xx Prolog xx

15.6K 272 22
                                    

Tasneem Pov:

Aku melepaskan keluhan panjang apabila melabuhkan punggung di driver seat kete Honda merah milikku ni. Sambil2 tu mataku melirik sedikit ke tangan kiriku yang berbalut namun masih ada sedikit kesan darah akibat aksi di set tadi.

Oh! Biadab betul aku. Biar aku perkenalkan diriku. Namaku Nur Tasneem binti Ghazali. Tapi ramai panggil aku Aneem je. Umur aku 24 tahun. Ya aku tahu muda, well tengok mukalah. Hahahambar! Sori, ermmm, oh! Keje aku unik sikit, iaitu jeng jeng jeng.... pelakon aksi!!! Aka stuntman or stuntwoman?? Ah, sama jer. Aku ank ketiga drpd 4 adik beradik. Ada dua org kakak dn sorg adik lelaki. Adham. Okay, that's all for the intro, moving on...

Tangan kiriku yang berbalut ni akibat terlanggar cermin depan kete tadi. Time tu aku tgh mainkan aksi kejar mengejar dgn perompak and dlm skrip aku kene lompat atas kete. So, masa nk lompat tu, kaki aku tersandung then kete tu langgar aku. Nasib tangan je kalau muka?? Takde orang nk nnty.( Huhu pdhl stuntman je ponnn..)

So, medics tak boleh nak keluarkan serpihan2 yg tertinggal dlm tanganku so director suruh aku pegi hospital dan ditemani Alif. Tapi, aku tolak. Aku lebih rela pegi sendiri drpd duduk dlm kete dgn buaya. Syukur tuan director benarkan.

Selepas melepaskan keluhan terakhirku, aku mula mestartkan enjin keteku. Aku pun mulakan perjalanan ke hospital.

'Harap2 dorg tk kepoh..'

_____________

Nampaknya doaku tk dimakbulkn sbb bila aku baru masuk ke dlm hospital dan menuju ke kaunter pendaftaran, Amy, kwn baikku dan juga nurse di sini, menjerit sebaik saja nmpk aku. Tak betul ke apa minah sekor ni?

"Aneeemmm!!!"

Sepantas kilat dia berlari ke arahku dan tidak menghiraukan jeritan kesakitan yang dilepaskan oleh pesakitnya. Aku nampak Amy pegang picagari. Mungkin dia salah suntik kot? Gila hardcore minah ni.

"Lama tak nmpk kau! Mana kau hilang hah? Oo, mentang2 keje ngn selebriti terus lupa kawan, eh? Dasar kacang lupakan kulit!"

Dia membebel dgn kuatnya sambil menampar2 bahu kiriku dengan kuat juga. Sengatan tamparan tu mampu buat aku jatuh sakit beberapa hari.

"Oi, minah! Tangan aku sakitlah!!"

Aku menjerit kat muka dia sambil tunjukkan tanganku yang berbalut. Aku ingtkan dia nk minta maaf ke apa rupa2nya dia berdekah ketawa. Sial punya kawan. Sekarang ni org ramai melihat kami berdua. Ada yg menjeling ada yg ketawa ada yang blur, tk tau apa2. Haih...

"Bapak ar suara kau mengalahkan jantan. Betul ke kau bukan lelaki??" soalku. Terus dia diam sambil menjeling aku. Haha, tau plak marah.

"Mulut kau.. aku cili kang baru tau!"

Aku hanya gelak tapi terus mengaduh sambil memegang tangan kiriku. "Amy, kita catch up nnty je la. Skang ni, aku perlukan doktor.." ujarku. Amy pun mengangguk lalu menarik tanganku ke meja pendaftaran. Taip sesuatu kat komputernya lalu berikan aku skeping kad. "Terus ke tingkat 3 bilik no. 17. Aku dh settlekan yg lain so, kau takyah tunggu lama2" jelasnya sambil mengenyit mata padaku. Aku tersengih. Oh! Time2 nilah Amy beguna! "Thanks, Amy! Kau lah sahabat yang paling baik!" pujiku sambil menarik pipi kirinya sekilas kemudian aku berjalan menuju ke tangga.

"Ni bukan free ye! Kau kena belanja aku cendol!" Jeritnya. Aku tergelak kecil dan memalingkan muka menghadapnya sambil tersengih dan membuat isyarat ok dengan tangan kananku.

_____________

"Okey, dah siap! Sakit lagi tak?" Soal doktor padaku. Aku menggerak2kan jari jemari aku dan lenganku sedikit. Tersenyum, aku menggeleng.

"Better than before. Thanks Sofea!"

