ANNA 14

133 15 8
                                    

"silakan duduk...", nenek tua itu menyuruhnya duduk di atas kerusi yang ada di ruang tamu rumahnya. trisha lihat ruang tamu tu kelihatan tidak tersusun dan tidak teratur. mungkin nenek tua tersebut tidak larat hendak mengemas rumahnya kot. maklumlah dia kan sudah tua jadi dia tak mampu mengemas rumahnya. "nenek tinggal seorang diri ke dalam rumah ni?", soal trisha ingin tahu. "ya... sejak kematian anak lelaki nenek dengan wanita tak guna tu nenek terpaksa tinggal seorang diri dalam rumah ni...", balas nenek tersebut sambil duduk di atas kerusi yang ada di situ. "maksud nenek judas karot tu anak nenek ke?"
"ya... dia anak tunggal nenek..."
"jadi si anna judas tu cucu nenek ke?"
"oh... tolong jangan sebut nama budak sial tu di telinga nenek ni sebab dia lah anak lelaki nenek mati secara mendadak..."
"sebenarnya apa yang telah terjadi nek? boleh nenek bagitahu saya tak?"

"boleh... begini ceritanya, dulu nenek dan judas tinggal di dalam rumah ni dengan aman damai sehinggalah pada suatu hari anak lelaki nenek tu membawa pulang seorang perempuan jalang bernama rahab sapih ke rumah ini... katanya perempuan tu ialah kekasihnya tapi mereka sudah lama tidur sekatil. maksud nenek mereka hidup bersama tanpa sebarang ikatan perkahwinan yang sah. nenek langsung tidak suka pada perempuan tu sebab dia sering menyakiti hati nenek dengan sikapnya yang kurang ajar dan perkataan kesat dari mulutnya. lebih teruk lagi perempuan tu ialah ahli sihir. dia mengajak anak lelaki nenek supaya menjadi pengikutnya. sejak dari hari itu dia sering melakukan ritual tertentu di bawah basement rumah nenek ni setiap malam ahad bersama para pengikut mereka yang lain. para pengikut perempuan jalang tu semakin lama semakin banyak. nenek sendiri pun pernah di ajak menyertai ritual mereka tapi nenek tak nak terlibat sama dalam ritual mereka sebab nenek tahu itu satu kesesatan. jadi nenek mengambil keputusan untuk meninggalkan mereka di rumah ini. nenek terpaksa tinggal dengan saudara nenek yang menetap di pinggir bandar ridara. namun dalam pada itu nenek masih mengikuti perkembangan mereka dari jiran tetangga nenek yang tinggal di kawasan ni...",
nenek tua itu berhenti bersuara. dia seperti cuba mengingati sesuatu.

"nenek perhatikan anak lelaki nenek mula tidak peduli pada nenek biar pun nenek sudah lama tidak datang menjenguknya di rumah ini. dia berubah sikap menjadi seorang lelaki yang tidak baik. nenek merasa sedih sebab anak lelaki nenek tidak peduli pada nenek lagi. pada suatu malam nenek mendapat satu panggilan telefon dari jiran tetangga yang mereka terdengar suara jeritan dari rumah anak lelaki nenek tu. mereka kata perempuan jalang tu hendak bersalin malam tu juga. yang peliknya dia tidak mahu melahirkan anaknya di hospital. dia ingin melahirkan anaknya di bawah basement rumah ni dengan di saksikan oleh para pengikutnya. mungkin dia nak buat ritual untuk syaitan yang mereka sembah tu kot. dari apa yang jiran tetangga tu dengar perempuan tu ingin melahirkan anaknya dan mereka akan mempersembahkan bayi tu pada penghulu syaitan yang di puja oleh mereka tapi malangnya ritual itu tidak dapat di teruskan sebab perempuan jalang tu mati setelah dia melahirkan anaknya. anak lelaki nenek juga mati secara mendadak selepas anaknya di lahirkan. kata mereka dia di serang sakit jantung ketika dia menyaksikan kelahiran anaknya yang tak guna tu...",
sekali lagi nenek tua itu berhenti bersuara.

