🔮Bab 1

20.2K 1.2K 75
                                    


-Raja Andhika Sadewa-

"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku."💍

Bab 1

"Amanda! Hurry up! Or not you're gonna late! "

Namaku sudah dilaung, mama sudah menggesaku turun.

Setiap barangan yang ada di dalam beg galas aku periksa lagi satu persatu dengan helaian kertas senarai barangan di tangan. Kebiasaanku menulis barang-barang yang ingin dibawa jika mahu keluar ke mana-mana kerana sifatku yang pelupa. Hurm...semua dah ada dan cukup dah nih. Tak ada apa-apa yang tertinggal dah kot. Okay!Let's go Amanda! Time to spend time with the buddyz!

Beg galas mula digalas di belakang tubuh, bahagian hadapan aku sangkutkan mini bag pack yang terkandung makanan-makanan untuk aku yang kuat mengunyah, toiletries set dan keperluan ubat-ubatan agar lebih mudah digapai.

"Ha dah siap? Semua barang dah ambil ke?Dah pastikan tak ada apa-apa yang tertinggal nih?Nanti on the way,kalut minta patah balik ke rumah pulak. Dah recheck betul-betul ke ni?"

Mama sudah jadi minah polis pencen dia dah. Dia menyoal kalah Inspektor pangkat tiga tuh! Ku redha je ler..jawab Ada!Jawab.

"Dah ma..dah re-check 2,3,4 kali dah. Ada yakin memang tak ada yang tertinggal. Selimut,bantal peluk,torchlight ke,painkiller semua ada." ujarku yang laju melangkah menuruni tangga diikuti oleh mama. Sampai sahaja di muka pintu, mama menyoal lagi.

"Handphone bawa tak? Nanti tertinggal pulak."

Segera kuangkat telefon bimbit di tangan.

"Nih ha!Bawa je ma..Nih paling nyawa. Kalau tak ada nih..Ada takleh bagi pau Ada makan la, mandi dan tidur bagai. Kang mati pulak anak Ada seorang nih."

Sambil ku rapatkan skrin telefon Oppo S7 ini ke pipi gebuku seperti telefonku ini ialah Pau aku yang gebu dan tembam malelon itu. Huahaha amma sayang kamu nak!!

"Oh Amanda! You care more about that rubbish compared to yourself?"

Mama sudah mula dah keluar British accent dia. Dan saat mama menggelarkan pauku sebagai 'rubbish', sumpah ianya mengguris hati gila.

"Mama! This is not a rubbish okay. How could you said like that to my baby Pou. Ada sayang taw dia. Dia hidup la ma...Ada yang selalu jaga dia dan besarkan dia selama nih taw!"

"Oh God! Ada! Please be matured! You're already 18 years old. How come you still play with that kind of imagination game?"

"It's not mama. Pou is real okay. It's exist in my phone."

Mama dan aku. Selalu tidak sependapat. Waktu kelam-kabut seperti ini pun kami sempat bertegang urat. Aku baru hendak menjawab namun suara papa yang melaung di luar tingkap kereta tempat pemandu itu merencatkan niatku.

"2 beranak oi! Dok bertekak apa lagi tu? Dah lewat dah ni!"

Segera aku dan mama melangkah menuju ke arah kereta apabila teringat akan bas yang pasti sudah sampai dan sedang menunggu di perkarangan stadium Bukit Jalil pada ketika ini.

↩↩↪↪↪

AKU memerhati kereta Honda Civik berwarna Kelabu itu keluar dari pekarangan Stadium Bukit Jalil sehingga buntut kereta juga hilang daripada pandangan.

Satu sengihan aku hadiahkan kepada cikgu Hamdan yang menjadi salah seorang guru pengiring kami, beliau hanya menggeleng melihatku. Kemudian baru aku naik ke atas bas. Semua rakan telahpun berada di atas, akulah orang yang terakhir sampai dan sedang ditunggu-tunggu oleh semua.

HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔Where stories live. Discover now