ANNA 13

134 19 3
                                    

trisha mengambil mobile phonenya dan cuba menangkap gambar keratan suratkhabar tersebut. selepas itu dia meletakkan kembali keratan suratkhabar tersebut di dalam fail di tangannya. fail itu di selitkannya di bawah celah pakaian milik anna. almari pakaian anna kembali di tutup rapat. untuk mengelakkan anna daripada merasakan yang bilik tidurnya di cerobohi orang dia pun terus menutup semua jendela di situ dengan kain curtain yang ada di situ. kemudian dia melangkah keluar dari dalam bilik tidur anna. pintu bilik tidur tersebut di kuncinya dengan anak kunci di tangan. trisha melangkah masuk ke bilik tidurnya sambil memeriksa setiap photo yang telah di ambilnya sebentar tadi. semua photo itu kelihatan memuaskan. trisha bertekad akan memberitahu perkara ini pada mamanya dan juga mona apabila dia ada kesempatan untuk berbuat demikian. dia berharap semoga mamanya dan juga mona akan mendengar perkataannya apabila mereka melihat semua photo tersebut.

ketika trisha duduk di dalam bilik tidurnya dia teringat akan sesuatu. kalau setakat photo saja tentu mona dan mamanya takkan mempercayainya. maklumlah teknologi sekarang kan begitu canggih. gambar pun boleh di edit sesuka hati. jadi amat susah baginya untuk menyakinkan orang dengan hanya memggunakan photo macam tu saja. jadi Trisha pun mula berfikir panjang, bagaimana caranya dia mencari maklumat tentang asal usul adik angkatnya itu. setelah berfikir panjang dia pun mendapat satu akal. dia fikir lebih baik dia pergi ke bandar ridara pagi tu juga untuk mencari maklumat yang di inginkannya. alamat rumah anna di bandar ridara di perhatikannya dalam mobile phonenya itu. trisha rasa dia perlu cari sanak saudara atau jiran tetangga yang mengenali keluarga anna judas. sudah tentu dia akan mendapat lebih banyak maklumat di sana. tanpa membuang masa lagi dia pun menukar pakaiannya. trisha bersiap ala kadar. setelah dia siap berpakaian kemas dia mula mengorak langkah situ. sebelum dia berangkat pergi, sempat lagi dia menulis nota kecil untuk mamanya. "mama, saya pergi ke bandar untuk membeli ubat di farmasi... ubat panadol kat rumah ni sudah habis. jadi saya terpaksa keluar untuk membeli ubat dulu. jangan bimbang mama, saya boleh jaga diri saya sendiri... okay, bye...", begitulah ayat yang di tulisnya dalam nota tersebut. dia melekatkan nota kecil itu di atas pintu peti sejuk yang ada di dapur. setelah siap semuanya trisha pun melangkah pergi dari situ. pintu rumah mamanya di kunci dengan mangga kunci yang sedia ada. kemudian dia melangkah menuju ke stesen bas yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan kirana. trisha menunggu bas yang akan membawa dia ke bandar jerajak dengan penuh sabar. dia tahu bandar ridara terletak jauh dari bandar jerajak tapi dia tidak peduli akan itu semua. yang penting dia dapat mencari maklumat tentang latar belakang anna.

bas yang di nantikan pun tiba di situ. cepat cepat trisha menahan bas tersebut. bas itu terus berhenti betul betul di depan matanya. perlahan lahan dia melangkah masuk ke dalam bas tersebut. dia lihat penumpang dalam bas itu tidak begitu ramai. jadi trisha duduk di atas kerusi penumpang yang kedua. tidak lama kemudian bas tersebut mula meluncur meninggalkan stesen bas yang sunyi sepi itu. di sepanjang perjalanan, trisha asyik berfikir samada dia boleh mencari individu yang mengenali keluarga anna di sana atau pun tidak. dia berharap semoga pencariannya itu kelak akan berjaya. beberapa minit kemudian dia tiba di bandar jerajak. dari bandar jerajak dia menaiki bas menuju ke bandar ridara pula. dia menggunakan wang tabungannya untuk membayar tambang bas pergi ke destinasi yang di tuju. dia tidak peduli wang tabungannya habis. yang penting rancangannya itu berjaya. setelah berada di dalam perjalanan yang jauh dia pun sampai di bandar ridara. dia menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu dekat dengan terminal bas tersebut. dengan berpandukan alamat rumah lama anna judas dia pun menyuruh driver teksi itu membawa dia ke perumahan ringkasa. sampai di sana dia membayar tambang teksi yang di naikinya. setelah membayar tambangnya, dia pun menapak keluar dari dalam teksi tersebut.

dia melangkah menyusuri kawasan perumahan teres yang sunyi sepi itu. dia lihat ada rumah teres yang sudah tidak ada penghuninya. langkah kakinya terhenti sebaik saja dia tiba di hadapan rumah di lot 66. kalau tak salah itu ialah rumah teres di mana anna di lahirkan. rumah tersebut kelihatan sepi bagaikan tidak berpenghuni. trisha berdiri di dekat pintu pagar sambil memerhatikan keadaan rumah teres itu. ketika dia sedang tercangak cangak seorang diri di situ tiba tiba, "kau cari siapa?", soal suatu suara dari belakangnya. terkejut betul trisha ketika dia mendengar suara garau itu. dia bertambah terkejut sebaik saja dia melihat ada seorang nenek tua yang bertongkat sedang berdiri di belakangnya sambil menatap wajahnya. wajah nenek tua itu begitu menyeramkan. wajahnya tak ubah macam wajah nenek kebayan yang ada di dalam cerita hantu pula. "ohh....", kedengaran Trisha menjerit kerana terkejut. "kenapa kau terkejut dan macam takut pula? aku bukannya hantu...", nenek tua itu bagaikan mengerti apa yang ada di fikiran trisha saat itu. dia berjalan lalu membuka pintu pagar rumahnya. "oh... er... nenek tinggal kat sini ke?....", soal trisha tergagap gagap. "ya.... kenapa kau tanya soalan macam tu pula?", soal nenek tua itu. "saya cuma ingin tahu.... sebenarnya saya nak tanya nenek tentang orang yang pernah tinggal dalam rumah teres ni beberapa tahun yang lalu... maksud saya tentang keluarga encik judas karot dan isterinya rahab sapih... saya dengar mereka pernah tinggal di...", belum pun sempat trisha menghabiskan perkataannya nenek tua tersebut pantas melangkah masuk ke dalam kawasan rumah teres itu lalu di kuncinya pintu pagar rumah tersebut. "maaf... aku tak kenal orang yang kau sebutkan tu... so, you better go away!....", bentak nenek tua itu dengan wajah yang garang sekali. "bohong... saya tahu nenek kenal keluarga tu sebab mereka pernah tinggal di dalam rumah teres ni beberapa tahun yang lalu...", trisha bersuara dengan wajah yang serius sekali. "aku tak berbohonglah... aku tak kenal mereka... so just go away!....", sekali lagi nenek tua tersebut memghalaunya. namun trisha masih berdiri dekat dengan pagar itu. dia lihat nenek tua tersebut mula melangkah meninggalkannya di situ. "saya tak akan pergi dari sini selagi nenek tak bagitahu saya apa yang telah terjadi pada keluarga encik judas karot sebab anna judas kini menjadi adik angkat saya....", kata Trisha dengan bersungguh sungguh. langkah kaki nenek tua itu terhenti sebaik saja dia terdengar perkataan trisha. "apa?... anna judas dah jadi adik angkat kau?", soal nenek tua tersebut sambil menoleh ke arahnya. "ya... nek.... dia sudah menjadi adik angkat saya...", balas trisha perlahan lahan. nenek tua itu kembali mengorak langkah menuju ke arahnya. dia membuka pintu pagar yang ada di situ. "masuklah....", akhirnya nenek tua tersebut mempelawanya masuk ke dalam kawasan rumah teres yang sunyi sepi itu. perlahan lahan trisha melangkah masuk ke dalam rumah teres tersebut.

ANNA (PG13)Where stories live. Discover now