ANNA 20

128 13 13
                                    

sampai saja di rumah puan selina memberhentikan keretanya. anna cepat cepat melangkah keluar dari dalam kereta. puan selina pun turut melangkah keluar dari dalam kereta. begitu juga dengan trisha. puan selina ingin membisikkan sesuatu pada trisha tapi tangannya di tarik oleh anna. "mama... cepatlah masuk ke dalam rumah...", gesa anna. mahu tidak mahu puan selina pun terpaksa mengekori anak kecil itu masuk ke dalam rumah tersebut. trisha menggetapkan bibirnya. anna langsung tidak memberikannya peluang untuk berbual dengan mamanya. "dasar tak guna...", gerutu Trisha dengan geram sekali. dia melangkah masuk ke dalam rumah. dia lihat anna menarik tangan mamanya ke ruang dapur. trisha fikir sudah tentu anna mahu mamanya menyediakan makanan tengahari untuk dirinya. "whatever...", trisha melangkah naik ke tingkat atas. setelah mandi dan menukarkan pakaian trisha pun turun ke tingkat bawah. dia lihat tiada sesiapa pun di ruang tamu. mungkin mereka masih di ruang dapur kot. trisha pun melangkah ke ruang dapur.

langkah kakinya terhenti apabila dia melihat puan selina sedang sibuk menyiapkan makanan di dapur. manakala anna pula duduk di atas kerusi sambil meletakkan kedua belah siku tangannya di atas meja. perlahan lahan trisha duduk di atas kerusi yang ada di situ. puan selina menghidangkan makanan yang telah siap di masak. "er... mama, boleh tak mama bagi sudu tu pada saya?...", soal anna seraya menjuihkan bibirnya ke arah sudu yang terletak tidak jauh dari situ. tanpa banyak soal puan selina memberikannya sudu. baru saja puan selina hendak duduk... "er... mama boleh mama tuangkan air oren tu untuk saya?...", pinta anna lagi. dia menjuihkan bibirnya ke arah jug yang berisi oren itu. mahu tidak mahu puan selina menuangkan air oren tersebut ke dalam gelas yang ada di situ. kemudian dia menyerahkan gelas berisi air oren itu pada anna. tanpa mengucapkan terima kasih anna cepat cepat mengambil gelas itu dari tangan ibu angkatnya itu. anna segera makan tanpa menghiraukan kehadiran trisha dan mamanya di situ. "anna... kenapa awak tak berdoa dulu sebelum makan?", tegur puan selina dengan lembut. "buat apa berdoa? bukannya Tuhan tu wujud pun...", balas anna dengan wajah yang selamba. dia meratah ayam goreng dengan gelojoh sekali. "kenapa pula awak cakap macam tu?... Tuhan tu memang wujudlah... Dialah yang menciptakan bumi beserta isinya termasuklah manusia yang ada di muka bumi ni....", tutur puan selina perlahan lahan. "ahhhh!... bullshit!... mana ada Tuhan dalam dunia ni... Tuhan tu hanya wujud dalam imaginasi orang bodoh saja...", tutur anna dengan wajah yang serius. "siapa cakap macam tu pada anna?... anna sendiri ke yang membuat kesimpulan macam tu?", soal puan selina dengan dahi yang berkerut. "yalah...", balas anna sepatah. selepas itu puan selina terdiam. begitu juga dengan Trisha.

selepas makan anna bingkas bangun lalu melangkah meninggalkan ruang makan tersebut. tinggallah puan selina dan trisha di situ. "mama... macamana sekarang?... mama dah tahu kan si anna tu sangat merbahaya pada kita?...", bisik trisha sambil memakan nasi di pinggannya. "ya... mama tahu dia sangat merbahaya tapi mama rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan si anna ni. mama fikir dia harus berjumpa dengan pastor di gereja kita supaya dia di doakan. manalah tau dengan cara ni saja anna akan menjadi budak yang baik semula....", kata puan selina secara berbisik. "apa??.... bukankah mama macam bersetuju dengan cadangan saya untuk menghalau si anna tu keluar dari rumah ni tadi tapi kenapa mama bertukar fikiran pula?", soal trisha cukup terkejut. "trisha... tak baik kita menghalau dia macam tu saja... kita perlu menolong dia... mama tengok dia tidak percaya pada Tuhan. mungkin di sebabkan itulah dia mudah di ganggu dan di kuasai oleh kuasa yang jahat... siapa tahu kan... mama fikir dia perlu di doakan... mama akan bawa dia ke gereja pada hujung minggu ni....", tutur puan selina. "oh... ikut suka hati mamalah....", balas trisha dengan nada suara yang berat sekali