"Nah, it's okay. Apa saja untuk kawan lama aku." Ujarnya. Ya, ini juga slh sorg kwn aku. Namanya Sofea bt Husin. Dia ni classmate aku time skolah menengah. Garang n serius. Tk boleh bwk gurau dia ni time dlm kelas. Akhirnya, setelah 9 tahun berlalu, berjaya juga dia mencapai impiannya sebagai doktor n dh kahwin dh pon. Alhamdulillah.

"Kalau macam tu, dh tk ada apa2 lagi. So, you're free to go." lanjutnya lagi sambil membelek2 fail pesakitku. Aku melompat dari kerusi dan melangkah keluar dari situ.

"Aneem! Nice to see you again.." ujarnya sekali lagi. Aku tersenyum lebar sehingga menampakkan gigiku yg tersusun rapi. "Me too"

_____________

Aku berjalan melalui koridor di hospital. Baru keluar dari bilik Sofea tadi. Eh, salah! Dr. Sofea. Aku masukkan tangan kiriku ke dalam poket sambil tangan kananku mengusap rambut pendekku yang berwarna perang ke belakang. Aku memang suka pakai baju laki2. Kwn2 aku semua dh masak dh dengan perangai aku. Bagi aku tu la gaya aku. Kawan aku, Faten pernah bagitau yang dia tk cam aku sebab dari jauh, aku mcm lelaki. Haha, patutlah cuak muka dia masa aku tegur kat pasar karat hari tu. Maklumlah, dah lama tk jumpa. Dengan ketinggianku yang abnormal ni, mmg aku tk terkejut pun.

Tiba2 lamunan aku dikacau oleh suara orang menangis. Tangisan tu hanyalah sayu2 saja. Shit! Berdiri bulu roma aku. Mungkin aku tk takut nk lompat bangunan tinggi tapi, bab2 paranormal ni aku lemah sikit. Tulah sapa suruh dengar misteri jam 12? Kan dh kecut..

Aku terus melajukan langkahku secara automatik tapi hatiku berkata ada yang tk kene. Serta merta aku berhenti. Berpaling ke arah kiriku, arah dari mana datangnya tangisan tadi. Ah, aku harap aku tk menyesal!

Dengan perlahan lahan, aku melangkah menuju ke arah bunyi tangisan tu. Semakin lama semakin kuat. Akhirnya, aku tiba di tempatnya. Aku melihat tanda di sebelah kananku. Women's washroom. Damn! Oke, relaks Neem. Kau oke. Aku pun masuk ke dalam washroom tersebut. Ada tiga bilik toilet di situ. Tiga2 unoccupied tapi yang tengah tu pintunya tertutup dan suara semakin kuat di situ.

Perlahan lahan, aku meletakkan tangan kananku di daun pintu. Aku menelan liur dan peluh mula membasahi dahiku. Mindaku terbayang mungkin ada raksasa yang keluar dari jamban and tarik aku pastu makan aku hidup2. Or mungkin pontianak yang tengah pegang batu nisan pastu hisap darah aku. Or paling teruk badut pembunuh yang sedang memegang gergaji rantai menunggu aku disebalik pintu ni?! Atmosfera dalam washroom ni pulak tk membantu langsung! Lampu malap2 dan cermin kotor. Ergh! Oke, aneem fokus!

'Here goes nothing!'

Aku menolak pintu tu dengan sedikit kuat sehingga memeranjatkan orang di depanku. Masha Allah!! Mataku membuntang.

Seorang gadis mungkin dlm 19-20 cam tu memandangku terkejut. Mata coklatnya yang merah (mungkin akibat menangis teruk sangat) memandang aku. Mukanya yang putih murni membiaskan cahaya lampu pendaflour yang membuat rupanya seolah olah berseri. Shawl biru lautnya menkontrakan lagi wajah putih mulusnya. Dia mengenakan baju kurung moden. Adakah ini bidadari? Aku dah mati ke sebab kene telan dengan monster jamban?? Aku yakin rahangku sudah mencecah tanah kerana terpana melihat betapa cantiknya gadis ni.

Namun, sekali lagi lamunanku diganggu oleh gadis ini. Bukan dengan tangisan tapi dengan tamparan padu di pipi kananku dan jeritannya.

"Aaahhh!! Lelaki miiaaaanggg!!"

________////_________/////________///____/

Oke, dh habih bab prolog. Hope chap ni good lah. Sy baru start menulis kat sini soo, sabarla ya? And jgn malu2 nk komen kat sini. Tntg plot ke, gaya penulisan ke, silakan. Thnx kpd yg tinggalkan vote dan komen. Dn yg sekadar membaca saja, pun sy ucpkan thank you. So, I hope you guys still want to read the next chap. I promise it will be quick! Bye!!

Miztique__

Hanya Housemate..?? (girlxgirl) [√]Where stories live. Discover now