ANNA 19

124 12 10
                                    

puan selina melangkah keluar dari dalam perut lif dengan lutut kaki yang bergetar. dia sebenarnya masih mengalami goncangan hebat dalam dirinya ekoran dari peristiwa yang di alaminya sebentar tadi. "see... what i've told to you before.... she is dangerous... dia boleh lakukan apa saja apabila dia merasa marah...", bisik trisha pada mamanya dengan wajah yang serius sekali. "jadi apa yang harus kita lakukan?", soal puan selina separuh berbisik. "kita harus menghalau si anna tu keluar dari rumah kita... tak pun kita suruh pihak rumah anak yatim jerajak supaya datang mengambil si anna tu. katakan saja yang mama tidak jadi mengambil anna menjadi anak angkat mama. dengan cara itu saja kita akan selamat atau pun kita tinggalkan dia di suatu tempat yang jauh dari sini...", balas trisha separuh berbisik. "tapi...", belum pun puan selina menghabiskan perkataannya tiba tiba, "apa yang korang bisik bisik kan tu?", soal suatu suara. kelihatan anna sedang berdiri memerhatikan mereka tidak jauh dari situ. "oh tak ada apa apa anna... tak ada apa apa....", balas trisha cuba berwajah manis padahal dalam hati dia rasa macam hendak cekik saja leher budak perempuan yang di anggapnya tak guna itu. "kalau tak ada apa apa, kenapa korang tercegat kat situ pula?... cepatlah, kita pergi ke bandar untuk menjamu selera. saya dah lapar dah ni...", tutur anna dengan wajah yang serius. mahu tidak mahu mereka pun terpaksa melangkah meninggalkan tempat itu.

di sepanjang perjalanan mereka semua diam membisu. hanya anna seorang saja yang menyanyi di tempat duduknya. sampai di pusat bandar anna segera mengarahkan puan selina agar mereka berhenti betul betul di depan sebuah restoran aneka rasa yang ada situ. tanpa banyak soal puan selina pun menuruti perintah anak kecil itu. sebaik saja enjin kereta di matikan anna pantas melangkah keluar dari dalam kereta tersebut. dia melangkah menuju ke arah restoran itu. puan selina dan trisha terpaksa melangkah mengekorinya dari belakang. "mama... saya rasa kita perlu berbuat sesuatu sebelum keadaan bertambah teruk...", bisik trisha perlahan lahan. belum pun sempat puan selina bersuara, "hey... apasal korang tercegat kat situ lagi? cepatlah masuk ke restoran tu... saya dah lapar dah ni...", desak anna. mahu tidak mahu mereka pun masuk ke dalam restoran yang terletak tidak jauh dari situ.

sampai saja di dalam restoran itu anna segera duduk di atas kerusi sambil memandang tepat ke arah menu yang terletak di atas dinding restoran. puan selina duduk berhadapan dengannya. manakala trisha pula duduk di sebelah mamanya. tak lama kemudian muncul seorang pelayan restoran di situ. "er... awak nak order apa anna?", soal puan selina ingin tahu. "erm... saya nak order aiskrim cendol special...", balas anna dengan pantas. "eh... itu tidak sesuai di makan pada waktu tengahari lah sayang... kita order nasi ayam saja ya...", tegur puan selina dengan lembut. "tak nak...", balas anna. "kenapa tak nak ni?... perut tu perlu di isi dengan nasi tau... bukannya aiskrim saja saja...", tegur puan selina lagi. "saya kata tak nak... tak naklah... saya nak order aiskrim cendol special tu juga...", kata anna dengan muka masamnya. dia duduk di atas kerusi sambil berpeluk tubuh. "tapi perut anna meragam nanti tau kalau asyik makan benda yang sejuk...", sekali lagi puan selina menegurnya. "saya kata tak nak... tak nak... tak naklah!!!...", bentak anna. dia memukul meja dengan telapak tangannya. terkejut betul puan selina dan trisha di buatnya. begitu juga dengan para pelanggan lain yang menjamu selera di situ. berpasang pasang mata tertumpu ke arah mereka. "macam ni sajalah... anna makan nasi ayam dulu lepas tu barulah anna makan aiskrim cendol special anna tu ye...", pujuk puan selina. anna menggetapkan giginya. geram betul dia dengan mama angkatnya itu. dia merenung tepat ke dalam anak mata puan selina

tiba tiba saja puan selina merasa sakit kepala yang amat sangat. "ouwhhhh....", puan selina mengerang kesakitan. dia memegang kepalanya yang terasa sakit semacam itu. trisha tahu anna pasti menggunakan ilmu ghaibnya lagi. "anna tolong hentikannya!!!!!... mama kesakitan ni...", trisha bersuara separuh merayu. "kalau awak nak mama awak ni tak sakit lagi lebih baik dia ikut perkataan saya ni kalau tidak....", perkataan anna segera di potong pantas oleh puan selina. "okaylah anna... okay... awak boleh makan aiskrim cendol special kegemaran awak tu...", tutur puan selina dalam kesakitan. "akhirnya mama dengar juga perkataan saya ni...", anna bersuara sambil tersenyum lebar. dia tidak merenung lagi anak mata puan selina. serentak dengan itu puan selina tidak lagi merasa sakit kepala. sakit kepalanya hilang entah ke mana. "mama tidak apa apa ke?", soal trisha ingin tahu. puan selina hanya menganggukkan kepalanya perlahan lahan. matanya kini tertumpu ke arah anna yang sedang sibuk mengorder makanan kegemarannya itu. dia tidak menyangka yang anna mempunyai kuasa ghaib. "mama dan kakak tak nak order apa apa ke?", soal anna dengan riangnya. "tak apalah... kami tak lapar pun....", balas trisha dengan wajah yang sedikit kelat. anna tidak peduli pada pandangan mata mereka saat itu. dia hanya duduk sambil mengetuk ngetuk permukaan meja dengan jari telunjuknya

tidak lama kemudian aiskrim cendol specialnya pun terhidang di depan mata. tanpa berlengah lagi anna segera memakan aiskrim cendolnya dengan penuh berselera sekali. "korang betul betul tak nak makan ke ni?", soal anna sambil memakan aiskrim cendol kegemarannya. "ya.... kami tak lapar... awak makanlah aiskrim awak tu...", balas trisha. "hm... ikut suka hati koranglah... saya makan dulu ya...", anna memakan aiskrim cendolnya sehingga habis. puan selina dan trisha hanya diam memerhatikannya. setelah aiskrim cendolnya habis di makan puan selina pun terpaksa membayar harga makanan tersebut. kemudian mereka melangkah meninggalkan restoran itu. puan selina dan trisha hanya mengekori anna dari belakang. "kenapa korang asyik berjalan lambat ni? cepatlah kita balik ke rumah...", gesa anna pula. mahu tidak mahu mereka pun terpaksa balik ke rumah. di sepanjang perjalanan menuju ke rumah anna menyanyi seorang diri di tempat duduknya. hanya trisha dan puan selina saja yang diam membisu.

ANNA (PG13)Where stories live. Discover now