ANNA 3

234 22 12
                                    

trisha sedang duduk di dalam bilik tidurnya ketika dia terdengar suara seseorang berbual dengan mamanya. perlahan lahan dia melangkah ke tingkat bawah. kelihatan seorang wanita berpakaian elegant sedang berbual bual dengan mamanya di ruang tamu rumah mereka. dia membawa briefcase di tangannya. mereka berbual bual dalam nada suara yang perlahan sekali. hampir saja butir perbualan mereka tidak kedengaran di cuping telinganya.
"hm... saya dah periksa keadaan dalam rumah puan. nampak gayanya rumah puan ni selamat untuk di diami. puan ada pekerjaan tetap dan kewangan puan pun stabil. jadi permohonan puan akan kami pertimbangkan dengan sebaik mungkin. jikalau permohonan puan di luluskan kami akan menghubungi puan...", tutur wanita tersebut sambil bersalaman dengan puan selina. cepat cepat puan selina bangun lalu bersalaman dengan wanita itu. "saya berharap semoga korang meluluskan permohonan saya tu...", tutur puan selina dengan penuh harapan. "yelah... harap harap macam itulah hendaknya...", ucap wanita tersebut seraya bersalaman dengan puan selina. "baiklah... biar saya balik dulu...", wanita tersebut bangun lalu melangkah pergi dari situ. puan selina segera menghantarnya ke muka pintu. "saya pergi dulu... bye...", ucap wanita itu seraya beredar dari situ. "bye...", balas puan selina sambil melambaikan tangannya. puan selina melangkah masuk ke dalam rumahnya. langkah kakinya terhenti sebaik saja dia melihat Trisha sedang berdiri memerhatikannya tidak jauh dari situ. "siapa wanita tu, ma?", soal Trisha ingin tahu. "oh... dia dari rumah anak yatim seri jerajak...", balas puan selina dengan jujur. "apa yang di maksudkannya dengan permohonan tu? mama mohon apa dengan dia?", soal Trisha ingin tahu. "adalah....", balas puan selina sepatah. belum pun sempat Trisha bertanya dengan lebih lanjut lagi mamanya sudah pun pergi dari situ.

*** *** ***

- seminggu kemudian -
tengahari itu kelihatan trisha sedang mengayuh basikalnya seorang diri menuju ke rumah mamanya. dia baru saja balik dari rumah kawannya mona. dia memberhentikan kayuhan basikalnya sebaik saja dia sampai di halaman rumah mamanya. trisha meletakkan basikalnya tidak jauh dari pagar rumah banglo dua tingkat itu. trisha lihat ada sepasang kasut budak berwarna hitam tergeletak di luar pintu rumah mamanya itu. dia tidak tidak tahu siapa empunya kasut hitam tersebut. perlahan lahan dia melangkah masuk ke ruang tamu. "mama, saya dah balik....", laung Trisha sambil melangkah masuk ke dalam rumah itu. langkah kakinya terhenti sebaik saja dia lihat mamanya sedang berbual bual dengan seorang budak perempuan berambut hitam yang panjang mengurai sehingga ke paras pinggang. "oh... baguslah kalau awak dah balik sayang... mari sini... biar mama memperkenalkan awak pada seseorang...", puan selina bersuara sambil memanggil anak perempuannya supaya menghampirinya. perlahan lahan Trisha menghampiri mamanya. Trisha terkejut sebaik saja dia melihat wajah budak perempuan tersebut. kalau tidak salah itulah budak perempuan yang pernah di lihatnya di tepi jendela rumah anak yatim piatu seri jerajak tempohari. budak perempuan tersebut hanya diam memerhatikannya.
"perkenalkan... Trisha, ini anna judas. dia anak angkat mama yang baru. dia baru saja berumur 7 tahun. by the way dia akan tinggal bersama kita dan dia akan menjadi adik awak yang baru... anna, ini Trisha Nelson. dia ialah kakak awak yang baru....", ucap puan selina seraya memperkenalkan kedua insan itu. "apa?.... apa mama cakap tadi? dia akan jadi adik saya dan dia akan tinggal bersama kita?", soal Trisha cukup terkejut. "ya... trish... dia akan menjadi adik awak.... bukankah ini satu berita yang menggembirakan?", ucap puan selina dengan wajah yang riang sekali. Trisha tidak menjawap. malah wajahnya kelihatan tegang. dia merenung wajah budak perempuan yang bernama anna judas itu. budak perempuan tersebut turut membalas renungan matanya. "er.... kenapa korang asyik berbalas renungan ni?.... korang bersalamanlah...", tegur puan selina memecahkan suasana dingin di antara mereka berdua.

