Iqie tekun memandangku yang sedang bermain tanah liat ini.

Setelah beberapa minit, aku sudah siap membentukkan tanah liat itu menjadi karipap.

"Tadaa! Nah ni untuk Iqie." Dapat aku lihat wajah Iqie yang teruja sehingga menepuk tangannya beberapa kali.

"Wah! Cantikknya kakak buat." Lantas dia mengambil karipap buatan itu dari tanganku.

Selepas daripada itu, Iqie menyuruhku membuat pelbagai bentuk. Kejap dia suruh buat roti canai. Kejap dia suruh buat nasi lemak.

Aku ketawa kecil dengan kerenahnya yang banyak cakap ini. Betullah yang dikatakan oleh Redza. Iqie akan jadi mulut murai bila dia sudah rapat dengan seseorang itu.

"Ehem." Aku menghentikan aktivitiku sebentar dan memandang gerangan yang berdeham sebentar tadi.

"Angah! Tengok ni kakak buat cantik." Bersungguh-sungguh Iqie menunjukkan hasilku tadi kepada Redza.

Redza tersenyum manis sebelum mengusap kepala adik bongsunya itu dengan penuh kasih.

"Dah rapat dengan kakak, tak nak main dengan angah ye?" Iqie ketawa sambil mengelakkan dirinya dari terus digeletek oleh Redza.

Aku hanya memerhati gelagat adik-beradik itu. Setelah hampir dua bulan usia perkahwinannya dengan Redza, dia sudah masak dengan keakraban Redza dengan adik-adiknya.

Perangai Redza di luar amat berbeza dengan Redza yang kini berada di hadapannya. Walaupun aura kedinginan itu masih ada, tetapi kedingingannya itu tidak menghalang Redza untuk melayan kerenah adik beradiknya.

"Awak, hari Jumaat nanti flight pukul berapa?" Redza memandangku sebentar sebelum mengalihkan pandangan ke arah Iqie.

"Pukul 2:30 petang. So, in shaa Allah aku gerak pukul 10 pagi. Kenapa tanya?" Aku menggaru kening belah kiri.

"Er, boleh tak saya nak hantar awak pergi KLIA?" Redza berkerut memandangku.

"Kau tak ada kelas ke?" Aku menggeleng kepala perlahan menandakan tiada kelas pada hari itu.

"Tak payah lah. Menyusahkan je. Lagipun aku naik teksi nanti." Aku mengetap bibir perlahan.

Cakap je lah tak nak aku hantar. 

"Alaa. Tak boleh ke? Tak menyusahkan pun. Saya tumpang awak sekali lah naik teksi. Nanti balik pandai-pandai saya lah." Redza tetap menggelengkan kepalanya.

"Bukannya ada apa-apa pun dekat KLIA tu." Aku menekur lantai sambil jari menguis-nguis tanah liat.

"Awak yelah dah pergi banyak kali, boleh lah cakap tak ada apa-apa." Redza memandang lipat ke arahku.

"Kau tak pernah pergi ke pun?" Aku tersenyum hambar sambil bangun dari duduk. Redza yang sedang duduk itu mendongak melihat wajahku.

"Tak ada apa lah. Saja je. Okaylah, saya nak tolong mama masak." Aku tersenyum nipis sebelum mengorak langkah ke arah dapur.

Aku mengeluh nafas berat. Tanganku menampar-nampar mulut kuat.

"Mengada-ngada je kau ni." Gumamku perlahan dan terus mula memasak makan malam.

***
"Qis tak panas ke asyik pakai tudung je dalam rumah? Bukannya ada siapa-siapa pun sayang." Aku yang sedang menjamah lauk ayam masak cili api tersedak kuat.

Raihanah yang berada di sebelahku terus menghulurkan segelas air kosong kepadaku.

Hampir berair kedua belah mataku menahan perit di tekak.

"Ya Allah. Macam mana boleh tersedak." Mama sudah kalut sambil menuangkan lagi air masak di dalam gelasku yang sudah kosong.

Redza hanya memerhati dari tempat duduknya.

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now