"selepas tu apa yang telah terjadi nek?", soal Trisha ingin tahu. "salah satu daripada pengikut mereka telah pun melaporkan kematian mereka suami isteri kepada pihak polis. pihak polis pun datang untuk menyiasat kes kematian mereka. menurut kata jiran tetangga nenek tu sebelum perempuan jalang tu meninggal dunia dia sempat berpesan pada mereka yang ada di situ supaya bayinya di berikan nama anna judas dan dia harus di jaga dengan baik. buku tebal yang di pegangnya harus di berikan pada anna judas apabila dia sudah meningkat dewasa kelak... menurut kata jiran tetangga nenek, bayi di namakan anna judas tu beserta buku tebal tersebut telah di bawa oleh pihak berkuasa ke rumah anak yatim di bandar ridara setelah mereka lihat tiada sesiapa pun di situ yang sanggup menjaga bayi tersebut... termasuklah nenek sendiri.... nenek tak mahu menjaganya...",
"eh... kenapa nenek tak mahu menjaga si anna tu? dia kan cucu nenek juga...."
"buat apa nenek menjaga anak perempuan jalang tu? bagi nenek si anna tu pembawa sial tau. buktinya ibunya meninggal dunia sebaik saja dia di lahirkan. ayahnya pula meninggal dunia setelah dia di lahirkan.... khabar terakhir yang nenek dengar dia pernah di jadikan anak angkat oleh sepasang suami isteri di bandar jerajak tapi malangnya suami isteri itu meninggal dunia kerana rumah mereka di jilat api.... nenek fikir si anna tu sudah meninggal dunia bersama keluarga angkatnya tu tapi nenek tak sangka dia masih hidup dan tak sangka pula dia menjadi adik angkat awak..."
"ya... saya pun tidak menyangka yang anna judas akan menjadi adik angkat saya. anyway, saya nak tanya nenek ni... nenek ada sebut tentang buku tebal tadi, kan?"
"ya...."
trisha cuba berfikir seketika. dia teringat akan sesuatu. cepat cepat dia menarik keluar mobile phonenya.

"maksud nenek buku tebal ini ke?", soal trisha sambil menunjukkan gambar buku tebal milik anna dalam mobile phonenya. "ya... buku tebal inilah yang nenek maksudkan tadi... kata orang, buku ini sangat penting bagi seorang penyihir...", balas nenek tua itu dengan pantas sekali. "oh... patutlah si anna tu seperti ada kuasa ghaib... rupa rupanya dia ialah anak seorang ahli sihir...", Trisha bersuara perlahan lahan. "maksud awak si anna tu sekarang mempunyai kuasa ghaib seperti seorang penyihir?", soal nenek tua itu lagi. kali ini dia menatap wajah trisha dengan penuh perhatian. "ya....", balas trisha sepatah. "oh... awak patut berusaha mencari jalan bagaimana caranya nak halau si anna judas tu keluar dari rumah korang sebab dia tu pembawa sial.... silap hari bulan pasti ada orang yang akan mati dalam rumah awak tu...", kata nenek tua tersebut dengan wajah yang serius sekali. "ahh!.... takkanlah teruk macam tu sekali nek...", trisha cuba menangkis segala ramalan buruk yang di ucapkan oleh nenek tua itu. "awak jangan anggap remeh dengan apa yang nenek katakan ni.... si anna tu boleh gunakan kuasa ghaibnya untuk lakukan sesuatu yang tidak baik... buktinya pasangan suami isteri yang pernah mengambilnya sebagai anak angkat mati rentung di jilat api... apakah awak ingin peristiwa yang sama terjadi ke atas keluarga awak?", soal nenek tua itu dengan wajah yang serius. trisha terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan nenek tua tersebut. dia tidak tahu nak cakap apa lagi.

ANNA (PG13)Where stories live. Discover now