ANNA 5

219 24 7
                                    

pagi itu Trisha bangun dari tidurnya. dia pergi ke bilik mandi untuk memberus gigi dan mandi tapi ada orang di dalam bilik mandi tersebut. "mama... buka pintu ni... saya nak mandi ni...", kata trisha sambil mengetuk daun pintu bilik mandi itu tapi tiada jawapan dari dalam bilik mandi tersebut. yang ada hanyalah bunyi pancuran air di atas lantai. "mama.... tolong buka pintu ni...", gesa trisha namun gesaannya tidak di endahkan. malah orang yang berada dalam bilik mandi itu langsung tidak membuka pintu bilik mandi tersebut. ini membuatkan trisha merasa seperti orang bodoh pula. dia ingin mengetuk daun pintu bilik mandi itu semula tapi tiba tiba saja pintu tersebut di buka orang dari dalam. kelihatan anna sedang berdiri di ambang pintu bilik mandi itu dengan tuala terlilit kemas di tubuhnya. trisha tergamam seketika. dia tidak menyangka yang anna berada di dalam bilik mandi itu tadi. mati mati dia menyangkakan bahawa mamanya yang menggunakan bilik mandi itu tadi tapi sangkaannya meleset sama sekali. rupa rupanya anna yang menggunakan bilik mandi tersebut.

rambut anna masih basah kerana dia baru saja selesai mandi. rambutnya yang panjang itu menutupi sebahagian wajahnya. bila trisha terpandang akan anna yang basah kuyup itu dia tak ubah macam watak samara yang basah kuyup merangkak keluar dari perigi dalam cerita 'the ring' tu pula. seram sejuk Trisha saat itu. tanpa menghiraukan kehadiran Trisha di situ anna terus berjalan keluar dari dalam bilik mandi tersebut. ketika dia berpapasan dengan trisha di situ dia melanggar bahu kiri kakak angkatnya itu. hampir saja trisha terjatuh di buatnya. nasib baik trisha sempat berpaut pada pintu bilik mandi tersebut kalau tidak mungkin dia jatuh di atas lantai macam daun kering. "wei... buta ke, hah?... langgar orang saja kerjanya...", bentak trisha sedikit marah. anna buat buat tak dengar saja. dia berjalan menuju ke bilik tidurnya. perlahan lahan trisha melangkah masuk ke dalam bilik mandi untuk mandi. langkah kakinya terhenti sebaik saja dia terpandang akan sesuatu. kelihatan seutas rantai silver tergeletak di atas sinki kecil tidak jauh dari situ. perlahan lahan trisha mengambilnya lalu di perhatikannya rantai itu. kelihatan satu buah silver berbentuk bulatan dengan bintang terbalik di dalam bulatan tersebut. trisha terpegun di saat dia melihat bentuk buah silver berbintang terbalik di dalam bulatan itu. dia tidak tahu kenapa bintang tersebut dalam keadaan yang terbalik ke bawah. biasanya bintang menghala ke atas tapi ianya menghala ke bawah pula. ketika dia sedang leka mengamati amati rantai silver di tangannya tiba tiba muncul pula anna di situ lalu di rampasnya rantai silver itu dari tangan trisha. terkejut betul trisha di buatnya. belum pun sempat trisha bersuara, anna pantas melangkah pergi dari situ. trisha terpinga pinga saat itu. perlahan lahan dia menutup daun pintu bilik mandi tersebut. fikirannya kini memikirkan tentang bentuk buah silver berbentuk bintang terbalik itu. kalau tidak salah dia pernah tengok simbol bintang terbalik tu sebelum ini tapi di mana, dia sendiri pun sudah lupa.

