ANNA 11

144 19 2
                                    

setelah makan trisha menunggu anna masuk ke dalam bilik tidurnya. apabila adik angkatnya itu melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya dia melangkah menghampiri mamanya yang sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk di sinki. "eh... awak belum masuk tidur lagi ke, sha?", soal puan selina sebaik saja dia melihat anaknya itu berdiri di belakangnya. "belum ma....", balas Trisha sepatah. "kenapa ni?... awak ada masalah ke?", soal puan selina ingin tahu. dia mula ambil perhatian pada anaknya itu. trisha tahu mamanya sudah kembali normal. buktinya dia mula prihatin padanya. jikalau anna ada di situ sudah pasti mamanya tidak seperti normal lagi. dia akan sentiasa di pukau oleh budak tak guna itu dengan ilmu sihirnya. "mama... ada sesuatu yang ingin saya katakan pada mama...", trisha bersuara sambil berdiri di depan wajah mamanya. "apa dia?", soal puan selina seraya memandang wajah anak perempuannya itu. "saya rasa anna tu ada kuasa sihirlah...", ucap trisha separuh berbisik. "hahahaha..... that is so funny, sha.... hahaha...", puan selina ketawa terbahak bahak sebaik saja dia mendengar perkataan anak perempuannya itu. "ma, saya tak berguraulah.... saya cakap yang betul... buktinya dia boleh tukarkan channel TV sesuka hatinya tanpa menggunakan remote control. bukan itu saja dia boleh meng'off'kan CD player dan merosakkannya dengan menggunakan ilmu sihirnya. dia juga boleh menyakiti orang lain dengan hanya merenung ke dalam anak mata mereka. malah dia boleh menggegarkan pintu bilik dengan kuat sekali dan lebih menakutkan lagi dia boleh memukau orang dengan menggunakan ilmu sihirnya tu. baru sebentar tadi saya perhatikan dia menggunakan ilmu sihirnya pada mama dengan memukau mama sehingga mama tidak peduli pada saya lagi...", jelas Trisha dengan panjang lebar. "oh jadi awak fikir si anna tu ialah ahli sihir, begitu?", soal puan selina lalu memandang wajah anaknya itu. "ya...begitulah...", balas trisha sepatah

"oh.... merepek betullah awak ni.... mama tahu awak sengaja mereka reka cerita ni sebab awak tak suka si anna tu...", kata puan selina dengan wajah yang serius. "eh... saya bukannya mereka reka ceritalah, ma... saya cakap yang betul... i think she's really a witch...", ucap Trisha dengan bersungguh sungguh. "oh... cut it out trisha... tak baik awak berprasangka buruk terhadap anna macam tu... she's your sister now... awak harus terima dia sebagai adik awak sendiri...", tutur puan selina. "saya tak berprasangka buruklah... saya melihat dengan mata kepala saya sendiri yang si anna tu mempunyai ilmu sihir. buktinya mulutnya selalu saja terkumat kamit ketika dia hendak menggunakan ilmu sihirnya tu... pendek kata dia seorang yang sangat merbahaya...", trisha cuba untuk menyakinkan mamanya. "cukuplah tu trisha... mama dah tak nak dengar semua tu... lebih baik awak masuk ke dalam bilik tidur awak sekarang juga!", puan selina bersuara sambil menjegilkan matanya. mahu tidak mahu Trisha pun melangkah pergi dari situ.

dia masuk ke dalam bilik tidurnya dengan perasaan yang terkilan. dia terkilan sebab mamanya tidak mahu mendengar perkataannya. perlahan lahan dia menghempaskan tubuhnya di atas katil. pandangan matanya tertumpu ke arah dada siling bilik tidurnya. dia mula berfikir bagaimana caranya dia hendak mencari bukti yang kukuh yang menunjukkan bahawa si anna tu ialah ahli sihir. fikir punya fikir dia pun mendapat satu idea. sebelum dia mencari bukti yang kukuh lebih baik dia menyiasat dulu latar belakang anna judas tu. dari situ barulah dia mencari bukti yang kukuh tu. ketika dia merancang hendak mencari maklumat tentang adik angkatnya itu tiba tiba saja bekalan elektrik di rumahnya terputus secara mendadak. "eeiiiiiii.... mama!!....", jerit suatu suara. kalau tidak salah itu ialah suara anna. tentu dia ketakutan apabila bekalan elektrik terputus secara tiba tiba. "takkanlah ahli sihir seperti si anna tu boleh takut dengan kegelapan pula...", fikir trisha. perlahan lahan trisha bangun. dia menarik keluar mobile phone miliknya. dia memasang aplikasi lampu yang ada dalam mobile phonenya itu. dengan berpandukan cahaya mobile phone di tangannya dia mula menapak keluar dari dalam bilik tidurnya. dia ingin melangkah ke bilik tidur mamanya sebab dia ingin tidur bersama mamanya. begitulah kebiasaannya apabila rumah mereka blackout secara tiba tiba. dia akan tidur bersama mamanya bila tidak ada bekalan elektrik tapi langkah kakinya terhenti sebaik saja dia lihat anna berbaring bersama mamanya di atas katil. sakit betul hati trisha apabila dia melihat anna memeluk mamanya bagaikan puan selina itu mama kandungnya pula.

