Baru sahaja aku ingin membalas, tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.

Aku menepuk dahiku kuat.

Terjungkit kening Redza melihat perlakuanku.

"Dah kenapa tepuk dahi?" Aku menggigit bibir sambil memandang ke arahnya.

"Awak. Saya lupa yang saya tak hantar kerja saya dekat Madam-" Percakapanku dipotong oleh Redza.

"Aku dah hantar kan dah." Mahu terkeluar biji matanya sekarang ini.

"Macam-"

"Aku letak kat atas meja dia je. Lagipun minggu ni dia tak ada. Pergi kursus." Aku menghela nafas lega.

Redza masig khusyuk bermain telefon canggihnya itu.

"Terima kasih awak." Redza hanya memganggukkan kepalanya.

Hailah. Bersyukurnya dapat suami pensyarah ni. Aku mengulum senyum.

***
Sudah hampir seminggu aku sudah keluar dari hospital dan kini aku memulakan pengajianku yang tertangguh. Luka sudah semakin membaik cuma belakang tubuhnya mengambil masa yang agak lama untuk sembuh.

Setiap hari sudah menjadi tugas Redza menukar kain bandage untukku. Bila ingin membuat sendiri, pasti ada saja sindiran yang diberikan oleh suaminya.

Aku menapak langkah perlahan. Walaupun sudah lama kekuar dari hospital, bisanya masih ada. Doktor Liyana sudah memberi peringatan supaya tidak melakukan kerja berat. Takut-takut luka balik lebih-lebih lagi luka di belakang tubuhnya.

"Qistina!" Aku tersenyum manis ke arah pemanggil tersebut. Kelihatan dia berlari anak menuju ke arahku.

"Weyh! Lama gila cuti." Tuturnya sambil mencebikkan bibirnya.

Ingat comel buat macan tu?

"Kurang sihat sikit lah cik adik."

"Sakit apa? Dah sihat dah?" Belum sempat aku ingin membalas, Fadz sudah memotong.

"Kenapa dengan bibir kau ni?! Siapa yang buat buah hati aku macam ni?" Tangan Fadz sudah ligat membelek mukaku.

"Terjatuh." Malas nak ulas panjang.

"Ye-ye lah tu." Aku tertawa kecil.

"Jomlah masuk kelas. Dah lambat ni." Mataku menangkap raut wajah Fadz yang mencuka kerana aku enggan membuka cerita.

Biarlah. Benda yang lepas tak usah dikenang.

***
"Qistina?" Aku yang sedang khusyuk membaca buku tersentak. Kepalaku diangkat memandang gerangan yang memanggilnya sebentar tadi.

"Eh Sir Mike" aku tersenyum manis.

"Tak balik lagi ke?" Soalnya sambil mengambil tempat dihadapanku.

"Belum lagi." Dia mengangguk perlahan.

"Saya dengar awak ambil cuti sakit seminggu. What's wrong? Sakit apa?" Aku menggaru kening kiriku.

"S-saya terjatuh tangga." Sedaya upaya aku menyembunyikan gagapku.

Terjungkit kening Sir Mike mendengar jawapanku.

"So, awak jatuh tangga masa saya tegur awak dekat depan washroom tu? How come boleh jatuh?" Kedengaran jelas nada risaunya.

"Saya tersilap langkah, tu yang boleh jatuh tu." Perasaan bersalah menyerbu di dalam hati.

"Lain kali hati-hati. Nanti kalau awak sakit lagi, susah hati saya." Telingaku tidak dapat tangkap ayat hujung Sir Mike. Tapi aku hanya membiarkan saja.

Mr Heartless (On Hold)Där berättelser lever. Upptäck nu