ANNA 16

135 13 1
                                    

"see... what i've told you? she is dangerous...", tutur Trisha setelah dia menunjukkan semua bukti yang di kumpulnya pagi tadi. puan selina tidak tahu nak cakap apa. dia sebenarnya tidak menyangka yang anna nempunyai sejarah yang tidak baik. "mama... kita patut halau anna dari rumah ini sebab dia tu sangat merbahaya.
"tapi trisha tidak baik kita menghalau anna macam tu..."
"maksud mama?"
"sebaik kita harus menolong anna supaya dia menjadi seorang yang baik... mama fikir anna perlukan bantuan seseorang..."
"bantuan apa pula yang mama cakapkan tu?"
"mama fikir mungkin anna ni perlukan bantuan dari ahli psikiatri. biasanya orang yang mengalami peristiwa ngeri dalam hidup mereka akan mengalami trauma tak pun masalah penyakit jiwa. so anna perlukan terapi...."
"apa?... maksud mama anna perlukan terapi dari ahli psikiatri yang bertauliah, begitu?"
"ya... dia masih kecil trisha... budak kecik macam tu biasanya akan mengalami trauma atau penyakit jiwa lainnya lebih lebih lagi jikalau dia melihat ibu bapa angkatnya mati dalam kebakaran macam tu... mama ada kawan di pusat kaunseling bandar jerajak... mereka akan menolong orang yang perlukan khidmat mereka..."
"so mama nekad nak hantar anna pergi berjumpa dengan kawan mama tu?"
"ya... aku rasa inilah jalan yang terbaik..."
puan selina menganggukkan kepalanya tapi trisha menggeleng gelengkan kepalanya.

"i think thats a bad idea mama..." trisha bersuara setelah berfikir buat seketika. "kenapa awak fikir ianya idea yang kurang baik?", soal puan selina ingin tahu. "saya fikir tentu anna tidak mahu berjumpa dengan pakar psikiatri tu...", balas trisha dengan pantas. "kenapa pula awak fikir macam tu?", soal puan selina pula. "sebab aku dapat rasakannya..", jawap trisha dengan wajah yang serius. "belum cuba belum tahu lagi trisha... kita cuba dulu... manalah tahu dia akan dengar nasihat mama dan ikut serta dalam sesi kaunseling tu kelak... tak apa... mama akan bertanya pada kawan mama tu samada dia boleh aturkan masa untuk membuat sesi kaunseling khas buat anna ataupun tidak...", tutur puan selina dengan suara yang tegas. "tapi mama...", belum pun sempat Trisha menghabiskan perkataannya puan selina pantas bersuara, "sudahlah tu trisha...awak pergilah tidur... ni dah larut malam dah ni. besok awak perlu bangun awal untuk pergi ke sekolah...", potong puan selina perlahan lahan. "tapi ma... awak perlu dengar perkataan saya ni dulu...", trisha cuba menahan mamanya untuk mendengar penjelasannya tapi puan selina tidak mahu mendengar perkataannya. "sudahlah tu... mama penat ni... mama masuk tidur dulu ya...", cepat cepat puan selina beredar dari situ. tinggallah anna seorang diri di situ dalam keadaan yang tidak puas hati.

*** *** ***

keesokan paginya trisha pergi ke sekolah bersama anna. dia lihat anna nampak lebih pendiam pagi itu. dia tidak banyak bercakap semasa mereka bersarapan pagi tadi. dia juga tidak menunjukkan sebarang minat untuk memulakan perbualan dengan sesiapa saja yang menyapanya. "mungkin dia bad mood kot?... hm... whatever...", bisik Trisha dalam hati. dia melangkah laju laju meninggalkan anna di belakang. ketika dia melangkah menuju ke kelasnya dia bertembung dengan mona di situ. "hai... mona... good morning...", sapa Trisha dengan lembut. "oh... hai trisha... good morning... kenapa awak tak jalan sama dengan si anna tu?", soal mona kehairanan. "saya malas dengan jalan dengannya... anyway, saya nak tunjuk sesuatu pada awak...", trisha segera menarik tangan mona ke suatu sudut yang agak tersorok dari pandangan mata orang lain. "eh... ada apa ni trish?", soal mona kehairanan. "awak tak percaya si anna tu ialah seorang ahli sihir kan... baiklah, biar saya tunjukkan pada awak semua bukti yang saya dapat kelmarin...", cepat cepat trisha menarik keluar mobile phone miliknya lalu di tunjuknya gambar yang di tangkapnya ketika dia berada di dalam bilik tidur anna. tak cukup dengan itu dia memasang voiceclip di mana dia berbual bual bersama nenek anna. mona terkejut sebaik saja dia melihat gambar dan mendengar voiceclip itu.

"memang betullah si anna tu ialah ahli sihir... oh... my God...", mona terkejut bukan kepalang. "ya... jadi sekarang awak percaya pada perkataan saya kan?", soal trisha. "ya.... tapi tak sangka pula adik angkat awak tu betul betul seorang ahli sihir...", kata mona cukup terkejut. "selama ni awak tak percaya pada apa yang saya katakan...", tutur trisha sambil menyimpan mobile phonenya dalam beg sekolahnya. "yalah trish.,... maafkan saya sebab saya tak mendengar perkataan awak... jadi apa yang harus awak buat sekarang?", soal mona ingin tahu. "saya berkira kira nak halau si anna tu dari rumah kami tapi mama saya tidak benarkan saya menghalau anna dari rumah kami...", jawap trisha. "eh... awak tak bagitahu mama awak yang si anna tu ahli sihir?", soal mona dengan dahi yang berkerut. "saya dah bagitahu dia tapi dia tak sampai hati nak halau si anna tu dari rumah kami. dia kata si anna perlukan bantuan dari ahli psikiatri pula...", balas trisha. "eh... kenapa mama awak fikir yang si anna tu perlukan bantuan dari pakar psikologi pula?", soal mona lagi. "sebab dia fikir anna mengalami gangguan dari segi mental atau kejiwaan sebab dia pernah melihat ibu bapa angkatnya mati dalam kebakaran ketika dia berusia 5 tahun...", trisha membalas sambil menggalas beg sekolahnya. dia mula melangkah dari situ dengan di iringi oleh mona di sebelahnya. "eh... sebaiknya korang harus segera menghalau si anna tu dari terus tinggal di rumah korang tu... dia tu sangat merbahayalah...", komen mona dengan wajah yang serius. "ya... saya ada cakap macam tu pada mama saya tapi dia tak dengar... hm... tak tahulah nak cakap apa lagi...", balas trisha. "ouwh... jadi macamana lagi ni?", soal mona. "hm... entahlah... saya kena tunggu sampai mama saya tu terbuka hati hendak menghalau keluar si anna tu dari rumah jawapnya... hm... ", kata trisha separuh mengeluh. mona terdiam selepas itu. "saya rasa lebih baik awak pujuk mama awak sehingga dia terbuka hati hendak menghalau keluar si anna tu dari rumah korang...", mona memberikan pendapatnya. "yeah... saya akan pujuk mama saya bila saya ada masa untuk berbuat demikian... marilah kita masuk ke dalam kelas...", ajak trisha. "okay...", mona menganggukkan kepalanya. mereka mula melangkah masuk ke kelas mereka.

AUTHOR NOTE: Sorry mizz lambat update... harap korang tak marah sebab mizz lambat update cerita ini...


ANNA (PG13)Where stories live. Discover now