*** *** ***

pagi ahad yang di nantikan pun tiba. puan selina bangun awal pagi itu. begitu juga dengan Trisha. setelah mandi dan berpakaian kemas puan selina mengejutkan anna dari tidurnya. "anna.... bangun sayang....", ucap puan selina dengan lembut. anna membuka matanya. "kenapa mama berpakaian cantik ni? mama nak pergi ke mana pagi ni?", soal anna ingin tahu. "mama nak bawa awak dan trisha jalan jalan pagi ni... awak bangun pergi mandi, ya...", balas puan selina dengan lembut. "tapi kita nak pergi ke mana ni?", soal anna ingin tahu. "adalah...", balas puan selina sepatah. perlahan lahan anna bangun dari atas katil. dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi yang ada di situ. puan selina terpaksa menunggu di luar bilik. selepas mandi dan berpakaian kemas anna melangkah menghampiri puan selina yang sedang menunggunya di luar pintu bilik tidurnya. trisha bangun dari atas kerusi sofa sebaik saja dia lihat mamanya dan juga anna melangkah turun dari tingkat atas. mereka meninggalkan rumah banglo dua tingkat itu dengan menaiki kereta milik puan selina.

di sepanjang perjalanan puan selina berbual bual dengan anna. "lepas kita jalan jalan ni kita pergi ke pantai delon ya...", ucap puan selina. "buat apa pula kita pergi ke pantai delon?", soal anna ingin tahu. "kita pergi berenang di dalam air... tentu seronok dapat berenang macam ikan di air...", tutur puan selina sambil tersenyum lebar. "oh... saya benci bila ada orang ajak saya ke pantai...", balas anna dengan wajah yang serius. "kenapa pula anna benci bila di ajak ke pantai?...", soal puan selina. "sebab saya tak pandai berenang...", balas anna dengan pantas. "oh i see...", selepas itu puan selina diam membisu. dia memandu keretanya menuju ke arah gereja st john yang terletak tidak jauh dari pusat bandar jerajak. puan selina memberhentikan keretanya betul betul di hadapan gereja tersebut. dari jauh lagi kelihatan begitu banyak orang masuk ke dalam gereja itu. kelihatan pastor henry berdiri di depan pintu gereja menyambut kehadiran para jemaat yang baru sampai di situ. dia bersalaman dengan mereka semua. puan selina melangkah keluar dari dalam kereta itu tapi tangan kirinya di gamit oleh anna. "kenapa kita berada kat sini pula?", soal anna dengan wajah merah menahan kemarahan di dalam dada. puan selina tidak jadi melangkah keluar. dia memandang wajah anna.

"anna.... hari ni kan hari ahad... so kita perlu pergi ke gereja...", tutur puan selina dengan lembut. "tapi saya tak nak pergi ke gereja lorh...", balas anna dengan nada suara yang geram sekali. "kenapa pula?.... kita perlu berdoa kepada Tuhan supaya kita....", belum pun sempat puan selina menghabiskan perkataannya tiba tiba anna mencengkam lengan kiri puan selina dengan kuat sekali. "how many times i told you there is no f*cking God here!!!!.... Tuhan itu tidak wujud, okay!!!!....", jerit anna dengan nada suara yang marah sekali. "ouwhhhh!....", puan selina merintih kesakitan sebaik saja tangannya di cengkam kuat oleh anak kecil itu. "anna... stop it!!!.... jangan sakiti mama!!...", jerit trisha. dia memukul mukul tangan anna yang sedang mencengkam erat lengan tua mamanya. tiba tiba, "apa yang bising bising ni?...", kelihatan pastor henry berdiri di luar pintu kereta mereka. anna terus melepaskan cengkaman tangannya di lengan kiri ibu angkatnya itu. puan selina mengusap perlahan lengan kirinya yang terasa sakit itu. "puan selina tak apa apa ke?...", soal pastor henry ingin tahu. "oh... i'm okay, i think....", balas puan selina. "kalau puan tak apa apa silakan masuk ke dalam gereja sebab acara kebaktian akan bermula tidak lama lagi...", tutur pastor henry dengan lembut sekali. "tidak... dia tidak akan masuk ke dalam gereja tu.... maksud saya, kami tidak akan masuk ke dalam gereja tu.... mama cepat pandu kereta mama ni... cepat!... kita tinggalkan tempat ni...", tutur anna dengan nada suara yang tegas sekali. pastor henry terkesima di saat dia melihat wajah anak kecil itu. dia tahu ada sesuatu yang tidak kena pada anak kecil tersebut...

ANNA (PG13)Where stories live. Discover now