xx Bab 16 xx

5K 184 3
                                    

Pagi ni panas dn lembab kerana baru lepas hujan. Bahang dia memang tk boleh tahan beb. Nasib baik aku pesan sirap limau ais. Sejuk sikit badan aku. Syaz duduk di hadapan aku sambil makan nasi lemaknya. Aku pula takde selera. Aku tahu apa sebab Syaz ajak jumpa pagi ni.

"Kau dah bagitau Arissa?"

Aku hampir tercekik biji limau bila dia tanya soalan tu. Dah seminggu berlalu sejak dia tunjukkan fail kematian ibu bapa Ari. Soalan nilah yg aku cuba elakkan. Aku telan air liur, mataku tak bertemu matanya.

Dia mengeluh. "Haih, kau tak bagitau dia pun kan.."

"Aku terpaksa, okey?! Dia tengah mengandung. Aku tak nak dia stres! Dia dah 9 bulan! 9 bulan, Syaz! Aku takutkan kesihatan anak dia!" Aku memberi alasan. Ini sebahagian daripada sebab aku tak nak bagitau Ari. Selainnya, aku tak mampu. Aku takut dia lari dari aku. Dia bagaikan jantung aku.

Syaz mendengung sambil mengangguk. Mukanya menunjukkan muka 'typical Tasneem..' Aku mengetap gigi. Dia tak tau, jadi dia tak faham. Sabar, Aneem.

"Habis? Bila kau nak bagitau?" Soal dia lagi.

Aku menggeleng. "Lepas dia habis pantang?" Jawabku kurang pasti. Aku mungkin takkan bagitau dia langsung. Maksud aku dia mestilah bencikan aku pastu tinggalkan aku. Lamunanku diganggu oleh keluhan Syaz. Dia hulurkan fail kuning kepadaku.

"Kalau macam tu, kau simpanlah ni. Terangkan kat dia. Aku yakin dia faham"

Aku tersenyum palsu. Lalu mengangguk.

Yela tu...

-

Nada dering lagu 'Shape of you' nyanyian Ed Sheran bergema di dalam keretaku. Aku menjawab.

"Helo?"

"Helo, Aneem!"

Suara Bella kedengaran di hujung corong telefon. Yg peliknya dia tercungap2. Baru habis maraton ke apa dia ni??

"Bell? Apasal?" Soalku, khuatir.

"A-Arissa..."

Jantungku terhenti. Ya Allah, jgnlah apa2 yg buruk terjadi pada dia.

"Kenapa dengan dia...?"

"...."

"Oi, jawabla, Bella" Desakku.

"Arissa nak beranak!!"

Dup

Dup

Dup

"WHAT?!!!"

-

Suasana hening di koridor wad bersalin diganggu oleh bunyi tapak kasut aku yg laju menghentam lantai. Nurse2 tengok aku macam org gila. Ah, peduli apa aku. Makwe aku nk bersalin!!!

Aku terdengar bunyi2 bising di hadapan aku. Figura rakan2ku muncul di pandangan. Diorang datang! Terharu aku. Akhirnya, aku tiba sambil tercungap2 bertanya,

"Ari oke tak??"

Mun mengangguk. "Dia oke. Tadi, sy dn Bella ajak dia pergi beli apa2 barang keperluan lepastu tiba2 dia kata perut dia sakit.... Tu yang kitorang bawak dia ke sini."

Aku mengangguk lalu mengucapkan terima kasih pada Bella dan Mun. Kitorang tunggu untuk beberapa jam. Kemudian, Syaz, Zoe dan Faten minta diri utk pergi makan tengah hari kat kafeteria. Amy pegi bantu doktor yg tolong Ari utk bersalin, Ad pula ada keje kat ofis. Bella pula ada makan mapam besar dgn family dia. Mun pula tumpang Bella. Aku tengok Bella tu macam lain pula sejak kebelakangan ni. Dia kalau tengok Mun mesti muka dia merona merah sikit. Hmmm.....

"Aneem, kau dh makan belum??"

Aku memalingkan muka ke sebelah kiriku. Zoe berdiri sambil bersandar di dinding. Aku menggeleng. Takde selera. Aku takutkan keselamatan Ari.

"Nah"

Dia hulurkan sebotol air ice lemon tea padaku. Aku mengambil dan minum seteguk semata2 tknk Zoe terasa. Tiba2  Dr. Ema keluar dan ternampak aku. Dia turunkan masknya lalu tersenyum.

"Cik Tasneem, housemate awk selamat melahirkan bayi lelaki"

Aku menekup mulut lalu mengucapkan terima kasih. Zoe tersenyum. Dr. Ema meminta diri lalu beredar dari situ. Aku berjalan dan memasuki wad bersalin dimana Ari ditempatkan. Zoe pula pergi dapatkan yg lain.

Ari sedang terbaring lemah dan tangan kanannya memegang tangan Amy. Tangan kiri Amy pula mendukung seorang bayi kecil. Pelan2 aku melangkah ke arah dia. Adrian Shah, aku dukung dengan berhati2. Aku memandang wajah bayi tersebut. Comel. Dia ada hidung comel macam mak dia, muka dia pun ada iras2 Ari. Mata sepetnya memandang aku. Jari telunjukku dipegang erat oleh dia. Kuat juga budak kecil ni. Amy beredar kerana ada hal yg perlu diuruskan. Aku duduk di kerusi sebelah Ari.

"Comel Shah. Macam awak.." pujiku. Ari tergelak. "Shah?" Tanyanya dengan suara yg lemah. Penat kot bersalin. "Sy taknk puji baby ni pakai nama Adrian. Lagi2 kalau ada mamat cina tu.... Kembang bontot dia nanti." Omelku. Ari tergelak.

Selepas berbual beberapa minit, Ari tertidur. Aku cium pipinya. Kemudian, si kecik ni tarik jariku sambil memandangku dgn wajah curious. Aku senyum pada dia kemudian dia pun turut tersenyum. Sah, senyuman aku adalah penyakit berjangkit. Aku cium dahi baby tersebut.

Aku takkan biarkan apa2 terjadi pada Ari dan Adrian. Apa yg berlaku pada mak ayah Ari pasti ada kene mengena dengan King takpun Khalid. Diorang ni buat aku rasa seram sejuk.

Takpe, aku akan pastikan diorang tak sentuh Ari dan Adrian. Tak sebelum langkah mayat aku dulu.

Yeh! Adrian Shah berjaya dilahirkan! Sy akan cuba update sekerap mungkin. Terima kasih sebab setia menunggu update sy. Author ni memang bangang. Anyway, leave votes and comments. See ya peeps later ^^

Miztique__

Hanya Housemate..?? (girlxgirl) [√]Where stories live. Discover now