+Bonus Chapter+

6.2K 220 34
                                    

Warning!#Angst#!

Kali pertama Bella bertemu dia bila umur mereka adalah 5 tahun. Tempatnya di taska di mana mereka belajar. Di tangan kanan Bella memegang sebatang krayon biru dan tangan kirinya pula memegang sebungkus biskut tiger perisa coklat. Dia berniat nk makan biskut tersebut bila lukisan kucingnya siap dilukis. Semasa dia sedang asyik mewarna, ada suara lembut menyapa telinganya.

"Awk.. nk makan tu ke??"

Dia berpaling ke kanan dan dapati seorang budak perempuan yg berambut hitam pendek mencecah bahunya. Senyuman gergasi melekat di wajah comelnya. Bella ternampak tahi lalat kecil di bawah mulut budak tersebut, menambahkan lagi kecomelannya.

"Err.., ni..?" Soalnya sambil mengangkat bungkusan biskut di tangannya. Budak perempuan tadi tersenyum sambil mengangguk. Dia memandang bawah lagi. "Err.., awak.. nk sikit ke?" Soal Bella sambil menggaru dagunya. Budak perempuan tadi bersinar matanya sambil mengangguk laju. "Boleh?"

Bella menjadi tak keruan. Dia bukannya suka berkongsi. Tapi, nasihat mamanya terngiang2 di kepalanya. 'Bella, seorang budak perempuan yg baik, kita kene berkongsi. Bila kita kongsi, semua org boleh rasa gembira.. Lagipun, Bella kan dah besar?'  Akhirnya, Bella tersengih sambil mengangguk. Ya, dia dah besar. Paket biskut tu dihulurkan pada budak perempuan tadi.

"Nah! Ambillah!"

Senyuman budak tadi semakin melebar. Selepas ucapkan terima kasih dgn kuat, dia mengambil paket biskut tersebut dan duduk di sebelah Bella dgn selamba. Bella agak terkejut bila budak tu tiba2 duduk di sebelahnya. Dia ingatkan yg budak tu akan berlari ke kwn2 dia yg lain.

Selepas membuka paket tersebut, budak tersebut mengambil sekeping biskut dan meletakkannya kedalam mulutnya, lalu menghulurkan paket tersebut kepada Bella semula. Pelan2 Bella mengambil sekeping dan makan di sebelah budak tersebut.

Selepas berkenalan, Bella dpt tau yg namanya adalah Munira. Kemudian, mereka bermain2 dan berbual2 tentang benda2 kecil. Cth, barbie princess mana yg menjadi kegemaran mereka, hobi mereka, cita2 mereka, dan sebagainya. Semasa Munira sedang berbual2 tentang patung bayi yg baru dibelinya, Bella sibuk melukis gambar Mun. Dia melukis gambar Mun di tengah dan di sekelilingnya adalah patung barbie, coklat kegemarannya,kucing perliharaannya dan bulan. Selesai saja melukis, Bella hulurkan lukisan tersebut pada Munira. Gadis muda itu berhenti bercakap dan tengok lukisan tersebut, hairan.

"Huh?"

"Ni... utk awak..." Ujar Bella sambil mempamerkan sederetan gigi putihnya ala2 model colgate.

Mata Munira buntang dan dia terus tersenyum lebar. Dia mengambil lukisan tersebut dan mengamatinya. Dia kembali memandang Bella. Gadis kaya tersebut hanya tersenyum simpul.

"Kenapa ada bulan?" Soalnya.

"Sebab nama awk sy singkatkan sebagai Mun.. Mun sebutannya macam moon. M.o.o.n." Jawab Bella sambil tersenyum lagi. Kepala Mun diteleng ke tepi. "Moon? Apa maksud dia tu? Bahsa apa?" Bella tergelak kecil. "Moon tu bulan dlm bahasa inggeris" Terang Bella lagi. Mun hanya berooh dan mengangguk.

"Saya pun nk belajar inkrish! Nanti ajar sy tau!" Pinta Mun sambil memegang kedua2 tangan Bella. Bella terkejut atas pintaan gadis muda setahun daripadanya. Kemudian, dia tersenyum. Mengajar Mun maksudnya dia akan berjumpa dgn Mun lagi. Jadi, dia mengangguk.

Walaupun, Bella takde makanan utk masa snek, tapi dia sanggup menahan lapar kerana dia dh kenyang dgn senyuman sejuta ringgit di muka Mun.

/_////////_/

Kali pertama Mun dtg bulan bila umurnya 13 tahun. Ketika tu hubungan dia dan Bella agak renggang. Ibu bapanya kata yg Bella pengaruh buruk krn dia kerap langgar peraturan sekolah. Hari tersebut adalah Rabu, maknanya semua murid wajib pakai unit uniform masing2. Unit Mun adalah bsm.Nahas. Ketika tu, Mun sedang duduk sambil berbual2 dgn rakan2nya tiba2 sekumpulan lelaki di belakangnya tergelak besar.

Hanya Housemate..?? (girlxgirl) [√]Where stories live. Discover now