xx Bab 20 xx

4.5K 163 6
                                    

Bella's Pov:

Zoe bagitau aku yg dia, Syaz dn Rissa akan datang rumahku. Aku naik hairan, apahal lak ni?? Mun pula pegi masak air, nk buat air utk dorang latu.... Rupanya henfon yg aku jumpa semalam ni henfon Aneem... Macam mana boleh tercicir depan kedai 7E?

Tak lama kemudian, pintu rumahku diketuk. Lepas aku buka, dn jemput mereka bertiga masuk, Mun keluar dengan sedulang air oren. Dia menghidangkan kepada mereka sambil duduk bersimpuh. Alahai, ayunya cinta aku ni... Untung Aneem, Arissa pun suka kat dia balik. Tapi, Mun? Haih, she's straight as a pole. Memang mustahil Mun akan suka kat aku balik...

Zoe mulakan pertanyaan. Syaz pula dh keluarkan notebook kecil. Mungkin catat maklumat? Yela, diakan polis.

"Aneem, ada singgah sini semalam?"

Aku dn Mun menggeleng. Tk nmpak pula batang hidung budak tu. Kenapa ni? Muka diorang bertambah pucat. Baru aku perasan mata Arissa bengkak. Dia menangis ke??

"Kenapa?" Soal Mun. Syaz mengeluh lalu menjawab. "Aneem lari rumah lepas gaduh ngan Arissa" Serta merta mata aku dn Mun memandang Rissa. Gaduh? Aduh, diorang ni...

Kemudian, Arissa menceritakan knp diorang gaduh. (Tu pun sbb aku paksa) Berat gak kes ni. Tula Aneem sape suruh simpan lama2. Kan dh kantoi.

"Tapi, macam mana kau jumpa henfon Aneem?" Soal Arissa. Pada awalnya aku memang tk tau ni hp Aneem. Sbb gambar screenlock dia gambar perempuan anime. Aduh, gila anime rupanya budak ni...

Aku menarik nafas panjang lalu menceritakan apa yg berlaku.

~ (Flashback)~

Aku dn Mun kat ruang tamu, sambil tengok My Kitchen Rules. Dh tkde citer best, layan jela. Tiba2 Mun menepuk bahuku pelahan.

"Ermm, Bella?" Aku memandang dia. Aduh, comel betul muka dia ni. Dengan tahi lalat bawah bibir, menambahkan lagi kejelitaan dia.

"Hmm?" Jawabku sambil memandang kening nipis dia pula. Dia cukur ke? Mustahil, Mun tk suka buat benda2 mcm tu. Napela kening dia pun lawa. Entah2 kentut dia pun wangi. Haih, ini kah cinta?

"Maggi dh habis... boleh belikan?? Laparla malam ni..."  Pinta dia. Ceh, minta beli maggi rupanya. Ingatkan nk ckp 'I love you' ke apa? Aduh, Mun2. Nasib aku syg kau..  kalau tk memang aku tonyoh2 hidung kecil kau tu...

Akhirnya selepas beberapa pujukan, aku pun pergi ke kedai utk beli maggi. Kedai mana yg buka pkl 11:30 mlm ni?? Tiba2 aku ternampak simbol 7e. Beli kat situ jela...

Kemudian, aku pegi beratur, utk membayar megi. Panjang pula barisan malam ni... Time tu, aku membuang pandangan ke luar tingkap. Dn aku menangkap seorang berambut pendek tengah main henfon. Lelaki kot.. Dia berhenti dn terduduk di tepi longkang sebelah kedai ni.  Nampak dia macam tengah nangis??  Hmph! Mesti putus cinta.

Seusai aku membayar megi, aku pun menapak keluar dari kedai tersebut. Seliparku terpijak sesuatu. Aku menunduk dn ambil benda tersebut. Iphone. Mesti orang tadi punya. Aku toleh kiri, tkde sesiapa. Aku toleh kanan nampak dua org lelaki berbadan besar sedang memaut badan seseorang (lelaki?) yg berambut pendek. Lelaki tadi! Sebab dia pakai hoodie yg sama. Tapi, dia mcm tk sedarkan diri je...

