ANNA 8

171 20 1
                                    

"awak tahu tak si anna tu menggunakan kuasa magicnya sebentar tadi?", bisik trisha ke telinga mona. belum pun sempat mona membalas bisikan rakannya itu tiba tiba, "apa yang kakak bisikkan tu?", soal suatu suara. "oh.... nothing...", dalih trisha dengan pantas. "bohong... aku tahu kakak bercakap tentang sesuatu dengan kawan kakak tu. apa yang kakak bisikkan padanya?", sekali lagi anna bertanya. "betul... kakak tak berbisik apa apa pun tadi... betul cakap saya ni kan mona, kan?.....", Trisha bersuara sambil menyiku pinggang rakannya itu. "ya... betul cakap trisha tu....", balas mona pula. "iya ke?.... hm... never mind... lets go to the canteen...", ajak anna mula tersenyum lebar. "okay, lets go...", cepat cepat mona bersuara seraya menarik tangan kiri Trisha. mahu tidak mahu Trisha terpaksa mengekori langkah kaki rakannya dari belakang. mereka segera melangkah menuju ke kantin sekolah.

sampai di kantin sekolah mereka mula berbaris dengan murid murid yang lain. setelah mengambil makanan masing masing mereka segera melangkah menuju ke meja yang berdekatan. mereka duduk di meja lalu makan bersama sama. "so, awak ni kawan kakak saya, eh?", anna bersuara seraya memandang wajah mona dengan pandangan mata yang sekilas. "ya... er.... awak ni...", belum pun sempat mona menghabiskan perkataannya anna segera memotong perkataannya. "saya adik angkat kawan awak tu... namaku anna judas... siapa nama awak?", soal anna dengan wajah yang serius. "oh.... er... nama saya mona james. saya classmate kakak awak...", balas mona perlahan lahan. "hi.... mona, its nice to meet you....", ucap anna sambil menghulurkan tangannya ke arah mona. "nice to meet you too...", ucap mona perlahan lahan. mereka berbual bual seketika. hanya trisha saja yang duduk diam di tempat duduknya. "tak sangka ya, awak seorang yang peramah... tak macam kakak saya yang seorang tu... pendiam dan kurang ramah....", anna bersuara seperti menyindir trisha pula. trisha tersedak lalu terbatuk kecil sebaik saja dia terdengar perkataan sindiran dari mulut adik angkatnya itu. bajunya basah akibat terkena air yang terpercik dari mulutnya. "kenapa dengan kakak ni? kalau ye pun nak minum air tu, janganlah gelojoh sangat.... tengok... baju kakak tu dah basah dah...", tegur anna separuh menyindir. tanpa menghiraukan perkataan yang berbaur sindiran dari mulut anna, trisha pun terus bangun lalu beredar dari situ. "eh... trish.... awak nak pergi ke mana tu?", soal mona ingin tahu. tanpa menjawap soalan mona dia bergegas meninggalkan tempat itu.

trisha melangkah menuju ke tandas sekolah yang terletak tidak jauh dari situ. langkahnya terhenti sebaik saja dia lihat badri dan sufri sedang berbual bual tidak jauh dari tandas sekolah tersebut. dia segera bersembunyi di sebalik dinding tandas sambil cuba mendengar butir perbualan mereka. "awak nampak tak wajah budak perempuan tu tadi?", soal badri dengan wajah yang masih pucat lesi. "ya...", balas sufri sepatah. "wajah budak perempuan tu sungguh menakutkan... wajahnya seperti....", kata kata badri di potong pantas oleh sufri. "samara dalam cerita the ring... she is so damn scary....", potong sufri perlahan lahan. "renungan matanya sungguh menggerunkan...", ucap badri separuh bergetar. "tau tak pe... saya rasa dia mempunyai kuasa ghaib... buktinya dia boleh buat tangan awak bengkak teruk macam ni dengan hanya merenung wajah awak...", sufri bersuara perlahan lahan. "betul cakap awak tu...", sokong badri. "jangan jangan dia ialah ahli sihir... buktinya saya nampak dia memakai rantai yang ada buah berbentuk bintang terbalik... biasanya orang yang gunakan simbol bintang terbalik ni ialah pengikut ajaran sesat seperti penyembah syaitan atau di gunakan oleh ahli sihir dalam ritual yang tertentu...", terang sufri panjang lebar. "macamana awak tahu tentang ini semua?", soal badri ingin tahu. "saya terbaca fakta tu dalam internet baru baru ni...", balas sufri dengan wajah yang serius. "oh... jadi si anna tu ahli sihir?", soal badri sambil memandang wajah rakannya itu. "yeah... i think so...", balas sufri perlahan lahan.

