ANNA 21

114 14 3
                                    

"nanti dulu... siapa anak kecil ni puan selina?", soal pastor henry ingin tahu. "oh... dia anak angkat baru saya pastor... cuma dia bertabiat sikit orangnya...", balas puan selina. "saya tak bertabiat lorh... mama ni suka cakap yang bukan bukan...", marah anna dari tempat duduknya. "sebenarnya saya nak anak angkat saya ni di doakan pastor... jadi saya bawa dia berjum...", belum pun sempat puan selina menghabiskan perkataannya tiba tiba anna membuka pintu kereta tersebut lalu dia berlari keluar dari dalam kereta itu. "anna!!!... anna!!!!.... awak nak pergi ke mana tu?", jerit puan selina cukup terkejut dengan tindakan anak angkatnya itu. trisha pantas mengejar anna dari belakang. begitu juga puan selina dan pastor henry. mereka berlari sambil menjerit memanggil nama anna. "anna!.... anna!... anna!....", jerit trisha dengan nyaring sekali. namun anna terus saja berlari menyeberangi lebuhraya yang sibuk itu. trisha cuba menyeberangi lebuhraya tersebut tapi dia tidak berani menyeberangi lebuhraya itu sebab ianya terlalu sesak sekali dengan kereta. mahu tidak mahu dia terpaksa membiarkan anna berlari dengan laju di celah celah kenderaan yang bertali arus di atas jalanan. semakin lama semakin laju pula larian anna.

trisha hanya mampu memerhatikan adik angkatnya itu dari tepi lebuhraya yang sibuk itu sehingga ianya hilang dari pandangan matanya. tiba tiba, "trisha... ke mana perginya adik awak tu?", soal puan selina ingin tahu. kelihatan pastor henry berdiri di sebelahnya. masing masing termengah mengah keletihan. "entahlah mama.... tiba tiba saja dia menghilangkan diri entah ke mana....", ucap trisha perlahan lahan. "macamana ni? kita perlu mencari dia...", tutur puan selina cukup bimbang. "macam ni sajalah puan... sebaiknya kita berdoa saja untuk dia. saya yakin dia akan pulang ke rumah nanti....", kata pastor henry perlahan lahan. "tapi dia hanya budak kecik... dia pasti akan tersesat....", puan selina meluahkan perasaan bimbangnya lagi. "tak apa... puan selina pulanglah dulu ke rumah. puan berdoalah kepada Tuhan... dia pasti akan balik sendiri ke rumah kelak.... kalau dia tidak balik ke rumah puan dalam masa 24 jam, puan kena buat laporan polis tentang kehilangan anak puan tu di balai polis... anyway, theres something wrong with your child....", kata pastor henry perlahan lahan. "maksud pastor?....", soal puan selina ingin tahu. "aku dapat rasakan seperti ada sesuatu yang berada dalam dirinya yang membuatkan dia bertindak agresif terhadap puan sebentar tadi.... apa apa pun kalau puan ada masa puan bawalah dia berjumpa dengan saya... itu pun jika puan terjumpa semula anak angkat puan tu...", tutur pastor henry perlahan lahan. "baiklah pastor... kami balik dulu...", puan selina kembali semula ke keretanya. trisha mengekorinya dari belakang.

