ANNA 10

145 17 5
                                    

"baiklah... saya akan buka pintu tu... just stop it anna!!!... just stop it!!!...", jerit Trisha dengan nada suara yang kuat sekali. serentak dengan itu dentuman yang berupa ketukan di pintu bilik tidurnya terus saja hilang serta merta. perlahan lahan Trisha bangun lalu dia membuka daun pintu bilik tidurnya. dia lihat tiada sesiapa pun yang berada di situ. ke mana hilangnya anna pun dia sendiri tidak tahu. "jadi siapa yang ketuk daun pintu bilik tidur aku sampai berdentam dentum bunyinya tadi tu?", persoalan itu mula bermain di mindanya. tiba tiba, "kakak cari saya ke?", soal suatu suara. Trisha terus menoleh ke arah datangnya suara itu. kelihatan anna berdiri di belakangnya sambil tersenyum lebar. Trisha merasa sungguh terkejut. "eh.... bila masa pula awak tiba tiba tercegat kat situ? tadi saya tak nampak awak kat situ pun...", kata Trisha dalam nada suara yang terkejut. "kenapa akak cakap macam tu pula?... saya memang ada kat sinilah.... jangan jangan mata akak tu dah rabun kot...", tutur anna separuh menyindir.

"eh... saya cakap yang betullah... saya tak nampak awak kat situ tadi...", Trisha bersuara lagi. "yeah... whatever.... sekarang saya nak akak temankan saya makan di dapur...", tutur anna dengan wajah yang serius sekali. belum pun sempat Trisha bersuara tangannya pantas di tarik oleh anna. mahu tidak mahu dia pun terpaksa mengekori anna dari belakang. sampai di ruang makan anna terus menyuruhnya duduk di atas kerusi yang ada di situ. dengan terpaksa Trisha duduk di atas kerusi tersebut. anna duduk di sebelahnya sambil menarik piring yang berisi makanan dari bawah tudung saji yang ada di situ. dia menyerahkan sepiring nasi pada Trisha. kemudian dia menarik sepiring nasi untuk dirinya sendiri. dia mula makan dengan di perhatikan oleh Trisha yang sedang duduk di sebelahnya saat itu. "makanlah...", perintah anna. trisha sebenarnya langsung tak ada selera hendak makan ketika itu. jadi dia mula memerah otaknya untuk mencari idea bagaimana dia harus mengelakkan diri daripada makan bersama dengan budak perempuan itu. "oh... er... perut saya sakitlah... er... saya pergi ke tandas dulu, ya....", cepat cepat trisha berlari meninggalkan anna seorang diri di situ. tinggallah anna terpinga pinga seorang diri di situ

*** *** ***

malam itu trisha turun ke tingkat bawah setelah di panggil untuk makan bersama. sayup sayup kedengaran suara mamanya berbual bual dengan anna. mereka berbual dengan begitu mesra sekali. siap bergurau senda lagi tu. trisha melangkah ke ruang dapur. kelihatan mamanya dan juga anna sedang sibuk menyusun pinggan berisi makanan di atas meja. dulu dia yang selalu di suruh oleh mamanya untuk menyusun pinggan berisi makanan di atas meja tapi sekarang anna pula menggantikan tempatnya. yang lebih menyakitkan hati tu anna terlalu manja dengan mamanya, puan selina. "macamlah puan selina tu mama kandung dia pula....", bisik hati kecil Trisha cukup meluat dengan budak perempuan itu. "ehemmmm!....", trisha berdehem panjang. "oh... trish... duduklah... mari kita makan sama sama....", ajak puan selina sebaik saja dia melihat trisha berdiri tidak jauh dari situ. Trisha pun melangkah lalu menarik sebuah kerusi yang terletak di sebelah mamanya tapi belum pun sempat dia duduk di atas kerusi itu anna pantas duduk di atasnya. "hey.... ini kerusi sayalah...", trisha bersuara dengan nada suara yang cukup marah. "tak ada pun nama kakak tertulis kat atas kerusi ni... so thats mean anyone can sit on it...", balas anna sambil tersenyum lebar.

"oh damn it....", gumam trisha. "korang jangan bergaduh... ada banyak kerusi kat sini. trisha, awak duduk kat kerusi sana tu...", perintah puan selina dengan pantas. mahu tidak mahu trisha pun terpaksa duduk di kerusi yang terletak tidak jauh dari situ. ketika makan puan selina asyik berbual dengan anna.Trisha mula merasa pelik pada sikap mamanya. sejak kehadiran anna dalam rumah itu dia seperti tidak peduli pada Trisha pula. yang dia selalu perhatikan ialah anna. Trisha merasakan yang dirinya tak ubah macam tiang kayu yang terpinggir dalam rumah tu pula. "kenggg!...", kedengaran sudu di tangan trisha terjatuh di atas lantai. Trisha sengaja menjatuhkan sudunya di atas lantai kerana dia mahu melihat reaksi mamanya samada mamanya masih menyedari kewujudannya di situ atau pun tidak. namun tiada sebarang respon atau reaksi dari mamanya. malah mamanya asyik berbual bual dengan anna sambil memandang tepat ke wajah anna. macamlah anna seorang saja yang wujud di depan matanya saat itu. ini membuatkan trisha merasa semakin hairan. biasanya puan selina tidak bersikap begitu. dia pasti akan menegur trisha jikalau dia ada melakukan sesuatu yang salah tapi ini tidak malah dia seperti tidak menghiraukannya pula.

dalam diam trisha mensyaki sesuatu. pasti anna telah menggunakan ilmu sihirnya lagi supaya puan selina memberikan seluruh perhatiannya pada anna. buktinya anna berbual bual dengan mamanya sambil merenung tajam ke dalam anak mata mamanya. mamanya seperti orang yang di pukau pula. trisha menyiku gelas berisi air oren yang terletak di sebelah anna saat itu. akibatnya gelas kaca tersebut jatuh di dalam pangkuan anna lalu tergolek dan jatuh di atas lantai. "preenggg!!!!....", kedengaran gelas tersebut pecah berderai di atas lantai. serentak dengan itu anna bangun dari tempat duduknya sebaik saja baju gaunnya terasa basah dengan air oren tersebut. "apa yang telah terjadi ni?", soal puan selina cukup terkejut. dia seperti orang yang baru tersedar pula. "mama.... kak trisha ni... dia tumpahkan air oren di atas baju saya....tengok!... baju saya sudah basah...", anna bersuara sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah trisha. "kenapa awak tumpahkan air oren adik awak tu, trisha?", soal puan selina cukup marah. "saya tidak sengaja mama....", dalih trisha pula. "awak ni betul betul cuailah!.... tengok... habis basah baju anna awak buat....", bentak puan selina dengan marah sekali. trisha terkejut apabila dia melihat reaksi mamanya yang naik angin satu badan itu. dia tidak menyangka mamanya akan marah padanya hanya kerana perkara sekecil itu. "mari ikut mama, anna... mama nak awak tukar baju awak yang basah tu...", puan selina bangun lalu menarik tangan anna supaya beredar dari situ. trisha lihat anna tersenyum sinis padanya. trisha mencebikkan bibirnya. dalam diam trisha merasa sungguh marah. dia tahu anna sengaja menggunakan ilmu sihirnya untuk membuat mamanya tidak menghiraukan dia dan lebih menyakitkan hati tu, anna seperti berusaha hendak merebut kasih sayang mamanya pula. "anna... kau fikir kau sudah menang, ya.... tak apa.... kali ni kau menang tapi lepas ni aku tak akan benarkan kau menang... aku akan pastikan rahsia kau akan terbongkar dan kau akan di halau keluar dari dalam keluarga ini di suatu hari nanti....", bisik Trisha sambil menggetapkan giginya.

ANNA (PG13)Where stories live. Discover now