Dan sape lagi dua org tu? Aku memerhatikan mereka. Mereka berhenti  berjalan di hadapan sebuah lorong. Kemudian, sebuah kereta Toyota Alphard muncul dari lorong tersebut. Akibat takut kantoi, aku masuk semula ke kedai 7e. Mereka bertiga masuk ke dalam kereta tersebut. Org tadi mcm nk lari je, tapi kene tarik dgn seseorang dalam kereta tu.. Aku tk nmpk muka org yg tarik lelaki tu tapi, aku rasa aku nampak warna mata dia yg terang menyala dlm gelap. Biru.

Kemudian, kereta tersebut hilang di pandangan. Aku cadang nk bagi polis hp ni esk. Cukupla, apa yg aku dh saksikan semalam.

~(End of the flashback)~

"Macam tula aku jumpa hp ni..."

Syaz menulis semua maklumat yg aku bagitau tadi. Zoe pula berkerut dahi tgh berfikir. Mun pula menenang Arissa yg tengah bersedih. Aduh, apa dh jadi ni. Tiba2 Mun bersuara.

"Eh, kejap. Kalau hp ni milik Aneem. Jadi, 'lelaki' semalam yg awk nmpk kene tarik dlm kereta Alphard tu.... Aneemlah!"

Diam..

Kemudian, Zoe menepuk dahi. Mestilah! Semuanya dh masuk akal sekarang ni. Punca hilangnya Aneem rupanya dia diculik!

"Ni memang hp Aneem kan?" Soal Syaz memandang Arissa. Arissa ambil Iphone tu dari aku dn cuba unlock hp tersebut. Guess what? It's unlocked!

Muka Zoe dh bersinar sikit. "Bella kau nmpk tk no. plat kereta tu?" Soal dia bersungguh2. Aku cuba mengingat. Tk. Sebab semalam memang gelap. Aku menggeleng. Zoe mengeluh. Syaz pula menepuk tangan sekali.

"Tkpe! Bella, tunjukkan aku mana kedai 7e yg kau pegi semalam. Mesti ada cctv kan!" Cadang Syaz. Muka Zoe dh tersenyum sikit. Nmpaknya kitorang akan dapat selamatkan Aneem. Aku mengangguk.

"Ikut aku."

Tiba2 telefon Arissa berdering. Dia mengangkat.

"Ian? La, dh balik ke? Ya Allah. Mama lupa. Tunggu kejap ye, syg? Mama pegi ambik Ian sekarang." Dia memandang kami dengan muka bersalah. Zoe mengangguk, membenarkan Arissa utk pergi jemput anaknya. Kemudian, aku, Mun (sebab dia berkeras nk ikut), Zoe dn Syaz pegi ke kedai 7e semalam.

Tibanya di sana, Syaz masuk dn bercakap dengan pekerja di situ. Minta izin utk tengok footage cctv. Selepas berbincang dgn manager kat situ, kitorang masuk ke bilik cctv.

Syaz duduk dn mula lakukan kerja dia. Putar balik masa ke pukul 11:34- 11:45 p.m. semalam. Akhirnya, kami jumpa apa yg dicari. Syaz cuba utk zoom muka lelaki yg dikepit oleh 2 org lelaki besar. Dn memang ternyata muka Aneem. Dia mcm baru habis gaduh.

"Dh dpt no. plat!" Kemudian, Syaz membuka iphonenya dn menaip sesuatu. Matanya buntang. Apa yg dia jumpa?

"No. plat Pahang."

Orait! Tamat bab ni! Sori sbb pendek sgt. Tapi, memang ni je yg sesuai utk chapter kali ni. Sori, klu chapter ni tk best sgt. Tapi, diorang dh tau dh yg Aneem kene culik. What's next? Nk tau kene tunggup chapter seterusnya. Leave votes and comments, guys. Bye.

Miztique__

Hanya Housemate..?? (girlxgirl) [√]Where stories live. Discover now