"Trisha, kenapa awak belum mandi lagi? cepatlah mandi...", kelihatan puan selina sedang berdiri memerhatikannya tidak jauh dari situ. cepat cepat Trisha menutup pintu bilik mandi dan dia pun mandi sambil memikirkan apa maknanya bintang yang terbalik itu. tidak lama kemudian dia pun selesai mandi. dia segera melilit tuala di tubuhnya. perlahan lahan dia melangkah keluar dari bilik mandi itu. dia masuk ke dalam bilik tidurnya. setibanya dia di bilik tidurnya dia pun terus memakai pakaiannya. setelah siap berpakaian kemas dia pun segera melangkah keluar dari dalam bilik tidurnya. langkah kakinya terhenti sebaik saja dia terdengar mamanya sedang berbual bual dengan anna dalam bilik tidur yang terletak tidak jauh dari situ. dia pun melangkah menuju ke bilik tidur tersebut untuk mengintai apa yang anna dan mamanya lakukan. kelihatan mamanya sedang berbual bual dengan anna sambil menyikat rambut panjang anna. mereka kelihatan begitu mesra sekali. ini membuatkan trisha merasa cemburu apabila dia melihat kemesraan yang terjalin di antara mamanya dan juga anna. "ehemmmm!...", trisha berdehem panjang. serentak dengan itu puan selina mendongakkan wajahnya. begitu juga dengan anna. "oh awak trish.... er... awak pergi breakfast di dapur dulu, ya..... mama nak sikat rambut anna ni dulu...", puan selina memberikan arahannya. hampir saja Trisha bercakap, "eh.... buat apa mama sibuk sibuk nak sikat rambut si anna tu? dia boleh sikat rambut dia lah...", tapi perkataan itu tersekat di kerongkongannya. dia terus saja melangkah pergi dari situ.

sampai di meja makan trisha hanya duduk seorang diri di situ. dia langsung tidak menyentuh sarapan pagi yang terhidang di situ. seleranya hilang entah di mana. sebenarnya dia merasa cukup terkilan dengan mamanya sendiri. maklumlah mamanya lebih suka uruskan si anna daripada dirinya sendiri. "macamlah si anna tu anak kandung dia pula....", gerutu hati kecil Trisha cukup geram sekali. ketika dia sedang duduk seorang diri di situ muncullah anna dan mamanya di situ. anna duduk berhadapan dengannya. manakala puan selina pula duduk di sebelah anna. "trisha makanlah sarapan pagi awak tu....", tegur puan selina pada anaknya itu tapi Trisha hanya duduk diam di tempat duduk nya. sedikit pun dia tidak bersuara saat itu. anna kembali berbual mesra dengan mamanya. hanya Trisha seorang saja yang di ajak berbual. ini membuatkan Trisha merasa seperti di pulaukan. bila dia lihat mamanya berbual mesra dengan anna dia merasa semakin cemburu. oleh kerana tidak dapat menahan perasaan cemburu dia pun pantas bangun lalu beredar dari situ.

"eh.... trish.... kau nak pergi ke mana tu?.... kau belum makan sarapan pagi kau tu....", tegur puan selina. "saya dah kenyang dah...", balas trisha dengan suara yang dingin sekali. dia terus berjalan meninggalkan ruang makan itu. "trisha!.... trisha!....", panggil puan selina. namun panggilannya tidak di jawap. Trisha terus jalan tanpa menoleh ke belakang lagi. "kenapa dengan dia tu, ma?", soal anna di sebelah puan selina. "entahlah...", balas puan selina sepatah. "dia macam tak suka saja pada saya...", tutur anna dengan nada suara yang terkilan. "taklah... dia mungkin bad mood sebab ada masalah peribadi kot...", dalih puan selina. "tapi saya dapat rasakan yang dia tak sukakan saya...", balas anna dengan berat hati. puan selina terdiam selepas itu. tak tahu nak cakap apa lagi....

AUTHOR NOTE: Akhirnya berjaya juga mizz publishkan part ni setelah mizz terdelete first part tu and tulis balik part yang terdelete tu... penat gak taip balik cerita ni... hm....


ANNA (PG13)Where stories live. Discover now