ANNA 22

131 14 1
                                    

malam itu selepas makan trisha pun masuk tidur. trisha terjaga dari tidurnya sebaik saja dia terdengar bunyi kenderaan berhenti betul betul di depan rumah banglo mereka. trisha bangun lalu duduk di atas birai katilnya. dia cuba memasang telinganya untuk mendengar bunyi kenderaan tersebut. memang betul ianya berhenti betul betul di depan rumah banglo milik mamanya.perlahan lahan trisha bangun lalu membuka kain curtain yang menutupi tingkap bilik tidurnya. dia lihat ada seorang wanita bersama empat orang budak perempuan berdiri di luar pintu pagar rumah mamanya. mereka semuanya berjubah serba hitam. kalau tidak salah itu ialah kawan kawan anna dari rumah anak yatim jerajak tapi kenapa mereka datang ke situ di tengah malam buta pun trisha sendiri tidak tahu. tidak lama kemudian trisha nampak anna melangkah menghampiri mereka di situ. mereka berbual bual dalam nada suara yang agak perlahan. macam orang yang berbisik pula. anna seperti menunjuk ke arah sebuah bangsal lama yang sudah lama tidak di gunakan terletak tidak jauh dari rumah banglo itu. trisha tidak tahu kenapa anna menunjuk tepat ke arah bangsal lama tersebut. mungkin dia hanya ingin menunjuk di mana letaknya bangsal lama tu kot? timbul pula persoalan di kotak fikiran Trisha. bukannya ada benda menarik pun yang ada di dalam bangsal lama tu. ketika trisha sedang memikirkan jawapan bagi persoalan tersebut dia lihat anna mula membuka pintu pagar itu lalu mempersilakan semua tetamu itu masuk ke halaman rumah mereka. mereka melangkah menuju ke arah bangsal tersebut secara senyap senyap.

trisha merasa tidak sedap hati apabila dia melihat semuanya itu. sudah tentu anna dan kawan kawannya mempunyai agenda di sebalik semuanya ini. cepat cepat trisha bangun. dia berjalan menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah dengan langkah kaki yang laju sekali. dia ingin menyiasat apakah yang anna dan kawan kawannya hendak lakukan di bangsal itu. dia menyusup keluar dari dalam rumah menuju ke bangsal tersebut. dari jauh lagi dia terdengar bunyi orang membersihkan bangsal. trisha bersembunyi di belakang bangsal sambil cuba mengintai ke dalam bangsal tersebut. dia lihat kawan kawan anna sedang sibuk membersihkan ruang di dalam bangsal itu. termasuklah wanita yang bersama mereka. hanya anna seorang saja yang tidak turut membantu mereka. dia berdiri memerhatikan mereka. setelah siap membersihkan bangsal itu mereka bersujud di depan kaki anna sambil menundukkan kepala mereka. anna hanya berdiri kaku di depan mereka. trisha merasa pelik apabila dia melihat semuanya itu. anna seperti seorang raja bila di sembah macam tu sekali.
tanpa berbicara sepatah kata, mereka pun terus melangkah keluar dari situ. hanya anna seorang saja yang masih berdiri di dalam bangsal tersebut. trisha segera menyembunyikan dirinya di sebalik belakang bangsal tersebut. dia lihat 4 orang budak dan wanita tadi mulai meninggalkan tempat itu.

trisha lihat semua mereka melangkah masuk ke dalam kereta. trisha cuba mengintai anna dalam bangsal tersebut tapi anna langsung tidak ada di situ. tiba tiba, "trisha!... kenapa awak berdiri kat belakang bangsal tu?", kedengaran suatu suara menegurnya dari belakang. Trisha segera mendongakkan kepalanya. kelihatan puan selina berdiri tidak jauh dari situ. "oh.... shhhhh!.... jangan bising... saya nampak anna bersama kawan kawannya dalam bangsal ni tadi...", kata trisha separuh berbisik. "apa maksud awak ni?.... anna ada bersama dengan mamalah...", puan selina bersuara dengan nada suara yang kehairanan. kelihatan anna muncul dari belakang mamanya. "eh.... tadi saya nampak anna bersama 4 orang budak perempuan berjubah hitam dan seorang wanita di dalam bangsal ni... tapi macamana pula anna bersama mama pula?", Trisha bersuara dalam nada suara yang terkejut sekali. "apa yang awak merepek ni?.... anna kata awak yang selalu keluar dari rumah pada waktu malam...", kata puan selina sambil berpeluk tubuh. "apa?... saya bukannya selalu keluar rumah di waktu malam. hanya malam ni saja saya keluar ke sini... anyway saya tak merepeklah, ma... saya nampak dengan mata kepala saya sendiri yang anna masuk ke dalam bangsal ni bersama kawan kawannya  tadi....", kata Trisha cuba menyakinkan mamanya. "sudahlah tu trisha... janganlah awak merepek macam tu sekali... mama tak suka... by the way, mama nak awak masuk ke dalam rumah sekarang juga!!!....", bentak puan selina dengan nada suara yang sedikit tegang. mahu tidak mahu trisha terpaksa angkat kaki dari situ. ketika dia berpapasan di sebelah anna dia nampak anna tersenyum meleret bagaikan dia merasa happy pula bila dia lihat trisha di marahi oleh puan selina tapi Trisha hanya mencebikkan bibirnya lalu beredar dari situ

ANNA (PG13)Where stories live. Discover now