Dia memandang mereka hairan. Mereka semakin galak tergelak bila melihat reaksi Mun. Bila salah seorang kwn Mun beritahu yg ada kesan merah di belakang seluarnya. Mun mula panik. Semakin lama, semakin ramai orang berkumpul di situ, gelakkan Mun. Kawan2 Mun juga turut gelak bersama budak lelaki ada juga yg buat muka kesian. Serta merta, Mun berlari ke tandas perempuan.

Air matanya berderai semasa dia berlari. Tibanya di tandas, dia terlanggar seseorang. Bila dia mendongak, dia ternampak rambut hitam lurusnya yg sering menjadi tatapannya ketika kecil. Bella adalah org yg dia terlanggar. Serta merta dia meminta maaf. Bella hanya mengangguk. Gadis berumur 14 tahun tersebut terkenal dgn sifat dinginnya. Sebb tu dia terkenal sebagai ice queen. Sifat dinginnya lahir bila Mun mula mengasingkan dirinya dengan diri Bella. Selepas Bella menapak keluar dari tandas, kwnnya, Kate merangkul bahunya sambil tergelak. Dia hairan kenapa ramai org ketawa kat luar tandas ni? Ada konsert maharaja lawak ke?

"Pahal kau suka sgt ni?" Soalnya sambil menjeling Kate. Kate selepas menghabiskan sisa2 tawanya, memandang Bella dgn sengihan besar.

"Kau tau budak ting 1, nama dia Mu..? Mn..?"

"Munira?"

Kate memetik jarinya, "Haa! Yg tula!" Bella memeluk tubuh, "Pahal ngn dia?" Kate ketawa sekali lagi. Bella mengetap bibir, menahan marah.

"Haha..  dia... dia.."

"Dia apa?!"

"Dia period pastu lekat kat seluar dia. Byk pula tu... hahaa"

Mata  Bella buntang. Dia ingatkan ada benda apa tadi. Dia memalingkan mukanya pada pintu tandas. Kelibat Mun masih tak muncul2. Akhirnya, dia mengeluh lalu menepis tangan Kate dari bahunya. Kate berhenti ketawa bila Bella melangkah pergi.

"Oi. Kau nk gi mana?"

"Kelas. Aku nk ambik barang."

...

Mun masih terperap dlm tandas. Malu mahu keluar. Seluarnya, dia basuh di bahagian punggung sehingga bersih. Tapi, seluarnya dh basah dan mustahil utk dia pakai. Tiba2 ada ketukan di pintu tandas. Dia cemas.

"Ah.. a-ada orang...!"

Tapi, orang tersebut tetap tk berganjak. "Mun?" Munira serta merta sedar sape kat luar. Hanya ada sorang je yg panggil dia Mun. "B-Bella...?" "Haah. Ni aku.. Buka jap pintu ni."

Muka Mun terus memerah. Malu mula menyerangnya. "Ah.. t-tak boleh... s-saya..." "Period? Aku tau... Ni aku bwk seluar spare ni utk kau. Buka jap.." Mata Mun membuntang. Jantungnya bagai dipicit. Terharu dia rasa bila Bella sanggup membantunya.  Bila pintu dibuka, satu beg plastik dihulur padanya. Dia mengambil dan melihat isi di dalam.

Seluar tracksuit dan dua keping pad.

Seusai memakai seluar tracksuit tersebut, dia keluar dari tandas. Figura Bella yg duduk atas singki menyapanya. Mun dgn muka merahnya mengucap terima kasih. Bella turun dari sink lalu menapak ke Mun.

"First time?"

Satu anggukkan. Bella hanya menepuk2 bahu Mun pelahan. Tiba2 Mun memeluk Bella dgn erat. Bella terkejut. "Thanks.. Sy minta maaf sebb selama ni sy tak layan awk.. Tapi, bila dah jadi macam ni, kwn yg sy ingat bagus sgt tu tkde guna pun... Tapi, awak.... awak.. tolong saya..."

Bella dgn awkwardnya menepuk2 belakang Mun. Cuba utk menenangkan gadis kecil tersebut. "Sama2..." Selepas pelukan dileraikan, Mun meminta diri utk pulang ke kelas. Tapi, Bella memanggilnya sebelum dia keluar.

"Mun.."

"Ya?"

Dia menelan liur. " Kalau2 ada budak cari pasal kat kau atau gelakkan kau... bagitau aku... Nanti aku setelkan dia..."

Hanya Housemate..?? (girlxgirl) [√]Where stories live. Discover now