"trisha... masuklah...", panggil puan selina sebaik saja dia terpandang anak perempuannya sedang berdiri di ambang pintu bilik tidurnya dengan wajah yang tegang sekali. "tak apalah.... biar saya tidur dalam bilik tidur saya seorang diri saja....", balas Trisha dengan dingin. dia berpatah balik ke bilik tidurnya. sampai di bilik tidurnya Trisha memasang lilin lalu meletakkannya di atas meja belajarnya. dia duduk di atas kerusi yang ada di situ sambil cuba menahan rasa sebak di hatinya. dia mendongakkan kepalanya keluar jendela sambil merenung keindahan bulan dan bintang di langit dengan hati yang sedih sekali. sebenarnya dia sedih sebab mamanya sudah tidak peduli pada dirinya. dia lebih mementingkan anna daripada dirinya sendiri. trisha betul betul merasa sedih. airmata mengalir perlahan di pipinya. dalam diam dia menutup matanya lalu berdoa kepada Tuhan. "Tuhan, pada saat ini hatiku merasa sedih sekali. mama yang ku sayangi kini lebih menyayangi orang lain daripada anaknya sendiri. hanya Kau saja yang tahu kelukaan dan kekecewaan yang ada di dalam hatiku ini. aku mohon pada Mu Tuhan agar kau melindungi mamaku dari kuasa jahat di dunia ini. Kau tahu apa yang aku maksudkan sebab Kau saja yang tahu segala galanya tentang apa yang ku alami saat ini. hanya satu saja yang ku pinta dari mu Tuhan. Kau tolonglah kembalikan kasih sayang mama ku padaku semula dan kembalikan kesejahteraan dalam rumah kami. hanya padaMu saja hambaMu ini berharap. dalam nama Tuhan aku sudah berdoa. Amen....", trisha membuka matanya setelah dia selesai berdoa. dia mengesat airmata yang mengalir di pipinya. kemudian dia bangun lalu melangkah menuju ke katilnya. baru saja dia hendak melabuhkan punggungnya di atas katil tiba tiba pintu bilik tidurnya di ketuk orang dari luar.

"siapa tu?", soal Trisha ingin tahu. "ini mama sayang.... buka pintu ni....", kedengaran suara mamanya bergema di sebalik pintu bilik tidurnya. trisha bangun lalu melangkah menuju ke pintu bilik tidurnya. dia membuka pintu biliknya itu. kelihatan puan selina dan anna berdiri di luar pintu dengan bertemankan cahaya lilin di tangan. "boleh kan kalau mama dan anna tidur bersama awak dalam bilik tidur awak ni?", soal puan selina sambil tersenyum lembut. hanya anna seorang saja yang bermuka masam saat itu. mungkin dia tak suka di ajak tidur dalam bilik tidur trisha tapi trisha buat buat tak tahu saja. "boleh... masuklah....", pelawa trisha. puan selina pun melangkah masuk ke dalam bilik tidur anak perempuannya itu. hanya anna seorang saja yang masih tercegat di luar pintu bilik tidur trisha. "anna.... masuklah...", pelawa trisha berbasa basi. anna mencebikkan bibirnya. "saya tak tahu ilmu apa yang awak pakai sehingga mama awak tiba tiba saja teringat pada awak lalu mengajak saya tidur bersama awak dalam bilik tidur awak ni....", bisik anna pada trisha. trisha hanya tersenyum pada budak perempuan itu. "saya tidak memakai sebarang ilmu pun. saya hanya bersandar pada Tuhan yang satu saja...", bisik trisha ke telinga anna. anna hanya terdiam selepas itu. "kenapa korang tercegat kat situ pula?... marilah tidur bersama mama....", ajak puan selina lagi. mahu tidak mahu anna pun melangkah menuju ke katil yang terletak tidak jauh dari situ. trisha pun turut melangkah ke katil miliknya. trisha berbaring di sebelah kanan mamanya. manakala anna pula berbaring di sebelah kiri mama angkatnya itu. puan selina berbaring di tengah tengah mereka. malam itu mereka bertiga tidur sekatil bagaikan sebuah keluarga yang harmoni pula.

AUTHOR NOTE: dari pagi kelmarin mizz cuba update cerita ni asyik tak jalan je line ni. hampeh betul...

ANNA (PG13)Where stories live. Discover now