Pandangan aku alihkan pula pada Almeera dan wanita disebelahnya silih berganti . Ada tika dia memandang aku malu lalu menundukkan wajahnya yang sudah disolek penuh . Iya , dia pengantinku hari ini . Aku menghela nafas berat .
Almeera yang turut memandang aku lama , seolah faham dengan kegusaran aku . Aku risau ..

" boleh kita mulakan sekarang encik Haikal ? "

dan sekarang semua mata memandang aku lama . Entah mengapa gugup tiba tiba menyerang tubuhku dan nampaknya kesannya tangan aku mula bergetaran .

" boleh .. Tok . "  dalam yakin tak yakin aku mengangguk jua . Fail yang berisi kertas dihulur dihadapan aku bersama sebatang pen hitam .

Terus aku tandatangan dan isi maklumat yang dikehendaki .

" baikla , mari kita mulakan . " aku mengangguk sebelum mataku tertancap pada anak kembarku , Farash dan Farish yang tersengih dan mengangkat genggaman tapak tangan seolah olah bermaksud " berusaha" dan sewaktu dengannya .

Tangan kanan Tokkadi hulur dan aku sambut .

" aku nikahkah engkau dengan Nur Ainnur--- "

mata aku terpejam rapat . Syu , abang perlukan Syu . Bukan dia . Takkan mampu seorang insan pun yang akan memahami abang seperti Syu memahami abang . Aku menangis sendiri .

Haikal taknak orang lain , nak Syu , Syu , Syu sahaja! "

aku menjerit kuat . Air mata dibiarkan gugur sebelum aku terasa namaku dipanggil berkali kali dan pipiku ditepuk .

" abang , awak okey ? " saat aku buka mata , wajah Syuhada yang berkerut memandang aku lama . Terus ditarik tubuh kecil itu ke dalam dakapan aku . Dikucup rambut lebatnya berkali kali sambil menangis . Entah mengapa aku rasa hiba . Sebak

" abang apani demam demam meracau apa benda yang sampuk ni eii  " Syuhada mengomel sendiri sambil membetulkan bajunya . Jadi aku hanya bermimpi ? Hanya mimpi ?

" Jadi Syu tak mati ? " pertanyaan aku itu buat Syuhada tersentak dan memandang aku dengan pandang tajam . Oh tidak .

" oh , jadi abang nak Syu mati la yer ? lepastu abang boleh ngorat puan lain yer ? lepastu abang sukala kan nak mengatal sana sini on kan  ? tak sedar diri punya laki ! Dah anak 3 pun nak menggedik lagi kenapa bangan--- "

chup , chup , chup . Tak payah nak handle Syuhada Haifa . Kang kite dah babap dia punya bibir . Haaa reti pun diam ehehehe .

" abang gila ! ish ape ni kiss orang abamg tak mandi lagi eii ! " dia menampar lenganku perlahan dan aku hanya tergelak melihat kelakuannya . Fakta yang dia acah acah marah memang amat melucukan . Lihat saja pipinya, sudah kemerah merahan hingga ke hidung . Comel sungguh .

"Jadi Wife Aku. ( Revisi ) जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें