xx Bab 21 xx

4.5K 148 3
                                    

Zoe's Pov:

Aku dn Syaz smpi kat Pahang pukul 5 ptg. Syaz suruh aku drive pergi ke kedai kereta Toyota. Dia kata dia ada cara nk mudahkan pencarian. Tibanya di sana, kitorang terus bergegas masuk.

Syaz bercakap dengan manager tempat tu utk minta kebenaran nk tengok fail2 pembeli kereta Alphard. Mulanya manager tu tk bagi sebab privasi syarikat tapi bila Syaz tunjukkan badge dan surat kebenaran dari ketua polis, manager tersebut terpaksa akur.

Dia bawa kitorang ke bilik ofis dia. Buka satu fail utk biodata pembeli2 Alphard. Syaz masukkan no. plat kereta yg Bella nmpak malam semalam dlm kotak search dn tak lama kemudian keluar sebuah fail dn tertulis 'matched' kat sebelah dia.

Lelaki kurus ni klik kat fail tersebut dn keluar gambar lelaki melayu dn biodata dia.

Nama: Muhd. Daniel bin Hamzah

Umur: 32 tahun.

Syaz cucuk usb dlm cpu komputer tersebut kemudian bila fail tu dh pindah, dia cucuk usb tu kat henfon dia pula. Setelah pastikan fail tersebut selamat pindah, dia ucapkan terima kasih kat manager tadi.

Bila kitorang dh masuk dlm kereta aku, aku bertanya. "Sekarang apa?" Syaz memandangku sekilas kemudian memakai tali pinggang. Dia mengusap rambut keritingnya kebelakang.

"Sekarang, kita cari Daniel"

-

Aku memarkirkan kereta Proton Irizku di hadapan sebuah rumah. Rumah teres dua tingkat. Aku memandang Syaz, dia mengangkat tangan menandakan supaya beri dia masa sekejap. Dia buka beg sandangnya lalu keluarkan sepucuk pistol. Mataku buntang dn badanku kaku. Syaz mesti perasan reaksi aku jadi dia melemparkan sebuah sengihan.

"Safety first.." ujarnya. Aku hanya mampu mengangguk saja. Kemudian, kami berdua keluar dari kereta dn bergerak ke pintu masuk rumah di depan kitorang. Syaz mengetuk pintu.

Tak buka.

Kali kedua.

Sama. Dia tk buka.

Syaz mendengus lalu mengangkat tangan utk mengetuk sekali lagi. Tapi, sebelum dia berbuat demikian, pintu rumah tersebut terbuka. Nasib baik Syaz sempat membrekkan tangan dia. Kalau tk mahu tertumbuk muka budak Daniel ni.

Di depan kami adalah Daniel. Tak tinggi sgt daripada kami berdua. Muka dia pucat dn eyebags jelas kelihatan bawah matanya. Rambut hitamnya pula tak terurus. Dia hanya mengenakan baju tshirt kelabu dn boxer. Serabai betul budak ni.

"Encik ni Muhd. Daniel bin Hamzah ke?" Soal Syaz sejurus selepas budak ni buka pintu. Daniel mengangguk. Syaz memandang aku, aku hanya mengangkat bahu.

"Nama sy detektif Syazwan Husni bin Hamdan. Sy ada beberapa soalan utk En. Daniel kalau encik tk keberatan"

Diam.

Mata Daniel buntang. Lepas je Syaz habis membuat introduction, budak Daniel ni terus menghempas pintu ke muka kami. What the f-

"Sial!" Jerit Syaz lalu memusingkan tombol, kunci. Dia kebelakang lalu menendang tombol dengan kuat. Pintu melayang terbuka. Kuat gila budak Syaz ni. Aku tengok kering je.

Kelibat Daniel yg berlari ke bahagian dapur muncul di pandangan. "Woi, berhenti!!" Jerit Syaz lalu mengejar budak tersebut. Aku pun ikut dari belakang.

Daniel keluar dari rumah melalui pintu belakang rumahnya. Kami mengekorinya. Boleh tahan laju budak ni. Tapi, knp dia lari? Dia ada kena mengena ke dgn penculikan Aneem? Kalau ada memang nahas budak ni aku kerjakan.

Dia berlari dn menggunakan lorong2 kedai utk kelirukan kami. Aku berpecah dari Syaz. Aku gunakan lorong kedua manakala Syaz mengekori Daniel yg menggunakan lorong ketiga. Aku kemudian masuk ke restoran mamak melalui pintu belakang sebagai short cut. Org ramai terkejut melihat aku berlari dalam restoran tersebut. Botol mineral yg diletakkan atas meja, aku capai lalu teruskan perlarian.

"Woi, bayar dulu!"

Aku tk endahkan. Keluar je dari kedai mamak tu, budak Daniel tu berlari di hadapan aku. Aku terlambat sikit. Botol air dlm genggaman aku ni aku angkat dn aim. Kemudian, aku baling straight kat Daniel. Headshot! Dia dh hilang kestabilan dn akhirnya dia terjatuh atas tar. Aku cepat2 hempap badan dia. Syaz kemudian tiba tak lama kemudian. Dia tercungap2 sambil menunjukkan thumbs up pd aku. Aku hanya mengangguk sambil cuba menangkap nafasku.

Aku bangun dn pegang budak Daniel tu. Kunci tangan dn kaki dia. Nasib dulu aku belajar taekwondo. Syaz mencangkung di depan Daniel. Dia cuba buat muka segarang mungkin. Tapi, keputusannya berdekak.

"Apsal kau lari?" Soal Syaz.

"M-maafkan saya bang. S-sy tknk jadi pengedar.. Tapi sy kene paksa. T-tapi, sy tk jual pun. Stok kat rumah sy, tk usik pon..." Jawab dia. Pengedar? Laa, rupanya dia ingat yg kitorang ni nk tangkap dia sbb jadi keldai dadah. Tapi, Syaz mesti tkkan lepaskan dia. Hey, it's like kill two birds with one stone.

"Aku bukan nk tanya pasal tu. Ni, Alphard ni kau punya kan?" Soal Syaz smbil menunjukkan gambar kereta jenama toyota tersebut dlm henfonnya. Muka Daniel pucat. Mesti dia rasa bodoh sebab kantoikan diri sendiri. Heh, kesian2.

"Woi, betul ke tak?"

"Ahhh.. haah ni kereta sy.... Tapi, dululah.." jawab dia. Aku hairan, dulu? "Apa maksud kau?" Soal Syaz lagi. Kali ni dia memang betul2 serius.

"King... Sy hutang dengan King. Atau nama dia, Zi Kang. L-lepas dia dpt tau yg sy beli Alphard tapi tk bayar duit hutang dia, dia terus belasah sy. Awalnya, dia nk bunuh sy tapi sy merayu. Jadi, dia amik kereta sy dn suruh sy utk jadi keldai dadah dia..."

Syaz merakam confession Daniel dlm hp dia. Bukti. Dia tersenyum. Nampaknya orang nama King nilah penculik Aneem. Baguslah, kitorang dh makin dekat.

"Kau tau kat mana 'King' ni sekarang?" Soal Syaz lagi. Daniel menggeleng. "T-tapi, sy tau kat mana HQ dia." Kemudian, Daniel pun memberitahu di mana tempat tersebut.

"Knp kau tolong kitorang?" Soal aku. Yela, senang2 je dia bagitau maklumat bos dia. Daniel tengok pd aku. "Sy nk dia kene tangkap. Tak, mati. Sy nk dia mati.... Macam apa yg dia buat pada kwn2 sy dulu."
Sejujurnya, aku kesian tengok Daniel. He's broken. Dia dh macam mengalah kat dunia ni. Kalau ada org suruh dia bunuh diri, aku rasa dia akan buat.

Lepas gari Daniel, aku berbincang dengan Syaz. "Kau taukan kalau jadi keldai dadah hukuman dia mati gantung." Soalku. Syaz mengeluh. "Ya, aku tau. Tapi, nk buat macam mana? Dia subahat..."

"Tapi, dia tolong kita! Dia sendiri mengaku dia tk jual dadah tu. So technically, dia bukan keldai dadah!"

Syaz berfikir sebentar.  Kemudian, dia mendail suatu nombor. " Helo balai polis Temerloh? Ni detektif Syazwan Husni. Boleh tk kalau pasukan 4 dn 7 dtg ke sini? Sy tangkap bdk King. Ya,oh dan, sy nk awk periksa rumah dia. Tengok2 kalau stok2 dadah kat situ nmpk mcm diusik atau tak. Baiklah, terima kasih"

Syaz memandang aku semula. "Happy?" Aku hanya tersengih. "Very! Thank you" Syaz mengeluh dan berjalan ke arah Daniel yg terbaring ats tar.

"Yeah, whatever"

Kemudian, tel aku berdering. Aku tengok skrin dn nama Bella tertera. Aku angkat.

"Helo?"

"Helo, Zoe. Macam mana? Jumpa tk Aneem?"

"Kitorang tk jumpa dia lagi. Kitorang jumpa pemilik kereta tu. Tapi, ada samseng tempatan rembat kereta dia.."

"Samseng? Sape?"

"Entah, tapi orang panggil dia King"

Pang!

Ada bunyi kaca pecah di corong telefon aku. Aku mengerut dahi. What happens?

"Apa benda tu?" Soalku cemas.

"Tk...tkde apa2. Arissa. Dhlah, aku nk hang up dulu. Arissa tiba2 meroyan ni..."

Tut...

Meroyan? Arissa kenal King ke? Kalau ye, diorang kenal secara baik ke buruk? Aduh, perempuan memang banyak rahsia eh? Pening aku dibuatnya.

Tapi apapun, kitorang dh selangkah utk selamatkan Aneem. Tasneem, bertahan!

Sorry for the late update. Hope this chapter could make it up? Apa pun, sy hrp korang enjoy dn sanggup utk tunggu update seterusnya. Leave votes and comments! Bye.

Miztique__

Hanya Housemate..?? (girlxgirl) [√]Where stories live. Discover now