini....", tutur trisha perlahan lahan. "its too late... anna is dead now...", kedengaran anna bersuara padanya tapi nada suaranya sudah pun berubah. nada suaranya tidak ubah macam nada suara seorang lelaki pula. trisha tahu itu pasti suara syaitan yang telah merasuki tubuh anak kecil tersebut. tubuh trisha terasa menggeletar di saat dia mendengar suara syaitan yang menggerunkan itu. dengar tawanya saja sudah cukup menyeramkan. "a.. apa mak... maksud awak?", soal trisha mula tergagap gagap.

"jiwa dan roh anna sudah mati... kini jiwa dan rohnya sudah ku kuasai.... anyway sekejap lagi semua pengikutku dan ahli sihir yang lain akan datang ke sini dan kau akan menjadi mangsa korban kami yang seterusnya... hahaha!!!!....", tutur anna dengan nada suara yang garau sekali. "a... apa mak... maksud kau deng... dengan mang... mangsa kor... korban tu?", soal trisha mula gementar. "kau akan di korbankan di dalam ritual yang akan di adakan tidak lama.... darah kau akan jadi minuman para pengikutku yang setia... itu tanda meterai bahawa jiwa dan roh mereka akan menjadi hak milik kerajaan neraka buat selama lamanya.... hahaha....", kata syaitan yang merasuki tubuh anna. seram sejuk Trisha di saat dia mendengar hilai tawa syaitan tersebut. anna mula melangkah menghampirinya. dalam keadaannya yang ketakutan itu trisha sempat juga melihat ke wajah anna. dia lihat mata anna sudah bertukar menjadi hitam pekat. rambut depannya menutupi sebahagian wajahnya. budak itu berdiri di depannya sambil merenung tepat ke wajahnya. trisha cepat cepat mengalihkan pandangan matanya ke arah lain. dia tidak mahu melihat mata anna yang hitam pekat itu sebab dia merasa takut di saat dia melihat mata anak kecil tersebut. "ta... ta... tapi ke... ke... kenapa aku?... ke... kenapa aa... aku yang harus di kor.... korbankan?... ke... ke... kenapa kk... kau tidak memilih bu... bu... budak lain untuk di kor... korbankan?", trisha terpaksa memberanikan dirinya untuk bersuara. "sebab kau sudah jadi sasaran utamaku... lagi pula kau seorang budak perempuan yang masih suci... jadi darah kau memang sesuai di jadikan minuman kepada para pengikutku dan juga persembahan kepada penghulu kami lucifer...", balas anna dengan suara yang garau sekali.

"to.. long lepaskan a... ku...", rayu Trisha sambil menangis. "kau fikir aku aku akan melepaskan kau dengan begitu mudah saja?... poor little f*cking b*tch!.... aku akan bunuh kau dan hantar roh kau ke neraka.... hahaha....", tutur syaitan yang berada di dalam tubuh anna. di saat trisha merasa ketakutan dia cuba mencari keberanian dan kekuatan dalam dirinya. dia teringat akan perkataan guru sekolah minggunya. "dengarlah ayat yang terdapat dalam Yeremia pasal 1 ayat ke 8, 'Janganlah takut kepada mereka, sebab Aku menyertai engkau untuk melepaskan engkau, demikianlah firman TUHAN'... melalui ayat ini Tuhan berfirman kepada kita agar kita jangan merasa takut biarpun kita berada di dalam keadaan yang sukar sekali pun sebab Tuhan akan menyertai kita dan melepaskan kita dari segala kesukaran....", begitu perkataan guru sekolah minggunya yang masih ada di ingatannya. dari situlah dia mula merasa berani dan tidak takut lagi sebab dia tahu Tuhan akan menyertainya dan menolongnya. "kau tidak berhak mencabut nyawa orang sesuka hati kau sebab kau tu bukannya tuhan!!... hanya Tuhan saja yang berhak ke atas nyawa dan juga roh manusia di muka bumi ni... sebab sudah ada yang tertulis dalam alkitab iaitu Matius pasal ke 10 ayat ke 28, 'Dan janganlah kamu takut kepada mereka yang dapat membunuh tubuh, tetapi yang tidak berkuasa membunuh jiwa; takutlah terutama kepada Dia iaitu Tuhan yang berkuasa membinasakan baik jiwa mahu pun tubuh di dalam neraka'...", balas trisha mula berani. nasib baik dia ada belajar menghafal ayat tu semasa dia belajar di sunday school di gerejanya. kalau tidak tak tahu lagilah. "oh shut the f*ck up!... i hated that verses!....", bentak syaitan yang merasuk tubuh anna. dia mengambil satu seal O tape dari dalam poket bajunya kemudian dia menutup mulut trisha dengan seal O tape tersebut. mungkin dia tak nak trisha menyebut sebarang ayat dari dalam alkitab sebab itulah dia menutup mulut trisha dengan pelekat di tangannya. "sekarang kau tak akan dapat mengucapkan sebarang ayat celaka tu di telingaku lagi.... hahahahaha...", tutur syaitan tersebut sambil ketawa berdekah dekah.

ANNA (PG13)Where stories live. Discover now