"krriiingggg....", kedengaran loceng elektrik berbunyi dengan nyaring sekali. badri dan sufri segera beredar meninggalkan kawasan tandas itu. trisha melangkah keluar dari tempat persembunyiannya. butir perbualan di antara badri dan sufri tadi masih terngiang ngiang di cuping telinganya. tiba tiba, "trish!...", kedengaran suatu suara memanggil namanya. trisha mengangkat wajahnya. kelihatan mona sedang melambai lambaikan tangannya ke arahnya. cepat cepat trisha segera melangkah menghampiri rakannya itu. "mana anna?", soal trisha ingin tahu. "dia dah jalan dah.... kenapa awak lama sangat kat tandas tu?", soal mona sambil melangkah menuju ke bilik kelas mereka. trisha terpaksa berjalan pantas di sebelahnya. "sebenarnya saya terdengar butir perbualan di antara badri dan sufri kat tepi tandas tadi.... mereka berbual tentang si anna tu... mereka kata wajah si anna tu menyeramkan. malah renungan matanya menggerunkan. pendek kata dia tak ubah macam samara dalam cerita the ring... mereka kata lagi si anna tu mempunyai kuasa ghaib seperti ahli sihir....", kata trisha cepat cepat. "ya meyh? tapi saya ada tanya si anna tadi betul ke dia ahli sihir? dia terus ketawa dan cakap bila masa pula saya jadi ahli sihir ni? jangan tanya soalan pelik macam itulah katanya....", mona bersuara dengan pantas. "jadi awak terus diam?", soal trisha.

"tak... saya tanya dia lagi... kenapa awak macam ada kuasa ghaib? saya nampak tangan badri bengkak secara tiba tiba dan mereka berlari ketakutan sebaik saja mereka melihat wajah awak semasa awak bangun dari atas tanah tadi... betul ke awak tak ada kuasa magic ke, apa ke?... dia ketawa lagi sambil bercakap, hey..... takkanlah kerana peristiwa itu awak mula berfikiran macam tu pada saya... sebenarnya tangan si badri tu bengkak sebab dia selalu menumbuk orang masa rehat tadi. jangan jangan dia ada menumbuk mangsanya sebelum bertemu dengan kita sebentar tadi sebab tu tangannya bengkak semacam... anyway, siapa saja yang melihat wajah saya ketika saya marah tentu merasa ketakutan sebab wajah saya nampak bengis ketika saya marah... so there is no magic in me... trust me.... i told you the truth.... begitu katanya...", tutur mona. "jadi awak fikir dia cakap yang betul?.... awak percayakan dia?", soal Trisha sambil memandang wajah mona. "i think shes right....", ucap mona dengan wajah yang selamba. "what???!!!.... awak percaya pada perkataannya tu.... so awak tak percaya dia ialah ahli sihir?", soal trisha cukup terkejut. "yep.... i think shes told me the truth.... anyway, shes a nice young girl... awak patut bersyukur sebab awak dah ada adik sekarang....", tutur mona dengan wajah yang selamba. "hey... mona, you need to listen to me....", trisha berdiri di depan wajah rakannya itu. langkah kaki mona terhenti di situ juga. "oh... apa lagi ni, trish?", soal mona separuh jengkel. "she's a witch okay.... she's a witch....", trisha pantas bersuara. "oh.... not again..... you know what? awak ni terlalu paranoia lorh...", kata mona cukup jengkel dengan kawannya itu. "saya bukan paranoia lah... saya cakap yang betul... kalau awak tak percaya cakap saya ni, saya akan berusaha mencari bukti yang kukuh supaya awak sedar yang si anna tu ialah ahli sihir.... you just wait and see...", tutur trisha lalu beredar dari situ. mona hanya terpinga pinga seorang diri di situ

ANNA (PG13)Where stories live. Discover now