ANNA 6

196 20 9
                                    

trisha terpaksa duduk menunggu di dalam kereta mamanya dengan perasaan yang bercampur aduk. sebenarnya dia merasa sakit hati dan terkilan sebab mamanya tidak peduli pada dirinya padahal dia ialah anak tunggal mamanya. ketika dia sedang duduk diam di dalam kereta milik mamanya kelihatan mamanya dan juga anna melangkah keluar dari dalam rumah banglo dua tingkat itu. mereka mengorak langkah menuju ke kereta. perlahan lahan mereka masuk ke dalam kereta tersebut. anna duduk di sebelah trisha. manakala puan selina pula duduk di driver seat. setelah mereka memasang seat belt masing masing, puan selina pun mula memasang enjin keretanya. di sepanjang perjalanan menuju ke sekolah mereka semua asyik mendiamkan diri. untuk menceriakan keadaan puan selina pun menekan punat on kat CD player kereta miliknya. dia memasukkan CD ke dalam slot CD. tidak lama kemudian kedengaran lagu rohani bertajuk 'in Christ alone' yang di nyanyikan oleh Sidney Mohede berkumandang di udara. "mama, boleh tak mama tukar lagu tu?....", anna bersuara dari tempat duduknya. "kenapa? awak tak suka dengar lagu ni ke?", soal puan selina ingin tahu. "iya....", jawap anna dengan jujur. "kenapa awak tak suka lagu ni pula? lagu ni bagus, tau...", soal puan selina lagi. "sebab ianya lagu rohani dan saya tak suka lagu rohani...", balas anna dengan wajah yang serius sekali. "tapi mama suka dengar lagu macam ni...", balas puan selina. dia mula menyanyi lagu tersebut. anna terdiam di tempat duduknya. trisha lihat anna menggetapkan bibirnya. manakala kedua belah tangannya tergenggam erat. dia merenung tajam ke arah CD player yang ada di depan matanya. trisha dapat rasakan yang anna sedang menahan kegeraman di dalam dadanya. mungkin dia memang tak suka dengar lagu rohani. reaksinya saja sudah cukup menggambarkan isi hatinya yang sebenarnya. trisha lihat mamanya leka menyanyikan lagu itu tiba tiba CD player itu off dengan sendirinya. CD penyanyi sidney mohede terkeluar dari dalam slot CD secara tiba tiba. puan selina terkejut sebaik saja dia melihat CD player tersebut terus off sendiri secara mendadak. yang lebih mengejutkan lagi CD tu terkeluar sendiri dari slotnya. entah apa dah jadi dengan CD playernya tu pun dia sendiri tidak tahu.

"eh... kenapa dengan CD player mama ni? tiba tiba saja off sendiri?... mama tak tekan punat off tadi pun...", puan selina bersuara dengan dahi yang berkerut. dia tekan punat on. kemudian dia masukkan CD itu semula ke dalam slotnya. lagu itu kembali berkumandang di udara. trisha lihat reaksi anna semakin tegang. dia merenung ke arah CD player itu dengan renungan mata yang tajam sekali. mulutnya seperti terkumat kamit. tiba tiba saja CD player itu off dengan sendirinya. sekali lagi CD penyanyi sidney mohede itu terkeluar dari dalam slot CD player tersebut. terkejut betul puan selina saat itu. dia merasa hairan dengan CD player tersebut. selama ini CD player keretanya berfungsi dengan baik tapi pagi ni CD playernya itu buat hal pula. puan selina menggaru garu kepalanya yang tidak gatal dengan tangan kirinya manakala tangan kanannya pula masih memegang erat stereng kereta miliknya. "trish... cuba awak check CD player ni... mama hairanlah kenapa CD player ni boleh off sendiri...", kata puan selina sambil memandu kereta itu. trisha segera memasang kembali CD player tersebut. kemudian dia memasukkan CD itu ke dalam slotnya. trisha kembali duduk di tempat duduknya. dia memerhatikan wajah anna yang duduk di sebelahnya saat itu. sekali lagi dia melihat anna merenung tajam ke arah CD player tersebut sambil mulutnya terkumat kamit seperti membaca sesuatu.

trisha memerhatikan CD player yang ada depan matanya. tiba tiba CD player itu seperti jammed secara mendadak. ianya tidak berfungsi lagi biar pun puan selina dan trisha cuba memasang CD player dan cuba keluarkan CD tu dari dalam slotnya. namun CD player itu tidak lagi berfungsi dengan baik. "alamak... CD player ni dah rosaklah... hm... terpaksalah mama repair CD player ni kat workshop nanti... haish....", gerutu puan selina dengan wajah yang sedikit tegang. anna duduk diam di tempat duduknya. dia sedikit pun tidak menghiraukan apa yang terjadi saat itu. dia buat buat tak tahu saja. trisha mula mensyaki sesuatu. dia syak tentu si anna tu ada kuasa magicnya sendiri. buktinya bila dia tak suka rancangan di TV atau lagu di CD player tu dia akan gunakan kuasa magicnya untuk menukarkan channel TV dan meng'off'kan CD player dalam sekelip mata. trisha bertambah syak bila dia lihat mulut anna terkumat kamit masa dia duduk diam di tempat duduknya. "tentu semuanya ini kerja si anna tu...", teka Trisha dalam diam. namun dia tidak menyuarakan hal itu pada mamanya. dia diam saja di tempat duduknya. tidak lama kemudian mereka pun sampai di kawasan sekolah rendah bandar jerajak

sebaik saja mereka sampai di situ, trisha terus di sambut mesra oleh rakannya mona. puan selina melangkah pergi dari situ dengan di iringi oleh anna. dia ingin menghantar anak angkatnya itu bertemu dengan guru besar sekolah tersebut. tinggallah trisha dan mona di situ. mona pantas menggamit tangan kiri rakannya, Trisha. "siapa dengan mama awak tu, trish?", soal mona ingin tahu. "dia adik angkat saya yang baru..", balas trisha dengan wajah yang selamba. "apa?... dia adik angkat awak yang baru?", soal mona cukup terkejut. "ya.... namanya anna judas... dia baru saja berumur 7 tahun....", jawap trisha perlahan lahan. "oh.... baguslah kalau awak dah ada adik angkat yang baru. sekurang kurangnya awak tidak keseorangan lagi....", mona bersuara di sebelahnya. "bagus apanya dapat adik macam tu... dahlah sombong, menyakitkan hati pula tu....", trisha meluahkan isi hatinya. "alah.... mula mula memanglah awak merasa sakit hati padanya tapi lama kelamaan awak akan dapat menerima kehadirannya dalam keluarga awak.... manalah tahu di suatu hari nanti anna akan menjadi seorang adik yang baik...", komen mona. "tapi saya tak rasa macam tu... by the way, saya rasa ada sesuatu yang tidak kenalah pada si anna tu...", trisha bersuara perlahan lahan. "maksud awak?", soal mona ingin tahu. "maksud saya si anna tu ada kuasa ghaib....", bisik trisha di telinga rakannya itu.

"apa?.... biar betul?", mona terkejut sebaik saja dia terdengar bisikan dari mulut rakannya itu. trisha pantas menutup mulut rakannya itu dengan tangannya sendiri. "perlahankan sikit suara awak tu.... anyway, saya cakap yang betullah ni....", bisik trisha cuba menyakinkan rakannya itu. "apa buktinya yang si anna tu ada kuasa ghaib ar?", soal mona separuh berbisik. mahu tidak mahu trisha pun terpaksa menceritakan apa yang telah terjadi ketika dia dan anna menonton TV bersama sama. channel di TV bertukar sendiri hanya kerana anna tidak suka dengan channel TV yang di tontoninya saat itu. trisha pun turut menceritakan bagaimana CD player dalam kereta mamanya boleh off sendiri tak tentu pasal hanya kerana anna tidak suka dengar lagu yang berkemundang di udara saat itu. "so awak suspect si anna tu yang buat semua tu?", soal mona ingin tahu. "ya... saya percaya dia telah menggunakan kuasa ghaibnya untuk mengubah channel di TV dan juga merosakkan CD player kereta mama saya tu. buktinya saya nampak dia merenung tajam ke arah TV dan juga CD player tu sambil mulutnya terkumat kamit seperti membaca sesuatu...", trisha bersuara dengan bersungguh sungguh. mona terdiam seketika. dia merenung wajah trisha lama lama. "ahhh.... saya tak percayalah adik awak tu ada kuasa ghaib... awak fikir si anna tu boleh jadi macam si harry potter tu ke?... ahhh!... karutlah semua tu....", mona bersuara sambil menggeleng gelengkan kepalanya. "eh.... saya cakap yang betullah.... i think she's a witch....", trisha pantas bersuara. "hahahahaha....", mona ketawa sebaik saja dia berkata begitu. "kenapa awak ketawa pula?... saya cakap yang betul...", trisha cuba menyakinkan rakannya itu. "oh come onlah.... budak kecik macam tu boleh jadi witch?.... oh.... you better stop dreaming lorh....", mona bersuara dalam hilai tawanya. "eh... saya tak bermimpilah.... saya nampak dengan mata kepala saya ni, hah....", kata trisha sambil menunjukkan kedua belah matanya pada mona. "yeah.... whatever.... mari kita masuk kelas.... nanti kita lambat masuk dalam kelas pula....", belum pun sempat trisha bersuara mona pantas melangkah meninggalkannya di situ. mahu tidak mahu trisha terpaksa mengekori rakannya itu dari belakang.

ANNA (PG13)Where stories live. Discover now