"Mak Imah nak rasa?" Aku mempelawanya dan menghulurkan secawan muffin kepadanya.

"Boleh jugak"

"Macam mana? Sedap tak?" Mak Imah menunjukkan ibu jari belah kirinya.

"Sedap sangat. Selalu orang jual manis sangat. Ni rasa dia manis-manis buah. Bila Qis buat ni?" Aku tersenyum lega mendengarkan komen dari Mak Imah.

"Petang tadi. Buat dengan Iqie sekali." Mak Imah menganggukkan kepalanya.

"Nak Mak Imah tolong hantar kedepan tak?" Aku menggeleng tanda menolak tawarannya.

"Tak apalah. Biar Qis je yang buat. Mak Imah dah penat kan?" Mak Imah tersenyum kecil.

"Yelah. Mak Imah masuk dulu ye? Assalamualaikum"

Selepas menjawab salam Mak Imah, aku terus membuka langkah menuju ke ruang tamu sambil menatang dulang.

Aku memberhentikan langkahku dan bersembunyi di sebalik dinding apabila namaku disebut.

"Kenapa mama tengok Rai macam tak suka dengan kak Qis? Dah lama mama perhatikan tau."

"Mama tau kan yang Rai tak suka orang luar."

"Watch your mouth, Raisya Raihanah." Aku dapat melihat wajah tegang Redza di celah-celah perhiasan dinding kayu.

Aku mengetap bibir perlahan apabila mendengar pernyataan yang keluar dari mulut adik iparnya.

"Apa yang Rai tak suka sangat ni? Kak Qis tu baik je mama dengan papa tengok. Iqie pun dah boleh terima akak ipar dia. And Angah pun tak ada complain apa-apa." Papa mula bersuara.

"Haah. Kak Qis baik. Dia selalu layan Iqie." Iqie yang sedang bermain dengan permainannya juga menyampuk perbualan mereka.

"Huh. Memang kak Qis baik. Setakat ni Rai tak nampak kak Qis buat benda mengarut. Rai cuma nak berhati-hati. Mula-mula yelah baik, nanti akhir-akhir nanti tunjuk belang. Rai tak nak benda---"

Terhinjut bahuku apabila Redza menghempaskan novel bisnes yang selalu dibacanya di atas coffee table.

"Shut up, Rai. This is my last warning."

Mereka yang berada di ruang tamu itu juga terkejut dengan perbuatan Redza sebentar tadi.

"Esok angah dengan Qis pindah rumah." Bulat mata mereka yang mendengarnya termasuk aku.

"Angah. Jangan macam ni. Rai jan-" Aku yang tidak sanggup mendengarnya lagi terus masuk ke ruang tamu.

Semua kelihatan terkejut memandangku. Aku mengekalkan riak wajahku supaya kelihatan biasa. Bibirku sedaya upaya mengukir senyuman manis.

"Q-qis dari mana ni? Mama ingatkan Qis dah masuk bilik."

"Qis dari dapur. Tiba-tiba teringat pulak petang tadi ada buat muffin coklat dengan Iqie. Kan Iqie?" Iqie mengangguk laju.

"Haah. Seronok buat dengan akak tadi. Lepastu Iqie main tepung dengan akak." Aku tergelak kecil.

Bila mulut budak kecil ni dah mula bersembang, memang segala benda dia akan ceritanya.

Aku yang sedang menuangkan air di setiap cawan terganggu apabila Redza dari tadi tidak lepas memandangku.

"Whoaa. Sedapnya menantu mama ni buat! Boleh bukak kedai ni." Seloroh mama.

"Kalau tiap hari makan muffin Qistina, boleh gemuk papa tau." Aku tertawa kecil.

"Gemuk-gemuk lah comel papa. Baru mama tambah sayang." Balasku lembut.

Mr Heartless (On Hold)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें