xx Bab 4 xx

6.4K 214 8
                                    

Aneem's pov :

Seusai makan malam, mak Ari memberitahu yg aku akan tidur kat dlm bilik Khalid. Disebabkan dia balik esk, aku dapat tidur atas katil. Bagus, tk pyh serabut kepala nak pikir alasan utk tk tidur dgn abang Ari.

Aku dah selesai tolong kemas meja makan, terus aku beredar ke ruang tamu. Time tu, Ari dan mak dia tgh layan drama tv3 pkl 7. Hmm, typical. Tak sempat aku nk buka mulut, ayah Ari keluar berbaju melayu dan bersongkok. Dia memandang aku.

"Ha, Tasneem. Jom, ikut aku ke surau"

Haaa!! Damn, aku lupa yg bapa dia ni imam. Aduhh, aku belum bagitau lagi yg aku ni perempuan. Bukan apa, aku nk bagitau sekaligus dgn kes Ari sekali. Tak payah repeat banyak kali.

"Ar.. ermm, pak cik pergilah. S-Sy solat kat rumah je..."

"Laa, kenapa pula? Solat jemaahkan lagi afdal!" Getus dia lagi. Aduh, org tua ni. Ari dan mak dia dah tengok aku semacam.

"Arr..., s-sy seganlah. Lagipun, sekejap je sy duduk sini. Esk dh balik dah. Lagipun, mak cik ada. Jadi, pak cik takyahlah risau, eh?" ujar aku memberi alasan. Teruk betul alasan tu. Dengan riaksi ayah Ari pun aku dh boleh tahu yg alasan aku teruk. Alaa, lek ah. Bukan aku tak solat pun. Kalau aku ikut, nnty yg tanggung dosa aku bkn kau.

"Biarlah dia solat kat rumah je, bang. Mungkin dia tk selesa kot. Maklumlah budak bandar kann.." Mak Ari menyampuk. Aku laju mengangguk. Sama ada back up aku ataupun memperlekehkan aku, entah aku pun tak tau. Ah, janji ada alasan.

Pak cik Hamidon mendengus lalu membetulkan songkoknya, "Ah, apa2lah! Jangan ckp aku tk ajak pula!" Lepas tu, dia pun beredar.

Selepas mendengar bunyi motornya beransur hilang, mak cik Lea meminta diri utk solat dalam bilik. Selepas dengar bunyi pintu tertutup, pantas aku duduk sebelah Ari. Dia tergelak sambil menggelengkan kepala.

"Haih, rindu ke?"

Aku mendengus lalu berpeluk tubuh, "Hmm, perasan. Awk.. knp tk solat?" Soalku sambil mata melirik ke arah dia. Ari hanya mengangkat bahu sambil jawab, "Cuti" Aku pun mengangguk sambil berooh saja. Intonasinya jelas dia menipu. Lagipun, dia pregnant. Mesti malas nk layan aku. Suka hatila labu.. "Sy nk pegi buat air kejap" Aku hanya mengangguk. Kemudian, dia pun berlalu pergi ke dapur.

Kali ni, aku ambil kesempatan melihat susuk badannya. Lawa. Serius aku kata. Nak kata tinggi aku lagi tinggi. Haha. Tapi, bolehlah. Dengan baju t-shirt lengan panjang yg dikenakan, dapat aku lihat sedikit lengkuk tubuhnya.

Lamunan aku terhenti disebabkan bunyi batuk dibelakangku. Terus badan aku berpusing 180 melihat cik Lea melihat aku dengan muka straight dn kening kirinya terangkat.

Muka aku terus merona merah dan aku melompat dari sofa. Tergagap2 aku cuba cari alasan.

"A...Saa-saa... bukan... ermmm."

"Apa? Apa? Tergagap gagap. Ooh, leka tenung ank dara sampai tk ingat dunia eh kau?" Ujarnya sambil tersenyum jahat. Shit!

"T-tak! Bukan macam tu!! Sa-Saya cuba cari ilham utk projek kls je!!" Aduh!  Satu lagi alasan bodoh keluar dari mulut aku. Mak dia apa lagi? Makin galaklah!

"Cari ilham? Tgk Arissa dpt ke ilham tu?" Nak aje aku jawab 'haah, sbb anak mak cik lawa sgt' Tapi, aku diam je sambil melirik mataku ke arah lain. Tiba2 pandanganku jatuh pada Ari di daun pintu dapur sambil memegang sebuah mug, tengah ketawa. Cis, hampas betullah!

"Nak cari ilham pegi solat! Baru dapat ilham!" Sergah cik Lea lagi. Aku apa lagi mengangguk laju lalu terus berlari ke bilik air. Dah ada wudhu semua, terus melangkah laju ke bilik Khalid. Malu beb!
Bila aku dh tutup pintu semua, cuba teka apa aku dengar. Ketawa berderai. Pergh, ank ngan mak sama je perangai.

__________________

Ari's pov:

Muka Aneem yg merah padam tu memang kelakar. Comel je masa dia cuba nak cover macho tu. Hahaha.  Aku dan mak ketawa berdekah dekah.

Aku duduk di sofa sambil minum air oren bancuhan aku tadi. Mak duduk di sebelah aku dengan sisa2 ketawanya. Amboi, mak gelak sakan nampak..

"Mak tengok Tasneem tu kelakar je orgnya."

"Hmm, dia memang macam tu.." ujarku sambil mata tertacap pada skrin tv.

"Kau ngan dia, ehem ehem ke?"

Terus tersedak aku. Aduh, aku pula jadi mangsa gelak mak. "Mana ada mak. Kitorg kawanlah. Lagipun, mustahillah mak."

Mak tengok aku semacam, "Kenapa? Dia dah kahwin ke? Dah ada tunang?" Aku menggeleng. "Dah tu..?" Aku mengubah posisi dudukku. 'Sebab dia perempuan.' Itu perkataan yg aku tk mampu nk cakap. Aneem kata dia nk settlekan sekaligus, jadi aku turuti saja. Aku percayakan dia. Walaupun aku baru berjumpa dia 3 hari lalu, tapi aku ada firasat yg aku boleh percayakan dia. Ya, aku percayakan Tasneem. Kalau dia kata nak tolong, aku yakin dia akan tolong.

Alright! Wrapped it up! Ni je utk chap kali ni. Chapter seterusnya mungkin tense ckit. Mungkin! Okey, rasanya sampai sini je celoteh sy. Jgn lupa vote, komen and share. Bye, guys.

Miztique__

Hanya Housemate..?? (girlxgirl) [√]Where stories live. Discover now