xx Bab 2 xx

7.5K 224 13
                                    

Aku memakirkan keretaku di kawasan parkir kereta di sebuah apartmen. Ari sudah terlena semasa perjalanan pulang ke sini. Perlahan-lahan, aku menggoncangkan badannya untuk mengejutnya. Kelopak matanya terbuka pelan2, dia memandang aku dengan muka kehairanan. Aku hanya tersengih utk cover nerves. Dia membalas senyumanku.

"Ari, kita dah smpai rumah awk" ujarku pelahan. Dia memandang ke luar tingkap untuk melihat kawasan parkir kereta bangunan apartmennya. "Oh. Em.., thanks.."

"Malam ni awk rehat, esk pagi kita gerak Temerloh, ok?" Kataku lagi sambil tersenyum. Dia memandangku dengan kedua2 keningnya berkerut.

"Tapi, class saya-"

"Bukan tengah cuti sem ke?" Sampukku. Aku tau yg dia sebenarnya tk beberapa suka idea utk berjumpa mak bapak dia. Tapi, sebagai ibu bapa diorang prlu tau.

Ari menggigit bibir bawahnya sambil mengangguk. Aku pegang bahu kanannya sambil memicit sedikit. "Sy tau awk nerves tapi diorang patut tau kan? Your family I mean"

Dia mengangguk lagi.

"Besides, sy akan teman awk masa jumpa diorg. Takyah risau, eh?"

"Ok, thanks Aneem"

Kemudian dia melangkah keluar dari keretaku. Sebelum menutup pintu sempat dia melontarkan senyuman manisnya padaku. Selepas memastikan dia masuk ke dalam bangunan dengan selamat, aku terus mendail no.Syaz.

"Aku on the way"

______________________

Aku berenti di sebuah restoran makanan western dan terus meluru masuk. Memandang sekeliling, aku ternampak susuk tubuh lelaki yang tinggi lampai melambai ke arah aku.

Syaz.

Aku duduk berhadapan dengan dia. Dia tersengih lagi. "Beb, lama tak jumpa!" Ujarnya dengan sengihan yg tk lekang2 dari mukanya. Gile mamat ni.

"Alah, tk jumpa 2 bulan je pun..." Keluhku sambil mengusap rambutku ke belakang. Nama panjang mamat ni Syazwan Husni bin Hamdan. Dia ni keje sebagai pegawai polis. Tapi, lebih kepada IT. So, keje hacking ke apa tu hujung jari dia je. Dia sebaya aku. Time skolah menengah dulu, dia ni partner in crime aku. Kat unit disiplin, cikgu2 n pengawas2 dh kenal dh nama kitorang. Bab gaduh, ponteng memang kitoranglah. Tapi, gred kitorang bukan teruk sangat pun.

"Whateverlah. Jadi, kau bwk tk bnda yg aku nk tu??"

"Oh, jap."

Sekeping sampul kertas kuning besar di letakkan di atas meja. Tebal dia boleh tahan juga. Aku mengangkat kening sebelah, "Ni fail nya?" Dia mengangguk sambil mengangkat tangan.

Seorang waiter datang memberikan menu pada kami berdua. Macam biasa, chicken chop pilihan aku. Selesai buat pesanan, aku terus menanyakan soalan yg dh lama terbuku.

"Arissa pernah bwt laporan polis tk psl tu??"

"Tk, tkde pun sebarang surat laporan psl kes dia kene perkosa"

"Diklasifikasikan?"

"Mustahil. Selalunya, kes org2 besar yg akan dirahsiakan"

"Ibu bapa dia orang alim eh?"

Syaz keluarkan beberapa keping kertas sambil mengangguk, "Boleh dikatakan. Ayah dia ketua kampung dan imam. Mak dia pula suri rumah." "Abang dia?"
"Khalid keje kat bengkel motor sambil tunggu panggilan keje kat syarikat kereta kat Kl." Abang dia buat aku rasa tk sedap hati. Aku tk pernah jumpa dia tapi dia macam kedengaran pelik sikit.

"Khalid? Dia ada buat kes?"

"Ada. Dulu dia pernah terjebak dlm penagihan dadah dan judi. Tapi, org kampung tk tau sbb ayah dia bwt sesuatu."

"Sesuatu??"

Syaz mengangkat bahu.

"Rasuah ke??"

"Aku kata aku tk tau!"

Aku baru nk balas balik tapi waiter dh smpi dengan pesanan kami. Jadi, aku masukkan fail tu ke dlm beg sandang aku.

Kemudian, kitorg makan sambil bercerita tentang hidup masing2.

______________

Punggung aku labuhkan atas sofa di ruang tamu rumahku. Seusai perjumpaan aku dengan Syaz, terus aku blah. Malas nk duduk dengan dia lama2.
Fail pemberian Syaz tadi aku capai. Buka satu persatu helaian muka surat. Ini sememangnya tabiat aku. Selalunya, aku akan kenal pasti latar belakang seseorg sebelum aku jalinkan hubungan dgn mereka. Tk kisahlah kawan atau kekasih. Keje aku sebelum stuntman adalah penganalisis. Kejenya aku akan diberi data dan soal selidik sesuatu masalah dn aku akn cuba beri jln penyelesaian yg memberansangkan. Dengar macam bosankan? Tapi, bagi aku bnda tu seronok. Macam game. Sebelum Syaz jadi polis, aku tetap begini. Aku akan berjumpa dgn kwn dn lwn seseorg tu utk bwt kesimpulan.Bagi aku, ia macam langkah berjaga2. Pelik? Tapi, tulah kebenarannya.

Betul tkde sebarang laporan pasal kes rogol Ari kat sini. Tapi, kes abangnya tebal dan menggunung tinggi. Aku memicit kepala. Hairan aku. Selalunya, aku takkan berfikir begini keras semasa bwt analisis. Aku membaringkan badanku tiba2 sekeping gambar terjatuh drpd fail. Aku mencapai gambar tersebut.

Gambar Arissa. Tarikhnya, 17/10/2011. Aku tersenyum. Dlm gambar ni mukanya lebih berseri dengan senyuman berharga jutaan ringgit. Aku dpt rasakan kegembiraannya dlm gambar ni. Tapi, bila aku jumpa dia seri dia berkurang. Dia lebih tertutup dan takut untuk bersua dgn org. Lagi2 lelaki. Disebabkan tiga org lelaki yg tkde hati perut, dia jadi macam ni. Aku letakkan gambar tersebut di atas meja kopi.

'Jgn risau. Aku akan tolong kau, Ari.'

Selepas tu, aku dibuai mimpi.

Ok! Habih dh bab2! Maaf klu chap ni x berapa best tapi ni sekadar chap filler jer. So, jgn lupa vote n komen. Bye!!

Miztique__

Hanya Housemate..?? (girlxgirl) [√]Where stories live. Discover now