xx Bab 22 xx

4.6K 159 3
                                    

Syaz's Pov:

Malam ni tepat pukul 8 malam, aku, Daniel dn pasukan polis Temerloh dah berada di hadapan sebuah gudang buruk di area hutan. Tempat terpencil, sesuai utk tmpat lepak geng. Semalam lepas je tangkap Daniel, pihak polis dh uruskan unit polis utk hari ni.

Setelah Daniel menunjukkan kawasan gudang ni, dia diarahkan utk duduk dlm kereta polis oleh ketua unit ni. Aku bersedia dengan sepucuk pistol, baju kebal siap dipasang. Zoe berada kat dlm kereta polis. Dia tk dibenarkan ada kat sini sebb dia org biasa.

Setelah semua peralatan dh lengkap, ketua unit mengangkat penumbuk kanannya menandakan supaya kitorang tunggu. Kemudian, dia melepaskan genggaman, serta merta 40 lelaki berperisai meluru masuk ke dalam gudang.

"Jangan bergerak! Ini polis!!"

Tapi, kawasan kosong dn lengang menjadi tatapan kami. Takde sesiapa?

"Geledah kawasan!!" Arah ketua unit. Anggota yg lain terus melakukan apa yg disuruh. Aku bergerak ke bahagian belakang gudang. Kosong.

Selepas 30 minit pencarian, semua anggota unit tiba di hadapan gudang. Aku tak mampu nk kawal perasaan aku. Berani budak ni tipu aku?!

"Daniel!!" Jeritku. Muka budak bertuah tu berpaling memandangku dn aku terus menghadiahkan sebiji penumbuk pada mukanya. Dia terjatuh atas tanah. Aku mengangkat dia dengan kolar bajunya.

"Kau tipu aku kan?! King takde! Kau tau yang dia culik Aneem!! Mengakulah!!"

Teriak aku pada muka dia. Budak ni tk menunjukkan sebarang reaksi. Aku ditarik kebelakang utk ditenangkan. Jadi, Daniel ambil kesempatan ni utk mencapai pistol di pinggang seorang anggota polis. Serta merta anggota yg lain mengacukan pistol ke arahnya. Daniel mengacukan pistol pada kami semua sambil tergelak nerves.

"K-kau tak faham... korang tkkn faham!! Kalau aku bagitau kau perkara sebenar, masak aku! Kau tak tau si gila King tu boleh buat apa! "

"Turunkan pistol tu, Daniel!"

"Pastu apa?! Kau tangkap aku?! Pastu apa?! Kawan kau tkkn dijumpai! Ntah2 dia dh mati!"

"Daniel..." Panggil Zoe. Apa dia nk buat ni? Lelaki berjaket kulit ni menghampiri Daniel. Budak kecil tu mengetap gigi sehingga menggigil. "Jangan dekat!" Jerit Daniel. "Aku tembak nnty!" Tambahnya lagi. Tapi, ugutannya tk terkesan pada Zoe. Dia ni gila berani!

"Kenapa kau tipu kitorang? Aku ingatkan kau tk mcm budak2 King yang lain. Semua tk berani nk menentang dia. Tapi, kau...." Masa tu hujung pistol telah menyentuh dada Zoe. Muka anggota polis dn aku berubah menjadi cemas. Budak ni dh gila. "Kau berani, Daniel. Tu sebab aku minta Syaz untuk spare kau dulu. Sebab kau ada kualiti. Kualiti seorang manusia"

Muka Daniel berubah. Air mata mula bergenang. Nampaknya Zoe ni pakar memujuk. Mulut dia memang manis.

"Daniel! Turunkan pistol tu!!" Jerit ketua unit lagi. Aduh, kenapa dia buat macam tu?! Daniel terus berubah muka. Dengan pantas dia menangkap Zoe dn memusingkan dia, muncung pistol ditekan pada kepalanya.

"Jangan dekat!!"

Situasi semakin riuh. Dah tak terkawal. Aku pun terpaksa keluarkan pistol. "Bertenang Daniel..."

Daniel masih berdiri. Pistol dipegangnya ditekan sedikit kuat pada kepala Zoe sehingga membuatkan dia mengerang kesakitan. Kemudian, dia menundukkan kepalanya sehingga mencapai telinga Zoe. Reaksi Zoe berubah. Mukanya menjadi pucat. Kemudian, Daniel mengangkat kepalanya, tersenyum.

"Aku takkan bagi sapa2 menang. Polis tkkn penjarakan aku dn King pun sama." Lepastu dia menolak Zoe kearah aku. Aku menangkap Zoe, kemudian bunyi tembakan kedengaran. Daniel tembak diri dia.

Hanya Housemate..?? (girlxgirl) [√]Where stories live. Discover now