mereka tidak jadi pergi kebaktian di gereja pagi itu. mereka pusing pusing cari anna di sekitar bandar jerajak yang sibuk itu. "mama... kita tak boleh cari anna kat bandar ni lah... bandar ni besar sangat... kita balik sajalah ma...", tutur trisha setelah mereka puas pusing di sekitar bandar jerajak. "tak boleh trish... mama bimbangkan keselamatan adik awak tu... dia tentu dalam kesusahan sekarang...", ucap puan selina dengan nada suara yang bimbang sekali. "mama... kenapa mama terlalu bimbangkan si anna tu? dia bukannya baik sangat pun...", tutur trisha dengan nada suara yang sedikit jengkel. "trisha... walaupun si anna tu tidak baik tapi dia tetap adik awaklah...", tutur puan selina dengan wajah yang serius. trisha terus diam di tempat duduknya. dia membiarkan mamanya sibuk mencari anna sana sini tapi dia hanya duduk diam di dalam kereta. malas betul dia nak cari anak kecil tu. "menyusahkan orang saja kerjanya...", gerutu trisha dalam hati. tidak lama kemudian dia lihat puan selina memandu keretanya menuju ke jalan yang menghala ke taman perumahan jerajak. mungkin puan selina sudah putus asa hendak mencari anak kecil itu.... dalam diam trisha membuat andaiannya sendiri. tidak lama kemudian mereka sampai di depan rumah banglo milik puan selina

"screeecchhh....", puan selina segera membrekkan keretanya sebaik saja dia lihat anna sedang berdiri di tepi pintu pagar rumah mereka dengan rambut panjangnya menutupi sebahagian wajahnya. "anna?...", cepat cepat puan selina membuka pintu keretanya lalu berlari menghampiri anak kecil itu. "anna tak apa apa ke?", soal puan selina cukup bimbang dengan anak angkatnya itu. anna langsung tidak menjawap soalan mama angkatnya. dia hanya berdiri kaku di situ dengan kepala di tundukkan. puan selina memegang lengan anna tapi anna menepis tangannya. "maafkan mama sebab mama bawa awak ke gereja pagi tadi. kalau mama tahu awak tak suka pergi ke gereja sudah tentu mama tak bawa awak ke sana....", tutur puan selina seraya memeluk anak kecil tersebut. anna hanya diam membisu. dia sedikit pun tidak membalas pelukan puan selina. mahu tidak mahu puan selina meleraikan pelukannya. trisha yang merasa letih segera membuka pintu pagar yang ada di situ. tanpa di duga anna terus menolaknya ke tepi. hampir saja trisha terjatuh di atas tanah. "hey... apa tolak tolak orang ni?...", soal Trisha cukup bengang dengan sikap adik angkatnya itu.

anna langsung tidak menghiraukannya. dia terus saja berjalan meninggalkan mereka di situ. "tak beradab langsung budak tu...", marah trisha. "sudahlah trisha.... mungkin adik awak tu masih marah dan sakit hati pada kita sebab itulah dia bersikap macam tu...", tutur puan selina perlahan lahan. "budak tu memang jahatlah mama.... kita mesti halau dia keluar dari rumah ni...", sekali lagi trisha mengutarakan cadangannya. tiba tiba anna muncul di situ dengan wajah yang masam mencuka. rupa rupanya dia pergi mengambil baju jaketnya yang tertinggal di dalam kereta puan selina. setelah dia mengambil jaketnya dia pun terus beredar dari situ. "mama... fikir anna terdengar perbualan kita tadi tu tak?", bisik Trisha sebaik saja dia lihat anna sudah tidak ada di situ lagi. "entahlah... mari kita masuk ke dalam rumah...", ajak puan selina seraya melangkah masuk ke dalam kawasan rumah banglo tersebut. tanpa banyak soal trisha mengekori langkah kaki mamanya dari belakang. malam itu anna langsung tidak mahu makan. biar pun puan selina memujuknya berulang kali. dia berkurung di dalam bilik tidurnya. mahu tidak mahu puan selina dan Trisha pun terpaksa makan tanpa kehadiran anna di situ. "anna tak nak makan ke mama?", soal trisha ketika mereka makan di ruang makan malam itu. "ya... dia masih merajuk kot....", balas puan selina perlahan lahan. "hm... menyusahkan betul si anna tu... sebaiknya mama hantarkan saja si anna tu balik ke rumah anak yatim piatu tu... menyampah betul saya tengok perangainya tu...", tutur trisha sambil memakan nasinya. puan selina hanya mendiamkan dirinya.

ANNA (PG13)Where stories live. Discover now