tanpa bicara sepatah kata, Trisha terus berlari meninggalkan ruangan tersebut. "trisha!.... trisha!...", kedengaran suara mamanya memanggil namanya. Trisha tidak menghiraukan panggilan mamanya. malah dia terus berlari masuk ke dalam bilik tidurnya di tingkat atas. pintu bilik tidurnya di kunci rapat. dia segera menghempaskan tubuhnya di atas katil. perasaannya bercampur aduk. dia merasa sungguh marah dan kecewa saat itu. dia marah sebab mamanya tidak pernah memberitahu padanya bahawa dia ingin mengambil anak angkat yang baru. dalam waktu yang sama dia merasa kecewa dengan tindakan mamanya itu. "tuk... tuk... tuk...", kedengaran pintu bilik tidurnya di ketuk orang dari luar. "buka pintu ni, Trish...", kedengaran suara mamanya bergema dari sebalik pintu bilik tidurnya. Trisha tidak segera membuka pintu. dia hanya duduk diam di atas katilnya. "trish... buka pintu ni....", kedengaran suara mamanya bergema lagi tapi kali ini ianya agak kuat sedikit. apabila Trisha tidak mahu membuka pintu bilik tidurnya puan selina pun mula membuka pintu bilik anaknya itu dengan anak kunci pendua di tangannya. pintu bilik terbuka setelah puan selina terkial kial mencari anak kunci pintu tersebut.

perlahan lahan puan selina menghampiri anak perempuannya yang sedang duduk di atas katil tidak jauh dari situ. Trisha kelihatan seperti orang yang sedang menahan kemarahan di dalam dada. wajahnya merah bagaikan udang galah yang di goreng garing pula. "trish... kenapa ni?... awak macam tak gembira saja...", tegur puan selina lalu duduk di sebelah anaknya itu. "memang saya tak gembira mama... kenapa mama bawa budak tu tinggal kat sini?....", soal Trisha dengan marahnya. "sebenarnya mama nak ambik dia sebagai anak angkat mama... maklumlah sejak kematian adik awak, saya tengok awak asyik bersedih saja. jadi mama pun membuat keputusan untuk mengambil anak angkat. itulah sebabnya mama bawa anna tinggal bersama kita... mama nak anna jadi adik awak yang baru. dengan ini awak tidak lagi merasa kesepian apabila mama tidak ada di rumah...", jelas puan selina panjang lebar. "jadi mama nak saya anggap si anna tu macam adik saya?", soal trisha separuh bengang. "ya.... anggap saja dia seperti ahli keluarga kita...", kata puan selina dengan lembut. "tidak... saya tidak dapat menerima kehadiran si anna tu dalam rumah kita...", Trisha bersuara sambil menggeleng gelengkan kepalanya. "kenapa pula?", soal puan Trisha dengan dahi yang berkerut. "sebab saya tak sukakan dia dan dia tidak akan dapat menggantikan adik saya stella...", tutur trisha dengan wajah yang serius. belum pun sempat puan selina bersuara trisha bangun dari atas katilnya lalu melangkah pergi dari situ. langkah kakinya terhenti sebaik saja dia bertembung dengan anna yang sedang berdiri tidak jauh dari situ. anna hanya memandang wajahnya dengan wajah yang serius. dia tahu anna sudah mendengar segala butir perbualannya dengan mamanya sebentar tadi tapi dia tidak peduli akan itu semua. trisha mencebikkan bibirnya lalu beredar dari situ.

ANNA (PG13)Where stories live. Discover now